Jumaat, 21 Disember 2012

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Pas: Hadi diserang kerana dicadang jadi PM

Posted: 20 Dec 2012 11:52 AM PST

SERANGAN ke atas Presiden Pas khususnya berhubung Amanat Haji Hadi dilakukan semata-mata kerana ada ura-ura nama beliau disenaraikan sebagai calon PM.

Sedangkan sebelumnya beliau jarang diserang sebegini hebat. Di Malaysia, jawatan Perdana Menteri seolah-olah hak Umno. Sesiapa sahaja yang disebut-sebut akan mengambil alih jawatan ini akan diserang habis-habisan.

Mungkin ramai yang masih ingat bagaimana Pertubuhan Al-Arqam mengeluarkan sebuah buku yang menggambarkan Ashaari Mohammad sebagai bakal Perdana Menteri. Selepas itu, Al-Arqam terus diserang habis-habisan sehingga segala perniagaan, program dan perkumpulannya dipantau; bahkan galakan poligami turut diserang.

Sedangkan asal bantahan hanya kepada amalan Aurad Muhammadiah. Begitulah nasib sesiapa yang disenarai sebagai Perdana Menteri. Walaupun kita mengakui ada beberapa amalan dan keyakinan bertentangan dengan syarak, tetapi antara sebab hebatnya serangan adalah kerana ada cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri.

Sudah tentu, rakyat masih ingat bagaimana Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang kerana namanya disenarai sebagai Perdana Menteri. Kini Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula diserang sedangkan namanya hanya disebut oleh perwakilan dalam Muktamar Pas bagi menolak tohmahan Umno bahawa kalau Pakatan Rakyat menang, DAP akan jadi Perdana Menteri.

Itulah yang diwar-war di kalangan pengundi Melayu di kampung-kampung. Kini terbukti apa yang dicanang bahawa DAP akan menjadi Perdana Menteri itu berjaya ditolak dengan munculnya cadangan ini.

Hasilnya, kini muncung senapang Umno mula dihalakan kepada Presiden Pas pula. Kita yakin selepas ini pelbagai tohmahan, tuduhan, fitnah akan dibuat ke atas beliau kerana di Malaysia sesiapa yang dicadangkan sebagai Perdana Menteri akan menjadi sasaran serangan media BN.

Rakyat mempunyai satu peluang cerah untuk menyedarkan Umno supaya jangan lagi berfikiran bahawa seolah-olah jawatan Perdana Menteri itu hak eksklusif Umno sahaja di PRU13 dengan menyokong Pakatan Rakyat sebagai kerajaan persekutuan yang baru.

Nik Aziz ulangi pendirian mahu tanding PRU

Posted: 20 Dec 2012 11:50 AM PST

Menurutnya untuk bertanding pada pilihan raya, ia sama sekali tidak memerlukan seseorang calon itu sihat tubuh badannya tetapi cukup mempunyai pemikiran yang baik.

"Insya-Allah...apa sahaja yang Umno tidak suka, itulah yang saya akan buat (bertanding). Bertanding politik bukan perlu kepada tubuh yang sihat tetapi akal yang sihat. Bertanding bukan semestinya untuk bertumbuk. Kalau bertumbuk saya minta maaf," kata Nik Aziz, 82, sebelum ini pernah menerima rawatan jantung.

Ketika ditanya tentang kenyataannya yang pernah membayangkan untuk bersara daripada politik, beliau menjelaskan ia hanya terpakai sekiranya Umno menerima dasar Islam sebagai perjuangannya.

"Selagi Melayu sokong Umno, wajib bagi saya melawan," katanya kepada pemberita di kediaman rasmi Menteri Besar di JKR 10 di sini, hari ini.

Anwar: DAP mahu kerusi lebih tidak munasabah

Posted: 19 Dec 2012 03:31 PM PST

Menurut Anwar, baik PKR, DAP mahupun PAS permintaan untuk mendapatkan  lebih kerusi adalah dibenarkan terutama apabila parti berkenaan mempunyai peluang baik untuk memenangi kawasan tersebut.

Namun ujarnya, perkara itu belum sampai ke pengetahuan beliau dan masih dalam peringkat perbincangan oleh Jawatankuasa Perundingan.

"Pembahagian kerusi sudah selesai 90 peratus. Cuma ada beberapa kerusi di Pulau Pinang (1), Kedah (1), Perak (2). Ada sikit di Sabah dan Sarawak. Namun keseluruhannya 90-95 peratus dah selesai.

"Dalam tradisi Pakatan kita akan bincang namun akhirnya peringkat jawatankuasa yang akan buat keputusan. Secara rasminya ia belum sampai kepada saya.

"Pertambahan dan pengurangan kerusi bagaimanapun akan dibuat berdasarkan prestasi parti dan kawasan mereka pada 2008. Tetapi kita juga sentiasa mengelak perbincangan terbuka kerana ia akan merumitkan negeri dan parti masing-masing," katanya di sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.

Minggu lalu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata partinya mahu tambahan 13 kerusi iaitu tiga kerusi Parlimen dan 10 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk Semenanjung Malaysia pada pilihan raya umum akan datang.

Pertambahan 13 kerusi itu katanya adalah atas dasar semangat setiakawan dan tulus kepada PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pada pilihanraya umum 2008, DAP menang 28 kerusi parlimen daripada 82 kerusi keseluruhan yang dimenangi Pakatan Rakyat.

Anwar ulas kekalahan calon Melayu

READ MORE HERE

 

Jangan ganggu urusan PRU, SPR ingatkan Bersih

Posted: 18 Dec 2012 03:05 PM PST

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, kempen Jom Pantau PRU13 yang bakal dilancarkan oleh Bersih 2.0 tidak akan membantu kelancaran pilihan raya, sebaliknya akan menimbulkan pelbagai masalah.

Menurutnya, SPR tidak menafikan hak rakyat Malaysia untuk menjadi pemerhati dalam pilihan raya, namun mereka tidak boleh mengganggu kerja-kerja pihak penguat kuasa dan SPR.

"Kita tak nafikan itu hak rakyat untuk turut menjadi pemantau dalam pilihan raya, namun kita khuatir akan timbul masalah lain kepada SPR dan pihak penguatkuasa sendiri.

"Kita nak ingatkan agar Bersih 2.0 yang melancarkan kempen ini supaya tidak mengganggu urusan pilihan raya ini," katanya kepada Sinar Harian Online.

Bersih 2.0 akan melancarkan kempen Jom Pantau PRU13 bulan depan bagi memantau PRU13 agar diadakan dengan lancar tanpa sebarang unsur penyelewengan dan penipuan.

Beliau berkata, kempen itu akan memastikan rakyat Malaysia yang telah berdaftar sebagai pemilih, keluar mengundi pada hari pemilihan nanti.

"Kita akan jemput pengundi untuk keluar mengundi pada hari tersebut kerana jumlah pengundi yang ramai akan membawa perubahan kepada penipuan.

"Ia juga akan meminimumkan dan mengurangkan penipuan daripada berleluasa," katanya.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad berkata secara umumnya Bersih 2.0 ini ditubuhkan atas kepentingan sesuatu parti, jadi mungkin mereka mempunyai agenda tertentu untuk kepentingan parti tersebut.

Soal beliau, Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga seorang yang mengetahui undang-undang, "namun mampukah beliau menjaga ahli yang terlibat dalam Jom Pantau PRU13?"

"Bukan semua yang tahu undang-undang, dengan keadaan pilihan raya yang semakin dekat, mungkin pelancaran kempen ini akan menyebabkan pelbagai masalah timbul," katanya.

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved