Ahad, 6 Januari 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Abdul Hadi pertahankan amanatnya

Posted: 05 Jan 2013 04:57 PM PST

"(Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais (Yatim) tak nak bagi peluang (kepadanya menjelaskan perkara itu melalui siaran langsung RTM dan TV3).

"Itu hak dia, tetapi saya tetap dengan pendirian saya, supaya masyarakat berlaku adil kepada semua pihak. Hanya cara (memberi penjelasan melalui siaran langsung) itu boleh memulihkan keadaan, kerana kita (PAS) tiada media. Biar rakyat tahu dan jangan dengar sebelah pihak.

"Biar mereka nilai betul atau tidak. Televisyen perlu siarkan satu jam ucapan saya. Amanat itu pentingkan?" katanya dipetik dari portal berbahasa Melayu, Sinar Harian Online

Selain itu, Abdul Hadi (gambar) menjelaskan beliau tidak pernah melabelkan ucapan dan kenyataan yang dibuat di Kampung Dong Perada pada 7 April, 1981 itu sebagai Amanat Haji Hadi. 

"Saya tidak berikan nama amanat, tetapi orang lain yang berikan nama amanat. Mereka petik ucapan saya dan bentang dalam Dun (Dewan Undangan Negeri).

"Saya akui ia memang ucapan saya, tetapi mereka (pihak berkuasa) hanya senyap selepas itu. Itu ceritanya. Kenapa mereka tidak hujah pada masa itu, tetapi 30 tahun kemudian?" kata Ahli Parlimen Marang yang juga Adun Rhu Rendang.

Presiden PAS itu menyanggah kenyataan Rais yang memutuskan tidak akan melaksanakan cadangan untuk mengadakan forum bagi membincangkan Amanat Haji Hadi menerusi RTM sedangkan sebelum itu mengeluarkan kenyataan berbeza.

Abdul Hadi turut mengkritik Majlis Fatwa Kebangsaan kerana mengatakan ucapannya di Kampung Banggol Peradong pada tahun 1981 itu bercanggah dengan ajaran Islam.

"Saya tidak menerima apa-apa surat daripada Majlis Fatwa Kebangsaan (mengenai perkara itu) dan saya cabar mereka (membuktikan mereka ada menghantar kepada beliau surat mengenainya).

READ MORE HERE

 

Kementerian jawab fitnah terbaru Anwar...

Posted: 05 Jan 2013 03:32 PM PST

Di samping itu, kenyataan media tersebut juga mencadangkan beberapa langkah bagi membantu pengusaha tanaman sawit dan getah termasuk penubuhan Tabung Kebajikan Komoditi Negara dengan sumbangan sebanyak RM100 juta setahun untuk membantu keluarga pekebun kecil yang terjejas akibat penurunan harga kedua-dua komoditi ini.

Pada amnya, harga komoditi sawit adalah dipengaruhi oleh penawaran minyak sayuran lain dan permintaan di negara-negara pengimport utama seperti China, Kesatuan Eropah, Pakistan, Amerika Syarikat dan India. Pada tahun 2012, kelima-lima negara berkenaan telah menyumbang kepada 60 peratus daripada jumlah eksport sawit negara.

Sejak suku tahun ketiga tahun 2012, penurunan dalam pengeluaran domestik seperti di China dan pertumbuhan ekonomi yang lembap di Kesatuan Eropah mempunyai kesan langsung ke atas pengimportan produk-produk sawit Malaysia.

Dalam kes getah, ekonomi dunia yang merudum telah menjejaskan permintaan getah asli untuk menghasilkan produk-produk siap berasaskan getah. Negara-negara pengimport utama getah asli pada tahun 2012 adalah China, Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat yang menyumbang kepada 70 peratus daripada jumlah eksport getah asli negara.

Dalam kes minyak sawit, nilai eksport pada tahun 2011 adalah sebanyak RM83.4 bilion dengan purata harga minyak sawit mentah (crude palm oil – CPO) sebanyak RM3,219 setan.

Bagaimanapun, disebabkan oleh permintaan yang lembap di negara-negara pengimport utama, harga purata CPO bagi tempoh Januari hingga November 2012 adalah RM2,844 setan dengan nilai eksport sebanyak RM65.9 bilion.

Memandangkan kepada permintaan yang lembap di pasaran luar negara, kerajaan telah mengambil beberapa langkah bagi memperkukuhkan harga CPO. Ini dicerminkan dengan kenaikan harga CPO dari RM2,065 setan pada bulan Oktober 2012 kepada RM2,235 setan pada 3 Januari 2013. Langkah-langkah yang telah diambil termasuk:

i.  mempercepatkan pelaksanaan Program B5 (adunan 5 peratus metil ester sawit dengan diesel) ke seluruh negara, menggalakkan penggunaan biobahan api berasaskan sawit sehingga 10 peratus di sektor-sektor lain dan menggunakan minyak sawit di loji-loji janakuasa elektrik terutamanya di Sabah.

Langkah memperluaskan Program B5 di seluruh negara akan membolehkan penggunaan domestik sehingga 500,000 tan minyak sawit setahun. Langkah ini akan menambahkan beban Kerajaan dari segi penyediaan subsidi sebanyak RM371 juta setahun, di samping menyediakan peruntukan kewangan sebanyak RM300 juta bagi membina depot-depot adunan;

ii.    penyediaan peruntukan sebanyak RM100 juta untuk tujuan menebang pokok-pokok sawit yang berusia melebihi 25 tahun di bawah Skim Insentif Tanam Semula (SITS) sawit. Di bawah program ini, Kerajaan akan menyediakan insentif sebanyak RM1,000 sehektar kepada peneroka Felda, skim-skim Kerajaan dan estet.

Langkah ini dijangka dapat mengurangkan bekalan CPO di pasaran tempatan sebanyak 350,000 tan setahun yang akan memperkukuhkan harga CPO. Di samping itu, langkah ini akan dapat mengurangkan stok dan menyumbang kepada peningkatan produktiviti sawit negara dalam jangka masa panjang; dan

iii.    bantuan tanam semula sawit kepada pekebun kecil yang mempunyai keluasan ladang sawit kurang daripada 40.46 hektar sebanyak RM7,500 sehektar di Semenanjung Malaysia dan RM9,000 sehektar di Sabah dan Sarawak. Bantuan ini termasuk kos penebangan pokok dan tanam semula.

Di bawah program ini, kerajaan memperuntukkan RM300.2 juta bagi tahun 2012 dan RM432.8 juta bagi tahun 2013. Bagi mengurangkan kebergantungan industri sawit terhadap tenaga buruh terutamanya buruh asing, Kementerian menggalakkan langkah-langkah mekanisasi seperti penggunaan penuai bermotor sawit jenama Cantas.

Hasil kajian yang dijalankan mendapati penggunaan Cantas dapat meningkatkan produktiviti penuai melebihi 90 peratus iaitu dari 1.4 tan tandan/hari kepada 2.7 tan tandan/hari. Bagi
menggalakkan penggunaan Cantas, Kementeriaan menyediakan insentif pembelian Cantas sebanyak RM1,000 bagi setiap unit.

Di samping itu, melalui penyelidikan dan pembangunan, terdapat jentera lain dan pengangkutan dalam ladang yang telah dihasilkan seperti Roller Picker (pengutip buah lerai), Grabber (pemungut tandan buah sawit automatik), dan Super Crawler dan Beluga (pengangkutan buah sawit di ladang yang lebih efisien untuk kawasan yang sukar seperti di kawasan tanah gambut).

Dalam hal ini, insentif pengecualian dari duti import dan cukai jualan untuk mesin dan kelengkapan perladangan juga disediakan. Aktiviti mekanisasi dijangka dapat mengurangkan kebergantungan kepada tenaga buruh secara berperingkat, sekaligus meningkatkan produktiviti pekerja.

Selain itu, sektor perladangan sawit juga telah mempelbagaikan sumber tenaga buruh dengan meluluskan pengambilan buruh asing dari Bangladesh. Ini akan mengurangkan kebergantungan terhadap buruh asing dari Indonesia.

Bagi menggalakkan industri sawit menceburi dalam penghasilan produk-produk nilai tambah dan meningkatkan penggunaan minyak sawit dalam negara, kerajaan telah memperuntukkan RM202.1 juta pada tahun 2013 yang disediakan dalam bentuk geran.

READ MORE HERE

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved