Isnin, 31 Disember 2012

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Pakatan yakin dapat 35 dari 60 kerusi Dun Sabah

Posted: 30 Dec 2012 02:36 PM PST

Bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Lajim Ukin berkeyakinan penuh selain dari 35 kerusi Dun, Pakatan Rakyat juga turut dapat memenangi 15 kerusi Parlimen di negeri itu.

"Saya berkeyakinan pada PRU13 nanti kita (Pakatan Rakyat) dapat memenangi 32 hingga 35 kerusi Dun dari 60 kerusi yang dipertandingkan dan membolehkan kita mendapat majoriti mudah bagi membentuk kerajaan.

"Selain itu juga 15 kerusi parlimen akan turut kita perolehi bagi membantu Pakatan Rakyat menawan Putrajaya," jelas beliau kepada Harakahdaily.

Lajim yang dalam pada itu turut mempersoalkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang masih mengganggapkan Sabah sebagai 'fixed deposit' mereka pada pilihanraya nanti.

Malah jelas Lajim lagi, jika Najib yang masih berkeyakinan kenapa sehingga sekarang beliau masih belum yakin untuk membubar parlimen dan memberi laluan kepada PRU13.

"Ketika saya di dalam Majlis Tertinggi Umno sebelum ini, ada agensi melaporkan kedudukan Umno-BN di sabah adalah 52 peratus memihak kepada mereka, manakala 48 peratus pula kepada Pakatan Rakyat.

"Tetapi maklumat tersebut bercanggah dengan  apa yang disalurkan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan juga Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) yang menyatakan Barisan Nasional akan kalah di Sabah," katanya.

Tambah beliau atas sebab percanggahan maklumat itulah menyebabkan Najib dan juga pemimpin tertinggi Umno termasuk Timbalan Perdana Menteri terpaksa berulang-alik ke Sabah untuk mencari undi mereka.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) juga memberitahu tiada sebab untuk rakyat Sabah menolak Pakatan Rakyat pada PRU13 nanti.

Ini kerana Pakatan Rakyat yang mendahului Barisan Nasional dalam mendengari masalah dan penderitaan rakyat Sabah sebelum ini terutamanya dalam pemberian 20 peratus royalti minyak kepada Sabah dalam usaha meningkatkan kebajikan rakyat.

 

MCA bantah harga siling telefon pintar RM500

Posted: 29 Dec 2012 01:51 PM PST

Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menegaskan, penetapan harga RM500 dan ke bawah bagi pembelian telefon pintar untuk rebat yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika pembentangan Bajet 2013 September lalu akan menyekat golongan belia untuk mengoptimumkan penggunaan telefon pintar tersebut.

"Saya tak setuju smartphone harga RM500 ke bawah ... RM200 itu menunjukkan keprihatinan BN (Barisan Nasional) supaya pemuda kita optimakan penggunaan smartphone," katanya kepada pemberita malam tadi.

Sepatutnya tiada harga siling ... itu smartphone "cikai", tak tahan lama," tegasnya lagi.

Jelas Dr Chua, penetapan harga RM500 itu bukanlah satu keputusan yang baik walaupun seteru BN, pembangkang dari Pakatan Rakyat (PR) tidak mempunyai inisiatif sedemikian.

"Pada hemat saya itu keputusan tidak bijak ... namun begitu kalau dibandingkan dengan PR kita lebih baik, mereka tak prihatin belia dalam bajet mereka," katanya dan mengambil contoh PR tidak mensasarkan golongan belia dalam bajet mereka seperti tiada bantuan murid membeli buku, rebat untuk telefon pintar, serta menggalakkan golongan wanita menceburi perniagaan.

Najib ketika pembentangan Bajet 2013 mengumumkan rebat RM200 khas kepada golongan belia untuk pembelian telefon pintar.

Bagi tujuan itu, kerajaan BN telah memperuntukkan sebanyak RM300 juta untuk rebat yang layak diterima oleh golongan belia berusia lingkungan antara 21 hingga 30 tahun dan berpendapatan kurang RM3,000 bagi rebat tersebut.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) baru-baru ini telah menetapkan bahawa rebat RM200 itu hanyalah untuk telefon pintar yang berharga maksimum RM500.

1.5 juta belia dijangka akan menerima manfaat daripada rebat tersebut.

 

Soi Lek kecewa dengan blogger Umno, dakwa tidak beretika

Posted: 29 Dec 2012 01:47 PM PST

Presiden MCA itu menegaskan, beliau kecewa dengan tindakan segelintir blogger tersebut yang mendedahkan butiran perjumpaan mereka malah menegaskan beliau tidak akan berjumpa dengan mereka lagi kerana dakwanya ingin menghancurkan MCA. 

"Saya sangat kecewa dengan blogger pro Umno ... mereka tidak ikhlas tentang apa yang telah dibincangkan. 

"Ia perjumpaan tertutup dan saya ada bercakap tentang persiapan MCA hadapi pilihan raya umum ... Ada sesetengahnya hanya gurauan dan tidak patut didedahkan," jelasnya menyuarakan rasa kecewa dengan tindakan blogger Umno tersebut. 

"Mereka tiada etika melaporkan dan kefahaman dalam apa yang dibincangkan ... mereka melanggar janji itu," tegasnya kepada pemberita ketika sidang media selepas majlis makan malam bersama NGO dari Bandar Tun Razak di sini. 

Soi Lek bagaimanapun turut menegaskan beliau tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap mereka serta tidak lagi akan melayan sebarang permintaan daripada blogger tersebut selepas ini. 

"Jangan datang dan kacau saya lagi, mereka lebih suka 'spin' daripada membantu MCA. 

"Saya telah dimainkan oleh blogger pro Umno," katanya lagi, dan menambah, akan lebih berhati-hati dengan blogger Umno. 

"Saya akan lebih berhati-hati, saya mempertikaikan tujuan mereka ... adakah mereka mahu bantu MCA atau hancurkan MCA," tegasnya. 

Ketika pertemuan dengan blogger pro Umno Rabu lalu, Dr Chua dilaporkan berkata Ong menggunakan "faktornya" untuk mendapatkan sokongan di Melaka bagi mensabotaj beliau. 

Menurut Syed Akbar Ali, blogger pro-Umno yang menghadiri pertemuan itu, presiden MCA itu turut menjangkakan Ong akan meninggalkan parti jika berlaku penggantungan Parlimen. 

"Melihat kembali isu kurangnya sokongan dan beliau berbicara tentang Ong Tee Keat cuba mensabotajnya di Melaka. Dr Chua merasakan jika berlakunya penggantungan Parlimen selepas pilihan raya, Ong Tee Keat mungkin akan mengemas begnya dan pergi. Seperti Chua Jui Ming," kata Syed Akbar dalam blognya.

 

Pembangkang tidak dibenarkan ceramah di Felda

Posted: 26 Dec 2012 03:01 PM PST

Pengerusi biro, Suhaimi Said berkata, bagi negeri Pahang arahan itu dikeluarkan di Rompin kira-kira seminggu lalu.

"Di Pahang ia telah berkuatkuasa di beberapa tempat seperti Rompin dan Jengka 22 serta Jengka 23.

"Arahan ini datang dari ibu pejabat Felda di Kuala Lumpur.

"Tetapi kami tidak mahu mempedulikan arahan itu. Kami telah mengadakan ceramah di sebuah Felda di Rompin malam tadi tetapi tidak ada kejadian buruk berlaku," tambah Suhaimi.

Bagaimanapun, ketua cabang PKR Kuala Krau itu mendakwa arahan itu tidak membabitkan Umno.

Ia mungkin ada kaitan dengan konvoi Oren Pahang anjuran Persatuan Anak-anak Peneroka Felda (Anak) di negeri itu minggu lalu.

`Janji pilihanraya'

Sementara itu dalam perkembangan lain, Suhaimi mengalu-alukan sebarang usaha untuk membina rumah-rumah untuk generasi kedua Felda adalah janji pilihanraya.

Bagaimanapun, katanya pihak berwajib perlu memastikan projek perumahan itu sampai kepada kumpulan sasaran iaitu anak-anak peneroka.
Beliau mendakwa beberapa projek perumahan sebelum ini hanya memberi manfaat kepada anak pengurus dan kakitangan Felda.

"Ini janji pilihanraya. Rumah yang dibuat itu banyak dinikmati oleh anak pegawai Felda dan golongan bukan peneroka.

"Ini berlaku di Felda Mempaga dan Felda Lepar dekat Bentong, Pahang," tambahnya.

Aktivis masyarakat itu berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan bahawa sebuah syarikat swasta telah ditawarkan kontrak untuk membina rumah bagi generasi kedua warga Felda di seluruh negara.

Syarikat tersebut dikatakan akan bekerjasama dengan KPF Holding yang akan menyediakan dana bagi projek pembinaan rumah berkenaan.

Bagaimanapun, menurut sumber ia masih di peringkat perbincangan dan belum dibawa dalam mesyuarat KPF untuk dimuktamadkan.

 

Cassa kecam MB Selangor berhubung isu air

Posted: 26 Dec 2012 02:57 PM PST

Presiden Cassa, Datuk Dr Jacob George, berkata kenyataan Khalid itu "tidak profesional" dan mengesahkan beliau mahu satu 'perang politik' di antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat berhubung isu air.

"Sebagai menteri besar, beliau harus lebih sensitif kerana yang menanggung kedukaan dan kelukaan daripada masalah air ialah pengguna di Selangor sendiri," katanya dalam satu temubual.

Dr George berkata apa yang terjadi ekoran pendirian yang diambil oleh Khalid berhubung isu air ialah "gajah berlawan dengan gajah tetapi pelanduk yang mati di tengah-tengah", iaitu rakyat, pengguna negeri Selangor dengan masalah pemotongan air dilaporkan di beberapa kawasan ekoran kekurangan bekalan.

Sebagai contoh, minggu lepas, beberapa kawasan di sekitar Pandan Perdana, Pandan Indah, Taman Taynton View dan Taman Bukit Segar di Cheras mengalami gangguan bekalan air berikutan penurunan paras kolam utama yang dikesan sejak awal minggu.

Menurut Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas, ia berpunca daripada permintaan bekalan air yang meningkat mendadak sejak kebelakangan ini dan melibatkan lebih 9,000 pengguna.

"Sebelum mereka datang memerintah negeri ini, mereka buat banyak kenyataan bahawa mereka nak mesra rakyat dan sebagainya. Tetapi dari 2008 sampai sekarang kita nampak sudah ada satu penukaran fikiran dalam cara mereka membuat kerja dan lakukan tanggungjawab.

"Mereka dah jadi tidak sensitif lagi, mereka ingat sudah berkuasa, boleh buat apa-apa (sahaja), tak payah dengar (suara rakyat). Ini mendukacitakan bila mereka keluar kenyataan iaitu 100 tahun pun mereka akan melengah-lengahkan walaupun mereka tahu pada tahun 2015 kita akan berhadapan dengan masalah bekalan air yang begitu besar," katanya.

Beliau berkata kekurangan bekalan air di Selangor bukan sahaja berpunca daripada permintaan pengguna biasa tetapi lebih kepada industri-industri, projek-projek perumahan yang tumbuh seperti cendawan yang mengakibatkan pertambahan jumlah penduduk dengan mendadak.

Menurut Dr George, beliau perhatikan setiap kali pihak seperti kerajaan pusat berbincang atau melaksanakan langkah-langkah mengatasi isu air di Selangor, kerajaan negeri akan membawa masuk isu-isu baru yang tidak ada kaitan dengan isu-isu asal.

Beliau berkata, kerajaan pusat sudah membuka banyak ruang kepada kerajaan Selangor sama ada secara langsung atau tidak langsung, termasuk sedia membantu dari segi kawangan dan teknikal dan malah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pun setuju untuk turun padang.

 

351 peneroka saman Felda, tuntut RM200 juta

Posted: 26 Dec 2012 12:48 AM PST

Saman difailkan melalui Tetuan Daim dan Gamany di Mahkamah Tinggi Temerloh, Pahang pagi tadi menamakan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) sebagai defendan pertama dan Felda Palm Industries Sdn Bhd sebagai defendan kedua.

Plaintif dalam writ saman antara lain mendakwa, Felda Palm Industries berniat jahat dan sengaja menurunkan KPG sehingga enam peratus bertentangan dengan kadar sepatutnya dengan tujuan untuk menurunkan harga setiap tan buah sawit.

Peneroka terbabit turut mendakwa wujud konspirasi antara defendan pertama dan kedua menyalahgunakan kaedah penggredan untuk memastikan KPG diturunkan, selain menjual buah sawit dibawah KPG yang sepatutnya tanpa pengetahuan plaintif.

Disebabkan itu, plaintif mendakwa setiap mereka mengalami kerugian sebanyak  RM30,912 pada tahun 2008.

Manakala bagi buah yang ditahan tapi tak dilupuskan, setiap peneroka telah kehilangan pendapatan sebanyak RM1345.63 (RM560.08 setan).

"Kerugian kesemua plaintif untuk tahun 2008 lebih kurang RM11.322 juta," writ saman itu menyebut.

Ganti rugi

Sehubungan itu, plaintif memohon mahkamah untuk mendapatkan printah supaya Felda dan Felda Palm Industries membayar ganti rugi khas kepada plaintif berdasarkan jumlah keluaran dan harga sawit untuk setiap tahun bermula tahun 1995.

Selain itu, peneroka terbabit turut meminta ganti rugi am dan teladan untuk penipuan dan pecah amanah, kadar faedah empat peratus setahun dikenakan keatas jumlah ganti rugi khas bemula dari tahun 1995 serta empat peratus jumlah ganti rugi am dari tarikh pemfailan writ sehingga kes selesai sepenuhny  dan lain-lain kos.

Saman difailkan wakil peneroka Abdul Rashid Abdul Wahab sebagai plaintif pertama dan Din Mohd Arif (plaintif ke-331).

Mereka diwakili Ketua Biro Guaman PKR Latheefa Koya dan  Timbalan Pengerusi Biro Peneroka Felda dan Orang Asal PKR T Kumar.

Turut hadir Pengerusi Biro Peneroka Felda dan Orang Asal PKR Suhaimi Said serta timbalannya Bob Manolan.

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved