Isnin, 1 April 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Calon Azizah strategi singkir MB?

Posted: 31 Mar 2013 05:28 PM PDT

Penganalisis politik, Prof Dr Jayum Jawan mendakwa, beliau tidak menolak kemungkinan Dr Wan Azizah diangkat sebagai calon menteri besar disebabkan kontroversi serta pertelagahan yang pernah dikaitkan antara Abdul Khalid dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

"Itu mungkin satu kaedah untuk menggantikan beliau (Abdul Khalid) selepas PRU13 jika PR kekal di Selangor. Takkan ketua parti menang di situ, orang lain memegang jawatan tertinggi dalam kerajaan."

"Saya melihat itu sebagai satu langkah untuk menyingkirkan Abdul Khalid dan digantikan dengan Wan Azizah (tiada siapa boleh cakap banyak kerana beliau adalah presiden parti)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desas desus berkaitan kemungkinan Dr Wan Azizah bakal dilantik menerajui kerajaan Selangor bagi menggantikan Abdul Khalid jika PR masih mengekalkan kuasa di negeri itu.

Bagaimanapun kata Jayum, Dr Wan Azizah tidak layak untuk memegang jawatan sebagai menteri besar sebaliknya isteri Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu lebih sesuai menyandang jawatan menteri di peringkat pusat.

Beliau berkata, sebagai pemimpin utama parti Dr Wan Azizah seharusnya memainkan peranan yang lebih bersifat nasional untuk menarik sokongan rakyat kepada PR.

"Pemimpin utama parti sepatutnya mengintai dan mengidamkan jawatan lebih besar, menteri besar itu jawatan kecil kalau dibandingkan dengan menteri persekutuan, perdana menteri atau timbalan perdana, menteri kanan dalam sistem persekutuan."

"Saya faham beliau tidak boleh bertanding di peringkat parlimen kerana tempoh lima tahun selepas melepaskan Parlimen Permatang Pauh tetapi Wan Azizah lebih layak memegang jawatan lebih tinggi daripada menteri besar."

 

CheguBard mahu masuk UMNO…tolonglah pujuk dia‏

Posted: 31 Mar 2013 04:44 PM PDT

Bukan rahsia sejak kalah dalam pertandingan sengit merebut jawatan Ketua AMK pada 2010, hubungan Chegubard dan Shamsul Iskandar begitu renggang walaupun cuba didamaikan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membawa kedua-dua mereka ke Indonesia untuk bertenang.  Kerenggangan itu kalau membabitkan mereka berdua sahaja tidak ada masalah, tapi apabila CheguBard menggunakan NGO SAMM (Solidariti Anak Muda Malaysia) yang dibiayai sepenuhnya oleh PKR untuk mensabotaj program Shamsul Iskandar, maka tindakan seumpama itu dilihat sudah keterlaluan.

Walaupun CheguBard semakin aktif menganjurkan program pro Pakatan Rakyat kebelakangan ini, dengan yang terbaru pelancaran Gerakan Haramkan UMNO (GHU) semalam, tapi tindakan itu lebih kepada untuk memberi tekanan kepada pimpinan PKR agar mencalonkannya di kerusi parlimen Nibong Tebal di Pulau Pinang, bukan untuk membantu parti dan Pakatan Rakyat.

Walaupun PKR Pulau Pinang telah menawarkan CheguBard supaya bertanding di kerusi selamat parti tersebut di Permatang Pauh, tapi CheguBard dengan bongkaknya menolak pencalonan tersebut atas sebab yang kurang difahami ramai.  Mungkin dia tidak mahu mengganggu kawasan yang asalnya telah dikhaskan kepada seorang lagi anak Anwar, Nurul Nuha.  CheguBard diketahui mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Ismail.

Parlimen Rembau yang ditandinginya pada 2008 menentang Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin dan tewas, telah diperuntukkan kepada PAS kerana pertukaran kerusi dengan Parlimen Jempol dimana PKR dilihat lebih mempunyai peluang untuk merampas kerusi yang 'kaya' dengan kawasan Felda tersebut.

Diakhirnya, Pengarah Pilihanraya PKR, Azmin Ali telah menyingkirkan terus nama CheguBard dari senarai calon PKR, banyak sangat soal jawab.

Tindakan Azmin menyingkirkan calon-calon yang pro Wan Azizah ini pun ada satu kisah yang layak dijadikan artikel juga, tapi itu nantilah.  Paling cepat petang ini, paling lambat pagi besok, kami akan hurai dan kupas isu ini berdasarkan maklumat yang diperolehi sumber laman ini yang rapat dengan kedua-dua kem tersebut.

Sekarang, suarapakatanrakyat.com menerima satu lagi perkhabaran bahawa CheguBard sedang cuba menjaja nasib kepada UMNO pula.  Kita yakin dia bukan menyokong UMNO sangat, tapi untuk mendapatkan perhatian dari pimpinan tinggi PKR yang lain, selain Azmin.

Laman ini berpandangan, walaupun CheguBard kurang mempunyai pengaruh di kalangan pengundi yang lebih tua, tapi dia ada kesan kepada pengundi yang lebih muda.  Maka itu tidak rugi kalau pimpinan PKR menghantar wakil memujuk CheguBard agar tidak meneruskan hasratnya itu.  Sebagai ganti, mungkin dia boleh dijanjikan jawatan sebagai duta Malaysia di mana-mana negara Eropah.

 

Mahfuz: BN rancang huru-hara 13 Mei?

Posted: 31 Mar 2013 04:34 PM PDT

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mendakwa, BN akan meggunakan sentimen tersebut untuk menakut-nakutkan rakyat kerana mereka kini sedang menghadapi krisis kepercayaan daripada pengundi.

"Saya yakin ini yang sedang dirancang untuk membolehkan PRU diadakan menjelang 13 Mei untuk menyuntik satu jarum pemikiran ketakutan yang kemudiannya akan ada satu provokasi daripada BN yang sedang menaja kumpulan pengganas politik di negara ini untuk timbulkan huru-hara," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini hari ini.

Beliau percaya indikator itu boleh berlaku kerana melihat kerajaan sehingga sekarang masih belum membubarkan Parlimen, sebaliknya sengaja melengahkan tarikh PRU sehingga diadakan pada sekitar hujung April sehingga Mei ini.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga mendakwa, provokasi itu akan berlarutan sehingga rakyat dan ahli politik pembangkang dijadikan mangsa tahanan pihak berkuasa dengan merujuk kepada Operasi Lalang 1987.

"Saya percaya BN sedang rancang sesuatu untuk timbulkan huru-hara berasaskan beberapa keadaan politik apabila BN sedang menghadapi krisis kepercayaan daripada rakyat seperti mana saya dimangsakan Ops Lalang 1987 iaitu isu ketegangan kaum pada waktu itu yang diketuai Najib Tun Razak (Umno) dan Datuk Lee Kim Sai (MCA).

"Walaupun Akta Keselamatan Negeri (ISA) sudah tiada, kali ini mereka akan gunakan apa saja undang-undang yang ada termasuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA 2012)," katanya.

READ MORE HERE

 

Perang dingin jawatan MB Selangor...

Posted: 31 Mar 2013 04:08 PM PDT

Entahlah samaada beliau sengaja hendak jolok atau itu keluar secara ikhlas darinya.Ini merujuk kepada cakapnya Sabtu bahawa  Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail  layak jadi Menteri Besar Selangor.

Tanpa melibatkan sebarang unsur politik,sebenarnya siapa saja layak menjadi Menteri Besar asalkan orang itu menang pilihanraya kerusi Dewan Undangan Negeri dan mendapat perkenaan Sultan.

Namun kalangan yang rajin mengintai pergelutan kuasa antara dua kem - yakni kem Azmin Ali dan kem Khalid ,dalam PKR negeri itu melihat Menteri Besar itu seolah hendak memberi mesej tertentu menerusi kenyataannya.

Al-kisahnya Khalid dikatakan memang rapat dengan Wan Azizah dan mereka dikatakan tidak begitu ngam dengan Azmin dan gengnya.

Khalid pula dikatakan mungkin tidak bertanding kerusi DUN Ijok yang disandangnya sekarang dan hanya akan mempertahankan kerusi Parlimen di Bandar Tun Razak,Kuala Lumpur.

Maka kenyataan Khalid itu dilihat sudah book jawatan Menteri Besar untuk Wan Azizah jika pakatan dapat mempertahankan Selangor pada PRU13.

Azmin dan gengnya dikatakan sudah lama mengidam  jawatannya jatuh ke riba mereka.

Lojiknya sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Selangor Azmin dilihat tiada kekuatan politik tanpa beliau sendiri atau orang kepercayaannya pegang jawatan Menteri Besar.

Selain pegang kerusi DUN  Bukit Antarabangsa,Azmin juga kini adalah Ahli Parlimen Gombak.

Kenyataan tiba-tiba Wan Azizah beberapa hari lalu bahawa beliau berminat hendak bertanding kerusi DUN di Selangor menjelang PRU13, sebenarnya mengejutkan ramai pihak.

Sekalipun tidak lama dulu pernah membayangkan minat seumpama itu namum kemudiannya ia senyap begitu sahaja.

Disamping itu ada yang melihat kerusi DUN tidak setaraf dengan kedudukannya sebagai Presiden sebuah parti.

Namun lain ceritanya jika beliau mengintai jawatan Menteri Besar.

Maka kenyataan Khalid dilihat sudah membuka laluan itu.

Apapun puak Azmin dikatakan mempunyai alasan kuat untuk mempertikaikan langkah itu.

Walau atas apa alasan sekalipun,cubaan untuk menonjolkan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor jika pakatan menang akan menghebohkan lagi isu dinasti keluarga Anwar dalam politik.

Wan Azizah berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada pilihanraya Mac 2008 menewaskan calon Barisan Nasional Datuk Pirdaus Ismail.

Beliau telah letak jawatan pada 31 Julai 2008 bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding pada pilihan raya kecil kawasan itu.

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved