Rabu, 13 Mac 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Mengapa sumpah jawatan PM Najib secara rahsia?

Posted: 12 Mar 2013 08:50 PM PDT

Selain itu kekeliruan berhubung nama Najib dan status kerajaan turut dipersoal bekas Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Perdagangan Bukit Aman, Datuk Mat Zain Ibrahim.

Bekas Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Perdagangan Bukit Aman, Datuk Mat Zain Ibrahim meggesa Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa menjelaskan tiga perkara yang menyebabkan beliau menyoal sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersungguh-sungguh untuk mempertahankan kedaulatan negara.

Dalam sepucuk surat terbuka kepada Ali, Mat Zain menjelaskan tiga perkara tersebut iaitu kesahihan sumpah jawatan Najib sebagai Perdana Menteri yang dibuat secara rahsia, nama Najib yang berlainan dan status kerajaan yang memerintah selepas 8 Mac 2013.

"Najib telah mengangkat sumpah jawatan,taat setia dan sumpah simpan rahsia menggunakan bentuk sumpah yang lain daripada yang ditetapkan dalam Jadual Ke-6 Perlembagaan.

"Di sinilah timbul persoalan sama ada Najib layak menjalankan fungsi-fungsi jawatan Perdana Menteri memandangkan sumpah beliau tidak mengikut perlembagaan.

"Jika dalam lain-lain perkara, Najib bertegas untuk mengikut perlembagaan, mengapakah pula dalam perkara penting, iaitu mengangkat sumpah jawatan dan sumpah simpan rahsia beliau enggan mengikut bentuk sumpah yang telah ditetapkan semenjak wujudnya perlembagaan itu?

"Jika semua Menteri dan Timbalan Menteri boleh lakukan,mengapa tidak beliau?.

"Secara peribadi saya menyatakan bahawa sumpah jawatan dan sumpah simpan rahsia yang diikrarkan oleh Najib pada April 2009 tidak memenuhi ketetapan perlembagaan. Oleh demikian beliau tidak layak atau berkuasa menjalankan apa-apa fungsi jawatan Perdana Menteri atau melaksanakan kuasa yang diperuntukkan oleh perlembagaan dan undang-undang lain kepada seorang Perdana Menteri," kata Mat Zain dalam surat tersebut.

Read more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/03/13/mengapa-sumpah-jawatan-pm-najib-secara-rahsia/ 

Azmin bidas WikiLeaks, gesa jangan salahkan Anwar

Posted: 12 Mar 2013 06:13 PM PDT

"Sudah berbelas-belas tahun semua masalah diletakkan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Maka kita minta rakyat bangkit untuk menyatakan pendirian mereka memberi amaran yang keras kepada pimpinan politik kerajaan pusat, jangan bermain politik tetapi menumpukan kepada usaha menangani isu keselamatan rakyat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.

Menurut Azmin, tindakan itu hanyalah bertujuan untuk mengalihn perhatian daripada isu sebenar yang dalam kes Lahad Datu ini, jelas gagal ditangani oleh kerajaan.

"Untuk menutup kelemahan diri, pihak berkenaan cuba menyalahkan pimpinan Pakatan.

"Walau bagaimanapun, ini bukan perkara baru," kata Azmin.

Azmin berkata, beliau turut berhadapan tindakan sama apabila dipanggil petang ini untuk memberi keterangan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang kononnya dikaitkan dalam isu Sabah.

Azmin turut menyangkal keras laporan WikiLeaks kononnya Anwar punya hubungan dengan Nur Misuari.

"Semua pimpinan bertemu dengan Nur Misuari, jangan  mereka cuba menafikan. Tetapi cubaan hendak mengaitkan dengan insiden yang berlaku itu sebagai sesuatu yang melampau," tegas Azmin.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, laman web WikiLeaks pada 2007 pernah mendedahkan Misuari yang merupakan pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), ketika menjadi tahanan di rumahnya pernah mempunyai hasrat untuk
menakluk Sabah dari Malaysia.

Kabel itu turut mendedahkan pemimpin Kanan Angkatan Tentera Filipina (AFP), Mejar Jeneral Ben Dolorfino sebagai berkata, Malaysia bimbang terhadap niat Misuari yang masih mempunyai beratus pengikut di negeri itu.

Malah katanya, Malaysia juga bimbang tentang hubungan Anwar yang disifatkan sebagai 'rakan lama' Nur Misuari.

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved