Selasa, 8 Januari 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Memang saya yang kirim SMS penafian ‘Black Rose’: Deepak

Posted: 07 Jan 2013 05:38 PM PST

Kontroversi yang melibatkan Peniaga Karpet, Deepak Jaikishan semakin hangat diperkatakan terutama dikalangan media-media siber puak pembangkan atau lebih khusus PKR.

Walaupun Deepak bukanlah individu yang menyokong BN atau UMNO khususnya, namun kenyataan beliau juga telah diputarbelitkan oleh beberapa pemimpin PKR.

Sehinggakan, wujud satu cerita yang mengatakan peniaga itu menerbitkan sebuah buku berjudul 'Black Rose' yang menceritakan mengenai Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Isteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkaitan kes pembunuhan Altantuya.

Situasi itu sememangnya menimbulkan syak wasangka kerana Deepak, sejak dari awal lagi bukanlah golongan pro-BN namun beliau kini seolah-olah telah disabotaj oleh pemimpin PKR.

Susulan kewujudan buku yang dikatakan diterbitkan oleh Deepak, satu kenyataan balas telah dibuat peniaga terbabit bagi merungkai kekeliruan yang timbul.

"Saya rasa ada pihak yang nak ambil kesempatan tentang perkara ini… saya nak tegaskan buku saya adalah sebuah novel dan nama-nama di dalam buku ini tidak menunjukkan mana-mana individu.

"Peguam dan kawan-kawan saya ada salinan buku itu dan buku saya bukan sampah seperti buku yang mereka katakan itu.

"Saya tahu ada pihak yang tidak berminat untuk mengetahui perkara sebenar malah individu terbabit cuba menghalang saya dari menyatakan kebenaran.

"Saya sendiri tidak faham kenapa Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli boleh mengemukakan bukti kononya ada dokumen… fakta mana yang dia dapat ni," katanya dalam sidang media petang tadi.

Justeru, kini Deepak mencabar Rafizi supaya mengemukakan bukti bahawa terdapat pihak ketiga yang menyerahkan dokumen berkaitan transaksi pembelian barang kemas yang mengaitkan Rosmah.

Menurut Deepak, Rafizi perlu mengaku siapa pihak ketiga yang dimaksudkan agar tidak menyusahkan pihak lain.

"Bila perkara ini berlaku mulalah ada pihak yang kata ada orang UMNO di belakang saya atau saya telah dibayar oleh individu lain untuk menjatuhkan Rosmah.

"Apa ni… Im Not For Sale, saya sumpah tidak ada orang UMNO di belakang saya.

Terdahulu, laporan MalaysiaKini menyatakan perlancaran buku 'Black Rose', satu siri buku yang dijanjikan oleh ahli perniagaan permaidani, Deepak Jaikishan yang mengisahkan persengketaan beliau dengan keluarga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Difahamkan Siri pertama – Black Rose 1.0 – telah diedarkan kepada media malam ini dalam bentuk e-buku setebal 26 halaman dengan pengarangnya dinyatakan sebagai 'Spirit of Altantuya'.

Lantas, Deepak telah menafikan pelancaran buku tersebut dikeluarkan olehnya melalui SMS kepada semua media dan meminta namanya dikeluarkan.

READ MORE HERE

 

Sultan Selangor kesal Guan Eng ungkit isu kalimah Allah

Posted: 07 Jan 2013 12:31 PM PST

Berikutan dengan kenyataan dan gesaan tersebut, Sultan Selangor itu telah memanggil satu mesyuarat khas dengan beberapa orang Ahli Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Mufti Selangor serta pegawai tertìnggi MAIS dan JAIS pacla 6 Januari 2013.

"DYMM Sultan Selangor telah membuat ketetapan dan menitahkan dengan tegas bahawa kalimah Allah yang merupakan kalimah suci khusus bagi umat Islam tidak boleh sama sekali digunakan di Negeri Selangor oleh mana-mana agama bukan Islam yang Iain sebagaimana yang telah difatwa dan diwartakan pada 18 Februari 2010," kata Setiausaha MAIS Datuk Mohd Misri Idris dalam satu kenyataan hari ini.

Perdebatan di mahkamah mengenai isu perkataan "Allah" masih belum diselesaikan, dengan Gereja Katolik masih dihalang dari menggunakan perkataan tersebut dalam akhbar mingguannya The Herald, walaupun keputusan Mahkamah Tinggi membenarkannya pada 31 Disember, 2009, kerana Kementerian Dalam Negeri pada 2010 membuat rayuan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi itu, dan sejak itu mahkamah tidak membuat sebarang keputusan untuk menetapkan tarikh untuk perbicaraan.

Menurut Mohd Misri lagi, Sultan pernah mengeluarkan titah sama berkaitan penggunaan kalimah Allah tiga tahun yang Ialu apabila isu ini pertama kali dibangkitkan akan tetapi tidak diendahkan.

"Namun DYMM Tuanku amat kesal kerana titah Baginda tersebut telah dipandang ringan oleh sesetengah  sehingga isu yang sama dibangkitkan semula," katanya.

"Berikutan dengan itu DYMM Tuanku juga telah menitahkan MAIS dan JAIS untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak sama ada orang bukan Islam atau di kalangan orang Islam sekalipun yang masih mempersoalkan atau memperlekehkan Fatwa yang telah dikeluarkan mengikut peruntukan undang¬ undang yang sedia ada di Negeri Selangor."

Polemik penggunaan kalimah Allah timbul kembali apabila Lim dalam perutusan Krismasnya pada 24 Disember lalu menggesa kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Injil bahasa Melayu memandangkan ia telah dibenarkan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun lalu dan digunapakai di Timur Tengah hampir seribu tahun lalu.

Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kemudian memberi respon bercanggah dengan pendirian presiden parti tersebut Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada tahun 2010 apabila  berkata kalimah "Allah" dalam Alkitab, terjemahan Injil bahasa Melayu tidak akan mencerminkan maksud asal ayat tersebut.

 

Permuda PAS: Perhimpunan Sabtu ini fasa terakhir rampas Putrajaya

Posted: 07 Jan 2013 12:11 PM PST

Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan berkata, pihaknya telah mengeluarkan arahan kepada seluruh saf pemuda untuk turun beramai-ramai menjayakan himpunan ini.

"Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengajak seluruh rakyat Malaysia khususnya golongan muda untuk  turun beramai-ramai menjayakan himpunan ini.

"Ayuh kita jadikan himpunan kebangkitan rakyat 2013 suatu pengalaman yang menakjubkan lalu mencatat lakaran penting dalam lipatan sejarah negara untuk menuntut perubahan.

"Mari bersama kita mencorak masa depan yang lebih gemilang untuk Malaysia," katanya dalam blog Pemuda PAS yang diterbitkan hari ini.Nasrudin berkata, pihaknya menjangkakan sekurang-kurangnya 50,000 Pemuda PAS untuk bersama-sama warga Malaysia yang lain membanjiri dataran Stadium Merdeka.

"Suara sejuta umat akan bergema merayakan perubahan, InsyaAllah!," katanya lagi.

Himpunan di luar negara

Nasrudin juga berkata, sehingga setakat ini pihaknya diberitahu rakyat Malaysia di London, Taiwan dan Sydney telah pun bersedia untuk mengadakan himpunan yang sama bagi meraikan himpunan rakyat di Kuala Lumpur ini.

READ MORE HERE

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved