Ahad, 17 Mac 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Azman, isteri sumbang RM1 bilion untuk Yayasan Azman Hashim

Posted: 16 Mar 2013 09:16 AM PDT

Yayasan itu, yang ditubuh pada 5 Januari 1991, akan mengagih dana berkenaan kepada pelbagai program kebajikan dan pembangunan pendidikan di negara ini. Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud berkenan melancarkan secara rasmi Yayasan Azman Hashim di sini malam tadi.

Yayasan itu pernah menyumbang RM42 juta untuk pembangunan pendidikan di beberapa institusi pengajian tinggi awam di negara ini, termasuk pembinaan sebuah kompleks pendidikan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bernilai RM7 juta. Selain itu, sumbangan berkenaan diguna untuk membina sebuah bangunan baharu bernilai RM25 juta bagi menampung keperluan Fakulti Perniagaan dan Perakaunan di Universiti Malaya dan RM10 juta bagi membina sebuah bangunan untuk kegiatan sukan di Universiti Sains Malaysia.

 

Fitnah PM: Sivarasa didesak beri penjelasan

Posted: 16 Mar 2013 08:56 AM PDT

Berikut adalah kenyataan beliau:

Kita mahu tahu sama ada perancangan pakatan pembangkang untuk memfitnah Perdana Menteri akan tergendala ekoran kematian PI Bala.

Kita juga meminta penjelasan Sivarasa apakah rancangan beliau seterusnya. Apakah Sivarasa akan memperalatkan kaum keluarga PI Bala pula untuk meneruskan perancangan fitnah pakatan pembangkang terhadap Perdana Menteri.

Saya yakin kemungkinan besar, itu yang akan cuba dilakukan kerana memperalatkan keluarga orang adalah salah satu kemahiran pembangkang bagi meneruskan agenda politik peribadi mereka.

lKita juga inginkan penjelasan sama ada betulkah beliau berada di Manila pada 7 Februari 2013. Kita minta Sivarasa membuat penafian di semua akhbar utama tempatan jika fakta ini tidak betul.

Saya cabar Sivarasa untuk menjawab persoalan ini sebab semua rakyat Malaysia yang cintakan negara mahu tahu cerita sebenar.


Himpunan ‘Anwar dalang Lahad Datu’ depan Masjid Negara

Posted: 14 Mar 2013 06:09 PM PDT

Siri jelajah 'Anwar Dalang Lahad Datu' anjuran badan bukan kerajaan (NGO) berhaluan kanan itu bermatlamat meyakinkan orang awam supaya menolak Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum (PRU) 13 kerana menjadi punca pencerobohan 'Sultan Sulu' di Lahad Datu.

Antara NGO terbabit Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa), Jalur Tiga (Jati), Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (Tibai) serta Jaringan Melayu Malaysia (JMM).

Selain Anwar, beberapa pemimpin Pakatan termasuk Naib Presiden PKR Tian Chua juga dibidas kerana kenyataannya mengaitkan Umno dengan insiden tembakan antara anggota keselamatan dengan kumpulan penceroboh.

"Kita takkan biarkan Tian Chua berkuasa…lepas PRU kita humban dia dalam longkang," laung Mursyidul Am Tibai Zahid Mat Arip dihadapan kira-kira 100 orang selepas menunaikan solat Jumaat.

Menjadikan lori sebagai pentas bergerak untuk ceramah, nyanyian lagu 'Negaraku' serta bendera Jalur Gemilang turut diagihkan kepada umum.

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali ketika berucap mendesak supaya segera diwujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai isu Lahad Datu.

Katanya, semua pihak termasuk anggota keselamatan dan pembangkang perlu dipanggil membantu siasatan.

`Wujudkan kertas putih'

"Kita mesti desak wujudkan kertas putih untk hilang keraguan siapa dalang di sebalik insiden Lahad Datu.

"Kalau tak berbagai tuduhan akan terus berlaku dan takkan selesaikan masalah," katanya.

READ MORE HERE

 

Mengapa sumpah jawatan PM Najib secara rahsia?

Posted: 12 Mar 2013 08:50 PM PDT

Selain itu kekeliruan berhubung nama Najib dan status kerajaan turut dipersoal bekas Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Perdagangan Bukit Aman, Datuk Mat Zain Ibrahim.

Bekas Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Perdagangan Bukit Aman, Datuk Mat Zain Ibrahim meggesa Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa menjelaskan tiga perkara yang menyebabkan beliau menyoal sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersungguh-sungguh untuk mempertahankan kedaulatan negara.

Dalam sepucuk surat terbuka kepada Ali, Mat Zain menjelaskan tiga perkara tersebut iaitu kesahihan sumpah jawatan Najib sebagai Perdana Menteri yang dibuat secara rahsia, nama Najib yang berlainan dan status kerajaan yang memerintah selepas 8 Mac 2013.

"Najib telah mengangkat sumpah jawatan,taat setia dan sumpah simpan rahsia menggunakan bentuk sumpah yang lain daripada yang ditetapkan dalam Jadual Ke-6 Perlembagaan.

"Di sinilah timbul persoalan sama ada Najib layak menjalankan fungsi-fungsi jawatan Perdana Menteri memandangkan sumpah beliau tidak mengikut perlembagaan.

"Jika dalam lain-lain perkara, Najib bertegas untuk mengikut perlembagaan, mengapakah pula dalam perkara penting, iaitu mengangkat sumpah jawatan dan sumpah simpan rahsia beliau enggan mengikut bentuk sumpah yang telah ditetapkan semenjak wujudnya perlembagaan itu?

"Jika semua Menteri dan Timbalan Menteri boleh lakukan,mengapa tidak beliau?.

"Secara peribadi saya menyatakan bahawa sumpah jawatan dan sumpah simpan rahsia yang diikrarkan oleh Najib pada April 2009 tidak memenuhi ketetapan perlembagaan. Oleh demikian beliau tidak layak atau berkuasa menjalankan apa-apa fungsi jawatan Perdana Menteri atau melaksanakan kuasa yang diperuntukkan oleh perlembagaan dan undang-undang lain kepada seorang Perdana Menteri," kata Mat Zain dalam surat tersebut.

Read more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/03/13/mengapa-sumpah-jawatan-pm-najib-secara-rahsia/ 

Azmin bidas WikiLeaks, gesa jangan salahkan Anwar

Posted: 12 Mar 2013 06:13 PM PDT

"Sudah berbelas-belas tahun semua masalah diletakkan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Maka kita minta rakyat bangkit untuk menyatakan pendirian mereka memberi amaran yang keras kepada pimpinan politik kerajaan pusat, jangan bermain politik tetapi menumpukan kepada usaha menangani isu keselamatan rakyat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.

Menurut Azmin, tindakan itu hanyalah bertujuan untuk mengalihn perhatian daripada isu sebenar yang dalam kes Lahad Datu ini, jelas gagal ditangani oleh kerajaan.

"Untuk menutup kelemahan diri, pihak berkenaan cuba menyalahkan pimpinan Pakatan.

"Walau bagaimanapun, ini bukan perkara baru," kata Azmin.

Azmin berkata, beliau turut berhadapan tindakan sama apabila dipanggil petang ini untuk memberi keterangan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang kononnya dikaitkan dalam isu Sabah.

Azmin turut menyangkal keras laporan WikiLeaks kononnya Anwar punya hubungan dengan Nur Misuari.

"Semua pimpinan bertemu dengan Nur Misuari, jangan  mereka cuba menafikan. Tetapi cubaan hendak mengaitkan dengan insiden yang berlaku itu sebagai sesuatu yang melampau," tegas Azmin.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, laman web WikiLeaks pada 2007 pernah mendedahkan Misuari yang merupakan pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), ketika menjadi tahanan di rumahnya pernah mempunyai hasrat untuk
menakluk Sabah dari Malaysia.

Kabel itu turut mendedahkan pemimpin Kanan Angkatan Tentera Filipina (AFP), Mejar Jeneral Ben Dolorfino sebagai berkata, Malaysia bimbang terhadap niat Misuari yang masih mempunyai beratus pengikut di negeri itu.

Malah katanya, Malaysia juga bimbang tentang hubungan Anwar yang disifatkan sebagai 'rakan lama' Nur Misuari.

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved