Jumaat, 7 Disember 2012

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


‘Saya tidak memihak kepada Umno,’ kata Sultan Selangor

Posted: 06 Dec 2012 02:08 PM PST

"Kenapa perlu saya (memihak)? Tidak ada apa yang saya dapat dengan memihak kepada Umno, PKR atau mana-mana parti.

"Apa yang Umno sudah beri kepada saya?" kata Sultan Selangor dipetik dari akhbar The Star.

Sultan Shahrafuddin juga meminta pihak-pihak yang menuduh dirinya memihak kepada Umno supaya mengeluarkan bukti dan tidak hanya menuduh secara membuta tuli.

"Mereka yang melabelkan saya sebagai orang Umno, buktikan. Tunjukkan bila saya cenderung untuk bersama dengan Umno. Jangan tuduh saya membuta tuli tentang perkara yang saya tidak bersalah. Saya tidak mempunyai agenda politik.

"Sebagai ketua kerajaan, saya di atas politik. Kita perlu jelas tentang perkara ini," katanya.

Sultan Selangor juga mengalu-alukan maklumbalas daripada orang ramai akan tetapi menurutnya, ia perlulah menggunakan saluran betul dan bukannya menggunakan blog yang menyebarkan kebencian terhadap dirinya.

"Rakyat boleh menulis kepada saya melalui Istana," kata Sultan Sharafuddin dalam temubual eksklusifnya bersama akhbar The Star.

"Jangan gunakan blog untuk menyebarkan kebencian terhadap saya. Jika saya melakukan kesalahan, beritahu akan tetapi gunakan saluran betul."

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved