Selasa, 25 Disember 2012

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Pekida akan terus pertahankan kedaulatan bangsa Melayu dan agama Islam

Posted: 24 Dec 2012 06:07 PM PST

Beliau berkata sebagai sebuah pertubuhan yang diwujudkan atas dasar Melayu dan Islam, sudah pasti kedua-dua dasar berkenaan menjadi pegangan utama dan akan diperjuangkan sampai bila-bila.

"Pekida mempunyai misi dan visi tersendiri iaitu menegakkan Islam dan memastikan bangsa Melayu terus menjadi tunjang negara. Kita akan terus mempertahankan agama, bangsa dan negara walaupun terpaksa berjuang hingga ke titisan terakhir.

"Justeru kita sebagai anggota (Pekida), kita mempunyai tugas yang berat untuk pastikan kestabilan politik negara dikekalkan supaya negara akan terus aman dan damai," katanya semasa berucap pada Mesyuarat Agung Pekida Malaysia ke-18 yang dirasmikan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam, di sini hari ini.

Jamaludin berkata sehingga kini keanggotaan Pekida sudah menjangkau kira-kira 300,000 orang dan jumlah itu sangat penting dalam menguatkan pertubuhan itu dalam memperjuangkan matlamat penubuhannya.

"Pekida mempunyai anggota yang ramai dan kita sedang mencari formula bagaimana untuk menyatukan kesemua anggota supaya perjuangan kita mencapai matlamatnya.

"Kita tidak mahu satu hari nanti kita terpaksa menangis di belakang pintu disebabkan oleh kegagalan kita untuk mempertahankan bangsa, agama dan negara kita sendiri," katanya.

Jamaludin turut menyeru semua anggota pertubuhan itu agar terus menyokong kerajaan sedia ada yang sudah terbukti banyak membantu membangunkan syiar Islam selain mempertahankan keistimewaan orang Melayu sejak negara merdeka hingga kini.

"Hanya kerajaan yang ada sekarang ini akan terus memberikan kemakmuran, kesejahteraan dan kebajikan kepada rakyat. Jadi, saya minta semua anggota Pekida agar terus menyokong kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sekarang ini agar semua yang diperoleh sekarang ini berterusan untuk anak cucu kita," katanya.

 

BN mampu menang dua pertiga kerusi PRU-13

Posted: 24 Dec 2012 03:03 PM PST

Beliau berkata, kemenangan itu mampu dicapai sekiranya semua ahli parti tidak bersikap terlalu yakin, tidak sabotaj parti dan perlu menggandakan usaha bagi memastikan kejayaan itu.

Saya berpendapat BN boleh melakukannya (menang dua pertiga majoriti) sekiranya mengekalkan 140 kerusi Parlimen yang dikuasai sekarang dan merampas masing-masing lima kerusi daripada PAS dan DAP, manakala 10 lagi daripada PKR.

Rampas 20 kerusi

Ini pendapat peribadi saya...semuanya logik kerana tujuh daripada 10 kerusi PKR kini bermasalah iaitu enam keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas, manakala satu lagi kalah pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor. Jadi, saya rasa kita mampu merampas 20 kerusi Parlimen yang dimenangi pembangkang pada PRU-13, katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Pemukiman Pemantapan Profesionalisme Kelab Kebajikan dan Rekreasi Penerangan di Hotel Seri Costa di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Ditanya faktor keyakinan BN mampu merampas kerusi selain disebabkan masalah yang dihadapi parti pembangkang, Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri meminta semua pihak melihat pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sejak mengambilalih pada 2009.

Di bawah teraju Perdana Menteri selama tiga tahun lapan bulan, kita tidak pernah dengar sebegitu banyak program dilaksanakan.

20 jenama 1Malaysia

Melaluinya (pemerintahan Najib) kita ada 20 jenama produk 1Malaysia, lima jenis transformasi serta pembaharuan yang dilakukan termasuk program tinjauan mesra, turun padang, janji ditepati dan pemberian terus subsidi kepada rakyat. Semua ini tidak pernah dilakukan sebelum ini, katanya.

Ahmad berkata, dengan ketegasan Perdana Menteri yang mahukan calon boleh menang, beliau yakin BN boleh mencapai kemenangan majoriti dua pertiga.

Jika kita berfikiran positif, maka tindak tanduk kita positif, tak kan kita tak boleh tawan, apa yang saya sebut ini adalah logik, katanya.

 

PAS bidas Guan Eng

Posted: 24 Dec 2012 02:59 PM PST

Tindakan itu kata mereka bukan saja akan mengelirukan umat Islam malah menunjukkan Ketua Menteri Pulau Pinang itu tidak menghormati keputusan yang sudah diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.

Guan Eng dalam perutusan khas sempena Krismas di laman blognya, semalam menggesa Kerajaan Pusat diterajui Barisan Nasional (BN) membenarkan penganut Kristian di Semenanjung menggunakan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.


Ahli Majlis Syura Ulama PAS yang juga Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan, Datuk Mohamed Daud Iraqi, berkata tindakan Setiausaha Agung DAP itu mengelirukan umat Islam di negara ini.

"PAS mengambil pendirian seperti diputuskan Majlis Syura parti sebelum ini, tidak bersetuju dengan desakan mana-mana pihak berhubung isu berkenaan.

"Kita tidak boleh lawan Majlis Syura yang sudah putus perkara ini sebelum ini, kalau lawan.... jadi benda lain. Kita tidak akan ikut, pakai dia (Guan Eng), sebab dia keliru banyak, nak guna benda karut.

"Tapi terpulang kepada kerajaan (Persekutuan), kalau nak buat. Bagi PAS, kita bantah, tidak boleh guna perkataan itu," katanya kepada BH.
Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi mahu Guan Eng berhenti daripada membangkitkan isu itu kerana boleh mencetuskan kekeliruan umat Islam.

"Tindakan Guan Eng itu boleh mencetuskan semula polemik yang sudah lama reda. Isu ini tidak perlu ditimbulkan lagi dan sepatutnya beliau merujuk kepada ulama sebelum mengeluarkan kenyataan seperti itu secara terbuka.

"Isu kalimah Allah ini bukan boleh dijadikan polemik kerana ia sangat sensitif dan boleh menimbulkan ketegangan agama jika tidak ditangani dengan baik," katanya.

Nasrudin berkata, jika masyarakat agama lain masih tidak memahami isu itu sewajarnya ia dibincangkan secara tertutup bersama ulama bagi mengelakkan ketegangan agama.

Ditanya sama ada PAS akan bertemu dengan Guan Eng berhubung isu terbabit, Nasrudin berkata, perkara itu diserahkan kepada pucuk pimpinan parti.

Sebelum ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5-7 Mei 2008 sudah membincangkan Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah.

Muzakarah memutuskan bahawa lafaz Allah adalah kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam serta tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama lain.

Sementara itu, Mufti Pulau Pinang, Datuk Hassan Ahmad berkata, negeri itu mewartakan kalimah Allah sebagai antara 40 perkataan yang tidak boleh digunakan bukan Islam.

Beliau berkata peraturan itu dikuatkuasakan pada zaman pakatan pembangkang memerintah dan dipersetujui Guan Eng sebagai pemimpin tertinggi.

"Jabatan Mufti Pulau Pinang sudah putuskan perkataan seperti Allah, haji, masjid contohnya hanya boleh digunakan mereka yang beragama Islam.

"Dia (Guan Eng) pun tahu perkara ini, kita sudah maklum dan peraturan ini sudah diwartakan, pelik juga beliau cakap macam tu," katanya.

Mufti Kelantan, Datuk Mohd Shukri Muhamad berkata, keputusan tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible perlu dihormati semua kaum.

 

Bersih 2.0 gagal mengetengahkan isu sebenar pilihan raya, kata bekas pengerusi SPR

Posted: 23 Dec 2012 02:11 PM PST

"Sebab mereka tidak kemukakan apa yang mereka mahu. Mereka hendak undi pos dikaji, ini semua kecil.

"Bagi saya, ia tidak membantu untuk memperkuatkan amalan demokrasi. Ia hanya merubah sedikit tatacara atau pun prosedur," katanya beliau dipetik dari Sinar Harian Online.

Menurut Abdul Rashid lagi, tuntutan Bersih 2.0 hanya bersifat "quick fix" dan tidak menyentuh perubahan struktur.

"Tetapi Bersih (2.0) ini khusus untuk kita buat perubahan pada sistem pilihan raya dan mereka tidak berapa mengerti agaknya, tuntutan-tuntutan itu nampaknya tidak menyeluruh.

"Saya kaji juga tuntutan-tuntutan ini dan mereka tidak mendesak dilakukan suatu perubahan yang menyentuh struktur.

"Maknanya seluruh undang-undang itu dikaji. Bukan satu dua tempat. Ini macam kita tukar bateri, tukar 'spark plug', tukar minyak hitam, 'quick fix' ini (sebenarnya) boleh mendatangkan masalah yang lebih besar. Yang dasarnya tidak berubah."

Beliau bersara sebagai pengerusi SPR selepas pilihan raya umum (PRU) 2008 yang menyaksikan berlakunya tsunami politik apabila buat pertama kalinya Barisan Nasional (BN) kehilangan majoriti tradisi dua pertiga di Parlimen.

Abdul Rashid juga melahirkan rasa terkejutnya selepas meneliti tuntutan Bersih 2.0 walaupun menurutnya, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tersebut terdiri daripada orang hebat dan peguam ternama.

"Tuntutan-tuntutan itu nampaknya ... apabila anda buat tuntutan itu, kerajaan respon, itulah yang dibuat menerusi PSC, itu yang dibuat. Jadi tuntutan mereka telah dipenuhi.

"Tapi kita tahu, Bersih hendak lebih daripada itu. Mereka tidak mahu PSC. Mereka mahu suruhanjaya yang betul-betul bebas dan adil," katanya.

 

KITA mahu Kelantan jelaskan tanah diberi kepada DAP

Posted: 23 Dec 2012 01:50 PM PST

Tanah seluas 10, 526 ekar di Gua Musang itu dikatakan telah diberikan kepada Syarikat Upayapadu Plantation Sdn Bhd.

Ketua KITA, Masrum Dayat bertanya adakah syarikat Upayapadu Plantation Sdn Bhd merupakan penender yang tertinggi.

Walaupun transaksi tersebut merupakan transaksi perniagaan persendirian, tetapi ia membabitkan sebuah badan berkanun negeri Kelantan.

Katanya, terdapat dua laporan berbeza yang yang memerlukan penjelasan lebih khusus.

"Satu laporan menyebut bahawa syarikat Upayapadu Plantation telah memeterai perjanjian dengan YIK  untuk membeli tanah bernilai lebih RM30 juta itu pada tahun 2006.

"Satu lagi laporan yang memetik kenyataan exco kerajaan negeri, Dr Mohd Fadzli Hassan bahawa ia merupakan usahasama projek melalui konsep pajakan dan perjanjian selama 50 tahun dengan diberikan pajakan dan bukannya hak milik," kata Masrum dalam satu kenyataan media hari ini.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan dakwaan kononnya beliau memberikan tanah bernilai lebih RM30 juta kepada pemimpin DAP sebagai habuan memastikan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin dilantik Menteri Besar Perak pada 2008.

Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham tutut menafikan beliau memberi laluan kepada PAS untuk jawatan Menteri Besar negeri itu kepada parti Islam tersebut sebagai pertukaran dengan  kontrak pembalakan di Kelantan, walaupun menjadi pengarah dalam syarikat pembalakan di kawasan tersebut.

Ngeh dan seorang lagi Adun DAP Perak , Datuk Nga Kor Ming berkata, mereka melabur dalam syarikat tersebut, tetapi menegaskan tidak ada perjanjian dalam perkara tersebut.

Isu pemberian tanah ini telah dibangkitkan dalam sidang dewan undangan negeri Perak, minggu lalu.

READ MORE HERE

 

Konvoi Oren NS: 2 cedera, cermin kereta pecah

Posted: 23 Dec 2012 01:47 PM PST

Insiden berlaku berhampiran simpang masuk ke Felda Bukit Rokan Utara, Gemencheh, Tampin apabila kira-kira 100 orang penduduk tempatan yang membawa bendera BN menghalang peserta konvoi seramai 200 orang  meneruskan perjalanan.

Menurut Pengarah Program Konvoi Oren Negeri Sembilan, Abdul Rahman Ramli; ketika peserta konvoi baru sahaja sampai di lokasi, sekumpulan lelaki yang bersenjatakan kayu dan batu meluru kepada sebuah kereta pacuan empat roda yang berada di paling hadapan.

"Mereka memecahkan cermin kereta di hadapan dan kedua-dua cermin tingkap sebelah kiri kereta dengan kayu.

"Sebenarnya tindakan lelaki-lelaki yang membawa bendera BN dan Umno ini adalah satu tindakan yang salah.

"Menyedari bantahan daripada mereka, kami tidak masuk ke Felda Bukit Rokan Utara, sebaliknya hanya berunding untuk menggunakan jalan besar tersebut untuk ke Felda Jelai.

"Sebaliknya mereka mencederakan dua orang lelaki.

"Seorang cedera di kepala dan seorang lagi di kening. Saya juga kecewa dengan pihak polis yang hanya melihat insiden itu berlaku dan tidak menghalang lelaki-lelaki yang mencetuskan provokasi dari awal lagi," kata Abdul Rahman yang juga merupakan Yang DiPertua PAS Jempol..

Noraza Muda cedera di kepala sementara Razali Rashad di kening. Kedua-dua mereka dipukul dengan kayu oleh dua lelaki yang tidak dikenali di jalan utama berhampiran simpang masuk Felda Bukit Rokan Utara.

Konvoi Oren NS dibatalkan

Berikutan kejadian itu Noraza, Razali dan kepimpinan PAS dan PKR yang menyertai konvoi itu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Jempol di Bandar Seri Jempol.

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman ketika mengadakan sidang akhbar tergempar di hadapan IPD Jempol, berkata peserta konvoi berkereta itu hanya berhasrat memasuki kawasan Felda untuk seketika, memberikan sedikit ucapan ringkas dan mengedar risalah.

"Saya kecewa dengan pihak polis yang hanya memerhatikan sahaja kejadian peserta konvoi kami diserang.

"Saya mendapat maklumat, bahawa di lokasi seterusnya iaitu di Felda Jelai, mereka menunggu kami dengan besi, kayu dan batu.

"Mengambil kira keselamatan peserta dan saya tidak mahu lebih ramai tercedera, saya mengambil keputusan untuk membatalkan konvoi ini'" ujar Mazlan.

Halangan di Felda Kepis dan Felda Bukit Rokan Barat

Sebelum itu, konvoi Oren dihalang masuk di Felda Kepis oleh lebih 100 penduduk tempatan dan tidak dibenarkan masuk oleh hampir 80 penduduk Felda Bukit Rokan Barat.

Kepimpinan PAS dan PKR hanya memberi ucapan ringkas dari atas sebuah kenderaan pacuan empat roda di tepi jalan utama dan beredar ke Felda Bukit Rokan Utara sebelum insiden buruk itu berlaku.

Jika tidak kerana insiden peserta Konvoi Oren diserang dan tercedera, sepatutnya peserta dengan 80 kenderaan meneruskan konvoi ke Felda Jelai, Felda Palong 4, 5 & 6, Felda Lui Selatan dan Felda Serting Hilir.

Ini merupakan insiden ketiga membabitkan kekecohan terhadap peserta Konvoi Oren. Sebelum ini kekecohan terhadap Konvoi Oren turut berlaku di Felda Lawin Selatan, Gerik Perak pada 03 November lepas dan di Felda Jengka 11 pada Ahad lalu.

Dalam kedua-dua kejadian itu penduduk Felda terbabit bertindak menghalang peserta konvoi daripada memasuki kawasan Felda tersebut.

READ MORE HERE

 

Diam saja tentang hudud

Posted: 21 Dec 2012 01:08 AM PST

Jangan layan sangat sakatan UMNO mengenainya yang tujuannya adalah demi mengelirukan orang ramai dan memerangkap PAS.

Hudud adalah program PAS bagi mengabdikan diri kepada Allah dan agamanya. Ia tidak mungkin dilaksanakan selagi PAS tidak berada dalam kerajaan baik ia memerintah sendiri atau kerajaan yang disekutuinya.

Sudah  cukup setakat ini dengan pendiriannya yang sudah diketahui umum. Bahawa hudud itu sebahagian dari cita-cita politik.

PAS sudah nyatakan cita-citanya dan sebagai tanda  kesungguhannya dengan cita-cita itu ia sudah meluluskan enakmen mengenainya di Kelantan dan Terengganu.

Kedudukannya sekarang ialah seperti kenderaan yang berada  di simpang lampu trafik. Ia berhenti kerana isyarat lampu merah. Ingin kenderaan tidak dihenti. Ia menunggu lampu hijau. Bila datang lampu hijau, ia boleh berjalan.

Oleh itu jika ada orang menyakat PAS tentang hudud itu, kerana kononnya PAS munafik dengannya dan  sudah melupakannya, maka tidak perlu dilayan dan dijawab. Politik menuju ke Putrajaya boleh celaru dan keliru sama sendiri apabila ia dipolemikkan.

Cita-cita PAS itu sudah  diketahui oleh semua sama ada ia diulang atau didiamkan. Tidak perlu dinyatakan lagi. Semuanya  tahu jika PAS bersama memerintah negara, ia akan berusaha sedaya mungkin untuk menyempurnakannya.

Tidak ada makhluk yang percaya PAS melupakannya. Kalau dasar PAS berketul dapat dilihat dengan mata, kiranya perut iblis dapat dibelah, nescaya kita dapat lihat ketul itu ada dalam hatinya.

Ia tahu PAS tidak melupakannya hinggalah ia dapat menjadikan  PAS sama seperti lawannya iaitu UMNO.

Selama 66 tahun usia UMNO, sudah 55 tahun ia memacu negara merdeka, jika dibelah perut, ketul hudud tidak ada dalam hatinya. Yang ada dalam hatinya hudud PAS.

Akan iblis tadi, kurus kering ia kerana dalam hatinya ada ketul hudud yang tersimpan rapi dalam cita-cita politik PAS. Baik PAS bercakap tentangnya atau PAS berdiam saja, ia lihat dan ia rasa ketul itu ada. Ia seperti kanser baginya. Lalu ia berusaha untuk memadamkannya, menghasut PAS supaya melupakananya. Kesnernya itu akan sembuh apabila dapat menjadikan PAS sama dengan seteru politiknya.

Walaupun UMNO sudah menyakat PAS, dikatakannya cita-cita hudud PAS itu sudah jadi cacamarba apabila ia bersekongkol dengan DAP dan PKR, dan DAP terang-terang menyatakan ia menolak hudud, tetapi tetap MCA, Yahudi, Amerika dan lain-lain, jika perut masing-masing dibelah, ada dilihat ketul cita-cita PAS dalam hati mereka.

Dan katakanlah ketika menunggu 100 haru PRU13 ini tiba-tiba PAS membuat pengumuman betapa ia tidak lagi menyimpan  cita-cita politiknya, tidak lagi ia mahu meneruskan ibadatnya itu, ia tidak bercadang untuk meneruskan hudud, tiada ahli MCA yang percaya, tiada seekor Yahudi dan Amerika yang percaya.

Jika selepas ia mengumumkan mahu melupakan hudud, dibelah perut MCA dan perut  Yahudi, tetap ketul hudud itu dijumpa dalam hati mereka. Mereka tidak  akan percaya PAS sudah melupakannya sekalipun PAS betul-betul melupakannya.

Begitu juga iblis. Ia pun tak percaya PAS melupakannya. Sekalipun PAS betul-betul melupakannya, ia tetap curiga bahawa PAS mungkin taubat  dan kembali kepada cita-citanya. Selagi PAS tidak mati, ia tidak percaya PAS benar-benar melupakannya.

Atas kedudukan itu PAS tidak perlu lagi melenting atas isu hudud itu. Buat saja kerja yang patut hingga sampai ke Putrajaya.

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved