Sabtu, 5 Januari 2013

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Kaum Cina hanya berminat dengan jawatan atasan, kata pengerusi SPA

Posted: 01 Jan 2013 04:11 PM PST

Mahmood membentangkan laporan SPA bagi tahun 2012 merangkumi jumlah permohonan, perlantikkan dan tindakan tatatertib ke atas penjawat awam.

Sepanjang tahun 2012, hanya sebanyak 2,630 orang daripada masyarakat Cina dilantik mengisi kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam daripada jumlah keseluruhan 47,335 orang yang dilantik.

"Banyak faktor, sebagai contoh masyarakat Cina mereka lebih berminat dalam kumpulan atasan.

"Jika kita lihat jumlah pemilihan tadi iaitu kumpulan A yang terdiri daripada siswazah universiti, masyarakat Cina lebih fokus kepada bahagian itu kerana mereka mahu perlantikkan dengan cepat," kata beliau selepas ditanya wartawan.

Walaupun terdapat peningkatan 11 peratus kaum Cina yang dilantik ke perkhidmatan awam jika dibandingkan pada tahun 2011, Mahmood berpendapat ia masih rendah dan pelbagai kempen perlu digiatkan bagi menarik mereka menyertai perkhidmatan awam.

"Sebagai contoh ialah kaum Cina tidak berminat di bahagian perkeranian.

"Jadi kita kena beritahu mereka kerana kerani juga memiliki gaji yang tinggi. Purata gaji kerani adalah antara RM1,700-1,800 yang bagi saya adalah satu angka yang besar," terang beliau lagi.

READ MORE HERE

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved