Isnin, 18 Februari 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Keluar Pakatan: Dewan Ulamak PAS sokong Hadi

Posted: 17 Feb 2013 02:42 PM PST

Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, pihaknya sentiasa mempertahankan kepentingan Islam melebihi kepentingan-kepentingan yang lain.

Pada masa sama Dewan Ulamak PAS menyokong penuh kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa PAS akan keluar dari Pakatan Rakyat jika ia merugikan Islam.

"Kami percaya ucapan beliau tersebut adalah tersangat jelas dan ianya merupakan satu jaminan PAS kepada umat Islam dan seluruh rakyat Malaysia bahawa kepentingan Islam akan terus dipertahankan oleh PAS dan ianya adalah penentu keberadaan PAS dalam Pakatan.

"PAS tetap setia dengan Pakatan selagimana kepentingan Islam menjadi keutamaan dan agenda utama," katanya dalam satu kenyataan media.

Abdul Hadi memberi jaminan tersebut ketika berucap di himpunan kebangkitan rakyat PAS Ganti Umno (PGU) 7.0 di Kampung Banggol Peradong, Terengganu Sabtu lalu.

Presiden PAS dipetik sebagai berkata "PAS memberi jaminan kerjasama dengan parti Pakatan Rakyat dengan DAP, dengan PKR selagi dapat mempertahankan Melayu Islam.

"Sekiranya kerjasama itu merugikan Melayu Islam, merugikan Islam…PAS keluar dari Pakatan Rakyat dan tidak ada ragu-ragu lagi. Sehingga hari ini, kita (PAS) bersama Pakatan Rakyat"

Nik Muhammad Zawawi  berkata, rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat dan seluruh rakyat hendaklah memahami serta menghayati akan perjuangan dan prinsip perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.

Sejarah telah membuktikan betapa konsistennya PAS dalam agenda dan usaha ini, kata beliau lagi.

"PAS akan mengkaji kedudukannya dalam Pakatan Rakyat sekiranya ianya membawa kerugian kepada kepentingan Islam dan umat Islam di Malaysia.

Dalam masa yang sama agenda keadilan Islam kepada seluruh bangsa di Malaysia akan terus menjadi dasar perjuangan PAS dalam usaha meruntuhkan kezaliman terutamanya apa yang telah dan sedang dilakukan oleh kerajaan pimpinan Umno BN sekarang," tambah beliau.

 

Xenophon dikritik campur tangan politik Malaysia

Posted: 17 Feb 2013 02:34 PM PST

Editor berita luar negara akhbar The Australian, Greg Sheridan, berkata tindakan Xenophon meminta kerajaan Australia memantau pilihan raya umum di Malaysia nanti adalah "bodoh dan tidak praktikal".

Sheridan juga menuduh Xenophon "berkempen hanya untuk sebelah pihak politik Malaysia — pihak pembangkang".

Beliau berkata Menteri Luar Bob Carr bertindak betul dengan tidak memperbesarkan isu pengusiran Xenophon dan dengan bersetuju terhadap kenyataan rakan sejawatannya dari Malaysia bahawa isu itu tidak akan menjejaskan hubungan kedua-dua negara.

"Carr tidak perlu mengambil tindakan lanjut berhubung perkara itu dan kemungkinan pun tidak," katanya.

"Mereka (Malaysia) sepatutnya sama ada memberitahu Xenophon lebih awal yang beliau tidak diterima masuk atau sepatutnya membiarkan sahaja lawatan itu tanpa disedari.

"Bagaimanapun, apabila berdepan dengan ahli politik Australia yang mencampuri urusan politik negara dalam beberapa perkara akan memberi kelebihan kepada parti pemerintah.

"(Tindakan) beliau boleh mencerminkan bahawa pihak yang beliau sokong mungkin mempunyai elemen paling kukuh sebagai parti Islam paling ekstrem dalam arus utama politik di Asia Tenggara," kata Sheridan.

Memberi contoh masalah pilihan raya di Vietnam dan Kemboja, Sheridan berkata Malaysia "dalam sudut apa sekalipun ialah antara negara paling demokratik dan bebas di Asia Tenggara".

"Pilihan rayanya mungkin tidak sempurna, tetapi mereka lebih baik daripada kebanyakan negara lain di dunia.

"Malah, keterbukaannya membolehkan individu seperti Xenophon untuk menunjuk-nunjuk di sana."

 

‘I Love New PM’ sambut Anwar di majlis Dong Zong

Posted: 16 Feb 2013 04:02 PM PST

Kehadiran Anwar bersama isteri dan pimpinan Pakatan Rakyat disambut dengan tiga plakad bertulis 'I Love New PM'.

Plakad sama sebelum itu digunakan ketika menyambut kehadiran Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ia diubah suai dengan menambah perkataan 'new' iaitu baru bagi menyambut kehadiran Anwar.

Salah satu plakad itu juga menambah 'I Love New PM Anwar'.

Anwar tiba kira-kira jam 11.30 pagi.

Sama seperti Najib, Anwar juga tidak menyampaikan sebarang ucapan kepada kira-kira 5,000 hadirin yang menghadiri sambutan Tahun Baru Cina kali ketiga anjuran Dong Zong yang bertempat di Kolej New Era di sini.

Sama seperti ketika menyambut kehadiran Najib, acara "Lao Shang" dan aneka persembahan turut disajikan kepada rombongan Anwar.

Meskipun begitu, masyarakat yang hadir dilihat begitu teruja melihat Anwar dan bersalaman dengan pemimpin itu.

Bahkan laungan reformasi turut kedengaran.

Turut mengiringi Anwar ialah Adun Kajang, Lee Kim Sin; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar dan Naib Presiden PKR, Tian Chua.

 

Wan Ahmad bakal saman Mat Sabu, Harakah

Posted: 13 Feb 2013 03:13 PM PST

Saman fitnah turut dikenakan terhadap lidah rasmi PAS, Harakah kerana menyiarkan artikel kenyataan Mat Sabu 'Wan Ahmad tak boleh dipercayai' dalam edisi 1-3 Februari 2012 di muka surat 30 dan terakhir akhbar itu.

Bakal diheret sama parti PAS, pencetak Angkatan Edaran Enterprise, Ketua Pengarang Harakah Ahmad Luthfi Othman serta penulis Aziz Muda.

Mat Sabu dalam artikel terbabit mendakwa, Wan Ahmad pada ketika itu sebagai Pengerusi SPR Sabah terlibat dengan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberikan kerakyatan kepada warga asing  untuk memenangkan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya negeri.

Mat Sabu dalam artikel terbabit turut berkata, Wan Ahmad berikutan dakwaan itu perlu meletakkan jawatan segera bagi memulihkan keyakinan rakyat terhadap SPR kerana beliau seorang yang tidak lagi boleh dipercayai.

Namun Wan Ahmad menegaskan, dirinya tidak pernah berkhidmat di Sabah sepanjang kariernya sebagai pegawai SPR seperti yang didakwa Mat Sabu.

Malah, katanya beliau belum lagi berkhidmat dalam SPR semasa 'Projek IC' itu berlaku.

"Ketika kejadian berlaku saya dan keluarga tidak ada dalam negara.

"Saya berkhidmat sebagai Menteri Penasihat di Kedutaan Malaysia di Washington, Amerika Syarikat," katanya dalam sidang media di kediamannya di sini.

Wan Ahmad menegaskan, beliau mula berkhidmat dalam SPR  pada tahun 1998 sebagai setiausaha dan mula menjawat Timbalan Pengerusi SPR pada tahun 2005 sehingga sekarang.

"Isu yang diperkatakan jelas tiada langsung kaitan dengan saya," katanya.

`Bukan saya'

Beliau berkata, individu 'Wan Ahmad' yang didakwa Mat Sabu itu bukan dirinya tetapi bekas Pengerusi SPR Sabah pada ketika itu, Wan Ahmad Wan Yusof.

READ MORE HERE

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved