Isnin, 4 Februari 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Khutbah Jumaat menyeru untuk toleransi, tapi tegas tentang hak umat Islam

Posted: 31 Jan 2013 06:09 PM PST

Khutbah Jumaat minggu lalu yang memberi amaran bahawa terdapat percubaan dari "musuh Islam" untuk mengelirukan umat Islam mengatakan semua agama adalah sama.

Dalam khutbah hari ini, bersempena dengan Minggu Keharmonian Antara Agama, Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM) menyeru kepada umat Islam untuk menghormati dan melindungi penganut lain.

"Di antara butir-butir kesepakatan yang terkandung dalam Piagam Madinah ialah sesiapa yang hidup dan tinggal di wilayah Madinah, baik Islam atau pun bukan Islam, dengan syarat tidak berbuat zalim, khianat dan huru hara, maka hendaklah mereka dilindungi dan diberi keamanan di bawah kekuasaan Islam yang suci," menurut teks khutbah tersebut.

Bagaimanapun umat Islam harus "mengambil tindakan" sekiranya agamanya dipertikai atau persenda, seperti ditulis dalam surah Al-Mumtahanah ayat 8 dan 9.

"Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agamamu, dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil.

"Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halamanmu, serta mereka membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim".

Khutbah itu juga memberi amaran kepada mereka yang memanipulasi agama untuk kepentingan sendiri, dan mereka yang berkompromi secara melampaui batas dengan agama lain.

"Namun perlu diingat, toleransi yang dimaksudkan bukanlah bererti kita mengakui doktrin keyakinan mereka kerana di dalam persoalan akidah, Islam tidak sama sekali berkompromi dengan kekufuran atau  kesyirikan. Toleransi yang dimaksudkan oleh Islam ialah kita tidak  melampaui batas dalam perkara yang telah dipersetujui," menurut khutbah itu lagi.

JAKIM memberi amaran toleransi melampau akan menjadi pemangkin kerosakan masyarakat itu yang akan melemahkan kestabilan sosio-politik.

Dalam khutbah itu juga, JAKIM memberi amaran kepada bukan Islam tentang apa yang sudah digariskan dalam Perlembagaan dan hak ekslusif umat Islam.

READ MORE HERE

 

Sultan Selangor Ada Kuasa Tolak Nasihat MB Bubar DUN

Posted: 31 Jan 2013 11:22 AM PST

Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, Sultan Selangor mempunyai kuasa budi bicara untuk tidak memperkenankan permohonan Abdul Khalid sebagai Ketua Eksekutif di negeri itu bagi tujuan berkenaan.

"Berdasarkan sistem Raja Berperlembagaan, Ketua Negara iaitu Yang di-Pertuan Agong atau Ketua Negeri iaitu raja atau sultan mempunyai kuasa budi bicara dalam soal pembubaran Parlimen atau DUN.

"Agong atau sultan boleh untuk tidak bersetuju dengan cadangan Perdana Menteri atau Menteri Besar berdasarkan alasan dan pertimbangan tertentu mengikut budi bicara mereka," katanya kepada mStar Online di sini, Khamis.

Bagaimanapun Nik Ahmad Kamal berkata secara amalannya, agong atau sultan akan memberi perkenan untuk membubarkan Parlimen atau DUN sekiranya wujud permohonan daripada Ketua Eksekutif.

"Dalam kes Selangor, sekiranya Sultan Selangor enggan bersetuju sudah pasti ia akan menimbulkan satu konflik Perlembagaan dan menjadi 'precedent' kerana ia berlaku di luar amalan dan kebiasaan.

"Tambahan pula berdasarkan situasi semasa apabila tempoh matang DUN Selangor hampir tamat pada April nanti. Jadi pastinya akan menimbulkan masalah sekiranya permohonan untuk dibubarkan DUN ditolak," katanya.

Selain itu Nik Ahmad Kamal yang juga Penasihat Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata, jawatan Yang di-Pertuan Agong adalah berasaskan konsep Raja Berperlembagaan atau Constitutional Monarchy yakni raja yang sentiasa kena mematuhi nasihat Jemaah Menteri atau salah seorang yang mewakilinya (biasanya Perdana Menteri) seperti yang dikehendaki Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya bagi melaksanakan tiga fungsi iaitu melantik seorang Perdana Menteri; tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen dan meminta diadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja yang semata-mata berkenaan dengan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dan apa-apa tindakan pada mesyuarat itu.

Peruntukan yang sama dimasukkan dalam Perlembagaan Negeri menerusi Jadual Kelapan Perkara 71 sebagai peruntukan tetap yang menyentuh mengenai kuasa budi bicara seorang sultan.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kenyataan Abdul Khalid bahawa Kerajaan Selangor sedia membubar DUN pada akhir Februari ini iaitu selepas sambutan Chap Goh Mei, jika Kerajaan Pusat tidak membubarkan Parlimen pada waktu itu nanti.

Sementara itu, peguam hak asasi manusia, Syahredzan Johan berpendapat Abdul Khalid tidak mempunyai saluran undang-undang sekiranya wujud situasi apabila Sultan Selangor menolak permohonannya untuk membubarkan DUN.

"Saya tidak dapat lihat secara realistiknya cara lain untuk Menteri Besar Selangor membubarkan DUN sekiranya baginda tidak membenarkannya.

"Perkara ini mungkin boleh dibawa ke mahkamah, tetapi saya tidak rasa ianya sesuatu yang Kerajaan Selangor ingin lakukan. Saya juga tidak yakin sama ada keputusan akan berpihak kepada mereka," katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang Perlembagaan Majlis Peguam Malaysia.

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved