Rabu, 16 Januari 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


`Nik Aziz tidak pernah buat `U Turn’

Posted: 15 Jan 2013 03:50 PM PST

Menteri Besar Kelantan itu sebaliknya sejak awal lagi setuju orang bukan Islam boleh menggunakan nama Allah, kata Setiausaha Akhbarnya Ahmad Fadhli Shaari.

Beliau membuat kenyataan itu bagi menjawab laporan dua akhbar – New Straits Times dan Utusan Malaysia – yang  mendakwa Nik Aziz telah membuat `U Turn' dalam isu tersebut.

"Suka untuk diingatkan bahawa tidak ada sebarang pusingan 'U-Turn' khususnya yang melibatkan Tuan Guru al-Mursyidul Am PAS dalam isu kalimah Allah ini.

"Ini dapat dilihat di dalam kenyataan awal beliau sebelum mesyuarat Majlis Syura berlangsung bahawa bukan Muslim perlu diberikan ruang untuk menggunakan kalimah Allah.

"Cuma (beliau) tidak bersetuju nama Allah menjadi terjemahan kepada perkataan God dalam Bible kerana ia tidak tepat, mengelirukan dan boleh membawa kepada silap faham.

"Inilah yang menjadi pegangan YAB Tuan Guru (Nik Aziz) dan beliau konsisten dengan pegangan ini.

"Dalam erti kata lain, tidak ada mana-mana pihak yang boleh menutup ruang golongan non (bukan) Muslim untuk menyebut nama Allah SWT dan merujuk nama tersebut sebagai Tuhan Semesta Alam dalam urusan seharian mereka," kata Ahmad Fadhli lagi.

Nik Aziz, tambah beliau  membuat penegasan awal bahawa ia akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Syura atas sifatnya sebagai badan tertinggi parti.

Mesyuarat malah Ahad lalu memutuskan orang bukan Islam tidak boleh menggunakan kalimah Allah dalam Bible Bahasa Melayu.

 

PAS anggap Anwar, Guan Eng setuju keputusan Majlis Syura

Posted: 15 Jan 2013 02:41 PM PST

Naib Ketua Dewan Ulama, Datuk Mahfodz Mohamed berkata, sehingga sekarang kedua-dua pemimpin itu belum memberi sebarang ulasan mengenai perkara tersebut.

"Setakat ini Anwar (Ketua Pembangkang) dan Guan Eng (Setiuasaha Agung DAP) belum menyuarakan bantahan mereka.

"Kata orang tua-tua, kalau diam maknanya setuju. Jadi saya anggap mereka setuju," katanya lagi.

Bagaimanapun, Mahfodz memberitahu, pihaknya  sedia memberi penerangan yang lebih mendalam kepada mana-mana pihak termasuk pemimpin dan ahli PAS yang tidak puas hati dengan keputusan  Majlis Syura tersebut.

Mahfodz, Pesuruhjaya PAS Johor menegaskan keputusan Majlis Syura tidak membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah dibuat sebulat suara.

Beliau yang juga ahli Majlis Syura berkata, " Dua belas ahli yang menghadiri mesyuarat itu semuanya setuju tidak membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah.

`Hadi sokong'

"Malah Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Presiden PAS) yang hadir dalam mesyuarat itu turut menyokong.

"Majlis Syura mempunyai 15 orang tetapi tiga tidak datang. Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat mempengerusikan mesyuarat yang turut dihadiri timbalannya Datuk Haron Din.

"Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib hadir, begitu juga ahli yang lain," kata Mahfodz.

READ MORE HERE

 

Mat Sabu: Himpunan untuk ‘gulingkan kerajaan’

Posted: 15 Jan 2013 02:27 PM PST

"Memang kami niat nak gulingkan kerajaan dalam PRU akan datang. Kalau tiada niat itu maknanya kami memang berbohong kepada rakyat.

"Kami nak gulingkan kerajaan melalui PRU jadi kepada Tun Dr Mahathir Mohamad beliau boleh terus berada di Malaysia atau bercuti di mana-mana," kata Pengerusi HKR Mohammad Sabu yang juga Timbalan Presiden PAS dalam sidang media di Pejabat Agung PAS di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan mantan Perdana Menteri, Dr Mahathir yang mendakwa HKR cuba meniru kebangkitan 'Arab Spring' kerana penganjur merasakan ia tidak boleh menang PRU13 nanti.

"Jadi mereka berharap dengan meniru dapat menjatuhkan kerajaan, sedangkan kerajaan negara ini bukan seperti di negara Arab, bukan kerajaan kuku besi, ia adalah kerajaan yang dipilih rakyat.

"Apa yang mereka tiru itu bukan cara demokrasi…jika nak adakan perhimpunan atau demonstrasi perlulah ada alasan, tetapi bukanlah demonstrasi mengenai Shamsidar (Taharin).

"Jadi seolah-olah bila ada sahaja kes mahkamah, kena adakan demonstrasi," katanya kelmarin.

Dakwa langgar tiga syarat

Mohamad lebih popular dengan panggilan Mat Sabu berkata, pihaknya setakat ini belum mengadakan pertemuan dengan polis kerana didakwa melanggar tiga syarat himpunan, namun berjanji akan memberi kerjasama sepenuhnya jika dipanggil.

READ MORE HERE

 

Kes saman Anwar-KJ selesai di luar mahkamah

Posted: 15 Jan 2013 02:24 PM PST

Penyelesaian itu direkod Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Geok Yiam semasa kes disebut di hadapan beliau.

Peguam Gobind Singh Deo, yang mewakili Anwar memberitahu mahkamah kes itu diselesai memandangkan defendan (Khairy) bersedia untuk mengatakan beliau tidak mengeluarkan perkataan yang menyinggung perasaan.

"Tiada perintah untuk kos," katanya.

Hakim Su turut berterima kasih kepada kedua-dua pihak kerana menjimatkan masa mahkamah.

Perbicaraan kes itu yang bermula semalam sepatutnya disambung hari ini.

Anwar dalam samannya mendakwa Khairy, yang ketika itu Timbalan Ketua Pemuda Umno, mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya pada satu majlis politik di Kuala Kangsar pada Ogos 2007, yang disiar media cetak dan elektronik pada 3 Ogos tahun sama.

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved