Khamis, 6 Disember 2012

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-
Malaysia Today - Your Source of Independent News

Malaysia Today - Your Source of Independent News


SPR bidas Kelab Umno Glasgow, undi pos pelajar luar negara sudah dibenarkan

Posted: 05 Dec 2012 02:57 PM PST

Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria menjelaskan, 80 peratus daripada 5,000 pelajar di Scotland layak mengundi menentukan kerajaan dalam pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang.

"Peraturan 3(1)(a), Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 menetapkan bahawa mana-mana warganegara yang telah mendaftar sebagai pemilih (pengundi) berhak untuk mengundi secara pos sekiranya mereka termasuk dalam salah satu daripada kategori seorang Pengundi Tidak Hadir (PTH).

"Manakala PTH sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Peraturan 2(e) dan (f), Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 ialah warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun dan sedang belajar sepenuh masa di mana-mana universiti, maktab latihan atau institusi pendidikan tinggi di luar negara dan pasangan iaitu isteri atau suami masing-masing," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru itu, beliau berkata, untuk memudahkan urusan pendaftaran pemilih rakyat Malaysia di luar negara termasuk pelajar-pelajar sepenuh masa, SPR melantik pegawai-pegawai di Pejabat-Pejabat Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi dan Konsulat Jeneral di Luar Negara sebagai Penolong Pendaftar Pemilih (PPP).

"SPR juga telah mempermudahkan urusan penghantaran borang pendaftaran pemilih (Borang A) melalui kaedah-kaedah pemohon boleh menghantar  sendiri semua dokumen kepada Penolong Pendaftar Pemilih (PPP) yang dilantik oleh SPR di pejabat-pejabat Perwakilan di luar Negara

"Pemohon juga boleh menghantar semua dokumen secara pos kepada Penolong Pendaftar Pemilih (PPP) yang dilantik oleh SPR di pejabat-pejabat Perwakilan di luar Negara; atau pemohon boleh menghantar semua dokumen melalui Wakil iaitu pemohon lain yang hendak menghantar sendiri permohonan kepada Penolong Pendaftar Pemilih (PPP) yang dilantik oleh SPR di pejabat-pejabat Perwakilan di luar Negara," katanya lagi.

Bagi pelajar sepenuh masa, Borang A yang telah dilengkapkan perlu disertakan dengan salinan kad pengenalan atau passport antarabangsa dan salinan kad pelajar atau surat pengesahan sebagai pelajar sepenuh masa.

Kenyataan itu juga menjelaskan, mana-mana pihak yang inginkan maklumat lanjut, rakyat Malaysia yang belajar di luar negara boleh melayari laman sesawang SPR di www.spr.gov.my.

 

Rentak sumbang Perhimpunan Agung Umno

Posted: 05 Dec 2012 11:42 AM PST

Najib bukan lagi penyelamat

Di atas senarai pelakon utama ialah tidak lain tidak bukan Presiden Umno yang imejnya dicemari dengan berbagai isu sejak dia mula muncul jadi Presiden dan PM. Bermula dari isu Scorpene sejak beliau menjadi Menteri Pertahanan hinggalah kepada pembunuhan Altantuya, semuanya menjadi mimpi ngeri bagi Najib. Lebih ngeri ialah isteri Presiden Umno itu yang sering dianggap sebagai bebanan yang ditanggung oleh Umno.

Najib cuba menangkis semua imej buruk ini, walaupun dia mahu dikenali sebagai PM 1 Malaysia tetapi permasalahan yang melingkari dirinya lebih sensasi dari segala program tranformasinya. Najib berdiri di pentas perhimpunan Umno tempoh hari dengan membawa semua bebanan bagasi tentang dirinya dan isterinya walaupun media longkang arus perdana cuba meringankan imej itu.

Najib hambar

Medan perhimpunan sebesar dewan PWTC itu adalah cukup baik untuk seseorang menampilkan dirinya sebagai pemimpin parti Melayu No. 1 di Malaysia malah di dunia. Semangat ahli parti Melayu terbesar itu juga perlu diberi suntikan pada pertemuan itu kerana mereka dibelasah kiri kanan oleh rakyat yang dah mula bosan dengan pemimpin dan wakil rakyat Umno. Persepsi di bawah cukup jelas dan diterjemahkan dalam peti-peti undi PRU ke 12 baru-baru ini. Najib tidak bersembunyi dalam hal ini malah berulang kali menyebut dalam ucapannya tentang "Kekhilafan Umno" dan merayu jangan dihukum dalam PRU ke 13 nanti. 

Seorang wanita yang bertweeter dengan saya dari penyokong Umno turut menyambut seruan Najib dengan mengatakan "hukuman tlh ditunai dengan tumbangnya beberapa negeri kepada pr. Apakah itu x cukup lg Yb? Umno selalu cuba baiki keadaan". Suasana yang cuba ditimbulkan oleh Najib dalam perhimpunan Umno ialah suasana menagih simpati dengan mengaku salah. Ini tidak baik pada saat Umno dicederakan dan suasana perhimpunan 3 hari itu menambahkan lagi garam pada luka orang-orang Umno. Seoalah-olah tidak cukup dengan luka lembu ketua wanitanya, Najib pula bernada pasif. Para pemerhati melihatnya sebagai nada seorang pemimpin yang sudah hilang daya juangnya. Kenyataan Najib mengiyakan tanggapan rakyat yang selama ini menganggap pembangkang memfitnah Umno dan Najib, rentak Najib cukup sumbang pada hari itu.

Deepak muncul

Nama Deepak sebelum ini dikaitkan dengan isu PI Bala di mana dia telah memberi sejumlah besar wang untuk PI Bala menukar kenyataan bersumpahnya yang mengaitkan penglibatan Najib dan Rosmah dalam kes pembunuhan Altantuya. Depaak muncul pada saat-saat kritikal Najib mahu memulihkan imejnya yang "suci" di hadapan perhimpunan Umno. Deepak mengakui "menolong" Rosmah dan apabila isu Altantuya mendapat tekanan dari PR, Deepak seolah mahu selamatkan dirinya dengan membuat pengakuan awal. Rentak Najib semakin sumbang dan plot semakin menarik.

READ MORE HERE

 

PKR dakwa keluarga Pak Lah terlibat dalam pembekalan meter elektonik TNB

Posted: 03 Dec 2012 12:21 PM PST

Pengerusi Biro Pelaburan PKR, Wong Chen berkata, syarikat Obata-Ambak Holdings Sdn Bhd yang dimiliki Noor Asiah Mahmood, adik kepada isteri pertama Abdullah, Allahyarhmah Tun Endon Mahmood, memiliki 15 peratus pegangan saham dalam Malaysian Intelligence Meters Sdn Bhd, salah sebuah daripada lima syarikat yang membekalkan meter elektronik tersebut kepada TNB.

Beliau turut berkata, program yang dihentikan sementara waktu atas arahan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau, dan Air (KeeTha) Datuk Seri Peter Chin Fah Kui pada Oktober lalu menunjukkan pengguna akan membayar sebanyak RM6.88 bilion kepada keuntungan TNB dalam tempoh 10 tahun.

"Kajian kami menunjukkan TNB mempunyai 8.03 juta pengguna sekarang ini dan harga purata setiap meter berharga RM250.

"Justeru itu, program ini berpotensi mencapai sehingga RM2 bilion.

"Untuk tahun kewangan 2012, hasil TNB daripada semua pengguna adalah RM34.4 bilion.

"Jika meter elektronik ini memberi peningkatan konservatif dua peratus, beban tambahan pengguna adalah sebanyak RM688 juta setahun.

"Memandangkan jangka hayat meter ini adalah 10 tahun, pengguna akhirnya akan membayar sehingga RM688 bilion kepada TNB bagi tempoh itu," kata Wong Chen kepada pemberita dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.

Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad yang turut hadir ketika sidang media itu berkata, isu itu bukan lagi isu kecil kerana pengguna dibebani peningkatan sehingga 50 peratus kos bil elektrik mereka.

"Justeru, PKR menggesa ketelusan dan kebertanggungjawaban TNB dalam perkara ini untuk mendedahkan siapa pembekal meter elektronik ini, harga yang dibayar untuk meter ini, adakah harganya berdaya saing mengikut standard tempatan dan antarabangsa, dan adakah tender dibuat secara terbuka atau runding terus?" tanya Nik Nazmi.

READ MORE

 

Pegawai kanan SPR ada jawatan dalam Umno?

Posted: 03 Dec 2012 12:10 PM PST

Hal ini disampaikan kepada Dewan Pemuda PAS negeri Sabah oleh beberapa orang rakyat negeri ini yang prihatin apabila mereka mendapati bahawa beberapa kenyataan pegawai SPR tersebut di media sosial kelihatan jelas menampakkan beliau mempunyai kedudukan dan kepentingan dalam Umno.

Justeru pemuda PAS Sabah menuntut agar respon yang segera daripada SPR.

Lahirul LatiguDemikian kata Lahirul Latigu, Ketua Pemuda PAS Sabah dalam satu kenyataannya hari ini.

Pemuda PAS Sabah menginggatkan bahawa ia akan menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap kredebiliti SPR selaku organisasi yang bertanggungjawab memastikan pelaksanaan demokrasi di negara ini.

"Sekiranya SPR tetap memilih untuk terus membisu dalam isu ini pihak Dewan Pemuda PAS tidak akan teragak-agak untuk mendedahkan butiran yang lebih lanjut berkaitan individu ini," kata Lahirul.

Dewan Pemuda PAS, katanya, akan memastikan hal ini mendapat jawapan yang jelas dari pihak SPR kerana mereka tetap dengan komitmen untuk bersama dengan inspirasi rakyat Sabah untuk melihat proses pilihanraya dinegeri ini berjalan secara adil dan bersih.

 

Rahman Maidin sertai PAS untuk bantu jatuhkan BN

Posted: 02 Dec 2012 12:44 PM PST

Ujarnya, biar pecah benteng lama yang sudah tidak kukuh dan membina kembali dengan benteng yang kuat dan padu.

"Jika digambarkan suasana di lautan, saya pilih ombak sebab ombak dia boleh bersihkan pantai bahkan bukan setakat bersih, dia boleh hancurkan benteng yang tak kukuh, " ujarnya ketika ditanya selepas berucap di majlis makan malam anjuran Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pulau Pinang dengan kerjasama PAS Kawasan Tasek Gelugor di Taman Desa Murni, Sungai Dua semalam.

Beliau berkata, sudah sampai masanya, benteng usang diganti supaya rumah atau pokok yang ada berdekatan pantai dapat diselamatkan.

Jika ombak kuat berlaku di tengah lautan pun tegasnya, alunannya boleh menenggelamkan kapal besar yang muatannya berlebihan.

"Kemasukan saya dalam PAS bukan untuk apa-apa tujuan melainkan ingin membantu PAS bersama Pakatan Rakyat menjatuhkan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum ke 13 nanti," katanya yang juga bekas Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang.

Berucap sama dalam program tersebut ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR, Tian Chua dan Pengerusi DHPP Pusat, Hu Pang Chaw.

 

Rosmah bakal dapat RM26 bilion dakwa Deepak

Posted: 01 Dec 2012 05:29 AM PST

"Tangannya penuh dengan bilion ringgit untuk ditangkap, jadi dia tidak mempunyai masa untuk menangkap bola yang ditendang masuk," kata Deepak dalam kenyataannya kepada media.

Atas dasar itu, Deepak bekas kawan baik Rosmah itu berkata, BN bakal gagal dalam pilihan raya ini.

Beliau menjangkakan, Pakatan akan mendapat 123 kerusi, BN 99 kerusi dan Rosmah akan mendapat RM26 bilion.

Deepak mengulas kes ini ketika mengulas ucapan perwakilan dari Kelantan yang mendakwa pasukan Red Warior di Kelantan akan menjadi contoh pengurusan Umno pimpinan Najib yang bakal menang dalam pilihan raya ini.

Ketika ditanya, di manakah beliau mendapat angka RM26 bilion tersebut, Deepak berkata, ia adalah hasil kiraan beliau berdasarkan projek yang melibatkan Rosmah.

"Saya membuat kiraan berdasarkan projek yang saya terlibat dan projek yang saya tahu dimiliki oleh dia," kata Deepak dalam satu kenyataanya malam tadi.

Deepak sebelum ini mendakwa beliau adalah rakan perniagaan Rosmah sebelum berbangkitnya kes Penyataan Bersumpah (SD) P Balasubramaniam.

Sejak kes P Bala, hubungan mereka bermasalah kerana beliau didakwa tidak menunaikan janji untuk menyelesaikan kes Bala.

Deepak berkata, dia hanya menolong kawan dalam kes itu bukannya terlibat secara langsung.

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved