Ahad, 30 Disember 2012

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


MCA bantah harga siling telefon pintar RM500

Posted: 29 Dec 2012 01:51 PM PST

Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menegaskan, penetapan harga RM500 dan ke bawah bagi pembelian telefon pintar untuk rebat yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika pembentangan Bajet 2013 September lalu akan menyekat golongan belia untuk mengoptimumkan penggunaan telefon pintar tersebut.

"Saya tak setuju smartphone harga RM500 ke bawah ... RM200 itu menunjukkan keprihatinan BN (Barisan Nasional) supaya pemuda kita optimakan penggunaan smartphone," katanya kepada pemberita malam tadi.

Sepatutnya tiada harga siling ... itu smartphone "cikai", tak tahan lama," tegasnya lagi.

Jelas Dr Chua, penetapan harga RM500 itu bukanlah satu keputusan yang baik walaupun seteru BN, pembangkang dari Pakatan Rakyat (PR) tidak mempunyai inisiatif sedemikian.

"Pada hemat saya itu keputusan tidak bijak ... namun begitu kalau dibandingkan dengan PR kita lebih baik, mereka tak prihatin belia dalam bajet mereka," katanya dan mengambil contoh PR tidak mensasarkan golongan belia dalam bajet mereka seperti tiada bantuan murid membeli buku, rebat untuk telefon pintar, serta menggalakkan golongan wanita menceburi perniagaan.

Najib ketika pembentangan Bajet 2013 mengumumkan rebat RM200 khas kepada golongan belia untuk pembelian telefon pintar.

Bagi tujuan itu, kerajaan BN telah memperuntukkan sebanyak RM300 juta untuk rebat yang layak diterima oleh golongan belia berusia lingkungan antara 21 hingga 30 tahun dan berpendapatan kurang RM3,000 bagi rebat tersebut.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) baru-baru ini telah menetapkan bahawa rebat RM200 itu hanyalah untuk telefon pintar yang berharga maksimum RM500.

1.5 juta belia dijangka akan menerima manfaat daripada rebat tersebut.

 

Soi Lek kecewa dengan blogger Umno, dakwa tidak beretika

Posted: 29 Dec 2012 01:47 PM PST

Presiden MCA itu menegaskan, beliau kecewa dengan tindakan segelintir blogger tersebut yang mendedahkan butiran perjumpaan mereka malah menegaskan beliau tidak akan berjumpa dengan mereka lagi kerana dakwanya ingin menghancurkan MCA. 

"Saya sangat kecewa dengan blogger pro Umno ... mereka tidak ikhlas tentang apa yang telah dibincangkan. 

"Ia perjumpaan tertutup dan saya ada bercakap tentang persiapan MCA hadapi pilihan raya umum ... Ada sesetengahnya hanya gurauan dan tidak patut didedahkan," jelasnya menyuarakan rasa kecewa dengan tindakan blogger Umno tersebut. 

"Mereka tiada etika melaporkan dan kefahaman dalam apa yang dibincangkan ... mereka melanggar janji itu," tegasnya kepada pemberita ketika sidang media selepas majlis makan malam bersama NGO dari Bandar Tun Razak di sini. 

Soi Lek bagaimanapun turut menegaskan beliau tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap mereka serta tidak lagi akan melayan sebarang permintaan daripada blogger tersebut selepas ini. 

"Jangan datang dan kacau saya lagi, mereka lebih suka 'spin' daripada membantu MCA. 

"Saya telah dimainkan oleh blogger pro Umno," katanya lagi, dan menambah, akan lebih berhati-hati dengan blogger Umno. 

"Saya akan lebih berhati-hati, saya mempertikaikan tujuan mereka ... adakah mereka mahu bantu MCA atau hancurkan MCA," tegasnya. 

Ketika pertemuan dengan blogger pro Umno Rabu lalu, Dr Chua dilaporkan berkata Ong menggunakan "faktornya" untuk mendapatkan sokongan di Melaka bagi mensabotaj beliau. 

Menurut Syed Akbar Ali, blogger pro-Umno yang menghadiri pertemuan itu, presiden MCA itu turut menjangkakan Ong akan meninggalkan parti jika berlaku penggantungan Parlimen. 

"Melihat kembali isu kurangnya sokongan dan beliau berbicara tentang Ong Tee Keat cuba mensabotajnya di Melaka. Dr Chua merasakan jika berlakunya penggantungan Parlimen selepas pilihan raya, Ong Tee Keat mungkin akan mengemas begnya dan pergi. Seperti Chua Jui Ming," kata Syed Akbar dalam blognya.

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved