Isnin, 14 Januari 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Selangor siar maklumat bekalan air mulai esok

Posted: 13 Jan 2013 10:29 PM PST

Maklumat yang disiarkan itu adalah hasil pemantauan dan pertemuan harian Jawatankuasa Pemantauan Bekalan Air Negeri Selangor dengan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), pihak berkuasa tempatan di Selangor dan pihak-pihak lain yang terlibat.

Maklumat ini bagi membolehkan orang ramai terutamanya di Lembah Klang mengetahui perkembangan terkini melibatkan usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan Selangor untuk memulihkan bekalan air kepada lebih 28,000 pengguna di Selangor dan Kuala Lumpur yang terjejas sejak awal tahun ini.

Langkah menyiarkan maklumat di akhbar ini untuk memastikan semua pihak yang terlibat bekerjasama dalam memastikan bekalan air kembali pulih demi menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat yang menderita akibat kegagalan pihak tertentu melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

 

PAS: Bukan Islam boleh guna ‘Allah’ tetapi tak boleh terjemah

Posted: 13 Jan 2013 02:10 PM PST

Semalam, Majlis Syura bermesyuarat bagi membincangkan kemelut dan kontroversi terbaru yang melibatkan kalimah Allah hingga mewujudkan polemik serta pelbagai pertikaian oleh banyak pihak.

"Kalimah Allah adalah alami (universal) kerana Allah Tuhan sekalian alam," kata Majlis Syura.

"Siapa pun boleh menyebut kalimah Allah seperti mana orang Arab Jahiliyah yang tidak Islam menyebut Allah lah yang menjadikan alam ini."

Dalam mesyuarat semalam juga menyaksikan PAS mengambil pendirian membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah tersebut tetapi melarang mana-mana kalimah asing yang hendak diterjemah kepada kalimah Allah.

"Menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan," kata satu kenyataan Majlis Syura.

"Ini kerana ianya salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata."

Dalam kenyataan itu lagi, Majlis Syura berharap ia dapat menjelaskan maksud kenyataan oleh Presiden PAS tersebut dan seluruh kepimpinan PAS.

Nik Abdul Aziz (gambar) yang juga Menteri Besar Kelantan pada 8 Januari lalu dilaporkan bersetuju orang bukan Islam termasuk pemimpin mereka dibenarkan menggunakan kalimah Allah walaupun perkataan itu merupakan hak eksklusif bagi orang Islam.

Menurutnya langkah itu sebagai memberi ruang kepada orang bukan Islam mengenali ajaran agama Islam sebenarnya.

"Bagi (pendapat) saya, orang bukan Islam perlu diberi ruang menggunakan perkataan itu kerana ia merupakan gerakan dakwah untuk mendekatkan orang bukan Islam kepada agama Islam," katanya.

Pendapat Nik Abdul Aziz itu sekali gus menimbulkan percanggahan dengan Majlis Fatwa Kebangsaan dan ulama serta kalangan pemimpin PAS.

 

PAS tetap larang guna ‘Allah’

Posted: 13 Jan 2013 01:57 PM PST

Majlis Syura yang bermesyuarat malam tadi dan dipengerusikan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta dihadiri Timbalannya Datuk Dr Haron Din menegaskan penterjemahannya tidak  dibolehkan kerana bimbang ia membawa kekeliruan yang nyata.

"Kalimah Allah adalah kalimah khusus yang Allah menamakan diri-Nya Allah. Kalimah itu tidak boleh diterjemahkan kedalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar dari kalimah ini.

"Demikian juga kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah.

"Oleh kerana itu menterjemahkan kalimah 'God' atau 'Lord' dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna dan salah guna tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kepada kekeliruan yang nyata. Oleh itu ia hendaklah dicegah," katanya dalam satu kenyataan.

Keputusan Majlis Syura ini  bercanggah dengan Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat Selasa  lalu yang sepakat menyatakan bahawa penganut agama lain tidak dihalang daripada menggunakan perkataan tersebut dalam amalan mereka, dengan syarat ianya "tidak disalahgunakan."

Sementara itu, Nik Aziz berkata Majlis Syura Ulama juga telah membincangkan isu sedutan amanat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan memutuskan untuk mendesak kerajaan supaya membenarkan Presiden memperjelas isu tersebut sekurang-kurangnya satu jam secara langsung menerusi TV1 dan TV3.

 

PAS Kedah larang artis wanita buat persembahan terbuka

Posted: 13 Jan 2013 12:25 PM PST

Kerajaan negeri mengharamkan persembahan penyanyi wanita profesional membuat persembahan di pusat membeli belas dan lain-lain tempat awam terbuka.

Hanya penghibur lelaki dibenarkan untuk menyanyi dan menari dalam pertunjukan yang diadakan di tempat-tempat tersebut.

Sementara itu bagi wanita, hanya pelajar sekolah menengah dibenarkan untuk berbuat demikian.

Selain itu persembahan muzik secara langsung juga dihalang daripada membuat persembahan terbuka, sebaliknya penyanyi hanya dibenarkan menggunakan muzik iringan yang direkodkan (minus-one).

Pusat membeli-belah turut dimaklumkan bahawa hanya lagu-lagu berunsur ketuhanan dan mengandungi mesej positif dibenarkan untuk dimainkan.

Selain perlu mengemukakan senarai penghibur dan lagu-lagu yang akan dipersembahkan, penganjur juga harus memastikan artis yang terlibat supaya berkelakuan sopan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan, Kebudayaan, Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib mengeluarkan arahan tersebut kepada Pegawai Daerah Kota Setar, Datuk Bakar Din pada 9 Januari lepas.

Menerusi garis panduan itu itu juga dinyatakan kumpulan artis dan orang yang terlibat dalam sesuatu persembahan perlu berpakaian sopan dan tidak mencolok mata.

Salinan peraturan berkenaan kemudiannya diberikan kepada Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek di Sungai Petani pada Jumaat.

Beliau kemudiannya menunjukkan kepada pemberita selepas majlis sambutan ulang tahun MCA di sini, Ahad.

Menurut Dr Chua, garis panduan berkenaan dianggap melanggar hak dan kebebasan orang bukan Islam.

Katanya lagi, DAP sebagai sekutu PAS di Kedah perlu menjelaskan mengenai pelaksanaan peraturan baru berkenaan.

"Ini adalah kerana DAP membantu PAS mengambil alih Kedah. Adakah DAP sekali lagi akan berkata bahawa ini adalah satu perkara kecil?" soal beliau.

Tambah beliau orang bukan Islam mempunyai hak dan kebebasan ke atas makanan, pakaian, muzik, hiburan, dan masa lapang.

Sementara itu Naib Presiden MCA, Datuk Seri Chor Chee Heung berkata orang bukan Islam boleh kehilangan identiti mereka di bawah dasar itu.

"Jika bukan Islam terus diperlakukan begini, maka semua perkara termasuk budaya masyarakat Cina dan India boleh hilang jika Pakatan Rakyat terus mentadbir Kedah," katanya.

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved