Ahad, 2 Disember 2012

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Rosmah bakal dapat RM26 bilion dakwa Deepak

Posted: 01 Dec 2012 05:29 AM PST

"Tangannya penuh dengan bilion ringgit untuk ditangkap, jadi dia tidak mempunyai masa untuk menangkap bola yang ditendang masuk," kata Deepak dalam kenyataannya kepada media.

Atas dasar itu, Deepak bekas kawan baik Rosmah itu berkata, BN bakal gagal dalam pilihan raya ini.

Beliau menjangkakan, Pakatan akan mendapat 123 kerusi, BN 99 kerusi dan Rosmah akan mendapat RM26 bilion.

Deepak mengulas kes ini ketika mengulas ucapan perwakilan dari Kelantan yang mendakwa pasukan Red Warior di Kelantan akan menjadi contoh pengurusan Umno pimpinan Najib yang bakal menang dalam pilihan raya ini.

Ketika ditanya, di manakah beliau mendapat angka RM26 bilion tersebut, Deepak berkata, ia adalah hasil kiraan beliau berdasarkan projek yang melibatkan Rosmah.

"Saya membuat kiraan berdasarkan projek yang saya terlibat dan projek yang saya tahu dimiliki oleh dia," kata Deepak dalam satu kenyataanya malam tadi.

Deepak sebelum ini mendakwa beliau adalah rakan perniagaan Rosmah sebelum berbangkitnya kes Penyataan Bersumpah (SD) P Balasubramaniam.

Sejak kes P Bala, hubungan mereka bermasalah kerana beliau didakwa tidak menunaikan janji untuk menyelesaikan kes Bala.

Deepak berkata, dia hanya menolong kawan dalam kes itu bukannya terlibat secara langsung.

 

Dubes Malaysia: Video Hina Indonesia Itu Adu Domba

Posted: 29 Nov 2012 01:49 PM PST


Dubes Malaysia untuk RI Dato Syed Munshe Afdzaruddin menegaskan hal tersebut dilakukan oleh orang yang tidak bertanggung jawab. Pemerintah Malaysia tidak tahu asal usul video tersebut.

"Itu tidak dibenarkan. Video tersebut datang dari kelompok tertentu yang sengaja mengadu domba hubungan kita. Entah dari negara luar, Malaysia, ataupun Indonesia," kata Dato Syed kepadaLiputan6.com di Jakarta, Jumat (30/11/2012).

Menurut Dato Syed, pertandingan sepakbola Piala AFF seharusnya menjadi ajang persatuan antar bangsa. "Sepakbola harusnya bisa menjadi olahraga atau game yang enjoy. Kerajaan Malaysia amat mendukung persatuan antar kedua bangsa," ucap Dato.

Hubungan Indonesia dengan Malaysia memang seperti love and hate relationship. Layaknya orang memadu kasih. Kadang benci, kadang cinta. Kadang bermusuhan, kadang berteman baik. Tetapi tetap saling membutuhkan.

Namun, Dato Syed menegaskan apapun yang terjadi hubungan Malaysia dan Indonesia harus tetap rukun dan tidak mudah terprovokasi.

"Apakah sengaja untuk melakukan propaganda? Bisa juga. Yang jelas kedua negara jangan terpancing," imbau Dato Syed. (RZK)

 

Abim bantah konsert Elton John/Jennifer Lopez

Posted: 29 Nov 2012 12:59 PM PST

Ini memandangkan konsert tersebut dianjurkan taktala negara masih bergelut untuk merungkaikan pelbagai kemelut sosial yang melanda negara ini.

Persembahan Elton dibuat melalui Elton John & Band: 40th Anniversary of the Rocket Man pada 29 November 2012 manakala Jenifer pula melalui Jennifer Lopez live in Malaysia pada 2 Disember ini.

Abim juga menilai penganjuran konsert seakan-akan menggambarkan sikap acuh tidak acuh pihak tertentu terhadap pelbagai bantahan yang dikemukakan terhadap penganjuran konsert-konsert serta program hiburan melampau membabitkan artis-artis dari luar Negara.

Hiburan merupakan elemen berpengaruh terutama sekali di kalangan golongan remaja. Hiburan yang bersifat mendidik akan mendorong golongan remaja untuk mengembangkan sahsiah diri mereka secara positif.

Akan tetapi sekiranya mereka menerima pendedahan dari hiburan yang bersifat hendonistik semata-mata, ia akan mendorong golongan muda ini untuk bertindak menurut kepuasan hawa nafsu semata-mata.

Tambahan pula, salah seorang artis tersebut secara terbuka mengamalkan hubungan sejenis (gay) yang boleh memberikan ekspresi keteladanan yang salah di kalangan golongan muda.

"Seharusnya ancaman LGBT serta beberapa gejala songsang yang lain membuatkan pihak-pihak yang berwajib lebih berwaspada serta berhati-hati dalam menyaring sebarang kemasukan serta penganjuran hiburan membabitkan artis-artis luar negara," kata Setiausaha Agungnya, Mohamad Raimi Abdul Rahim.

Penganjuran kedua-dua konsert tersebut, katanya,  merupakan titik hitam di sebalik kemilau kebangkitan hiburan Islamik serta selebriti dakwah di negara ini.

Ketegasan serta keprihatinan dari pihak berwajib serta masyarakat adalah perlu untuk mengelakkan golongan muda dari terus dibanjiri "idola" tanpa sebarang rujukan keteladanan yang positif, tegasnya.

 

Amaran 13 Mei bukan ancaman

Posted: 28 Nov 2012 04:17 PM PST

Namun beliau tidak menjamin perkara yang sama tidak akan berlaku sekiranya kuasa pentadbiran Pusat beralih tangan kepada Pakatan Rakyat selepas Pilihan Raya Umum 13 (PRU13).

Ini kerana menurut Muhyiddin, perbezaan ideologi antara parti dalam Pakatan menjadi faktor utama yang mampu menggugat kestabilan negara.

"Maksud kita keadaan akan jadi porak peranda (kerana) pertembungan ideologi yang besar. Bayangkan kalau mereka duduk semeja, bagaimana nak capai keputusan tadbir negara pada lima tahun akan datang?

"Di peringkat negeri yang mereka kuasai pun ada pertembungan yang nyata…konflik agak jelas," kata Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri dalam sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur hari ini.

Kenyataannnya itu sekaligus mempertahankan ucapan dasar Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil semalam mengenai kemungkinan berulangnya tragedi tahun 1969 jika Umno kehilangan kuasa selepas PRU nanti.

"Jika kita tidak lagi ditampuk kuasa, maka kestabilan politik negara akan goyang. Pastinya kaum Melayu yang menjadi rakyat majoriti di negara kita tidak akan senang.

"Saya bimbang dan khuatir ini mungkin akan membawa kepada ketegangan kaum yang boleh mengundang kembali tragedi 13 Mei 1969," kata bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata ucapan Shahrizat itu bukan berniat untuk menakutkan rakyat, sebaliknya satu peringatan tentang impak negatif sekiranya Pakatan menguasai Putrajaya.

READ MORE HERE

 

Najib: Malaysia akan hilang kedaulatan tiga tahun selepas Pakatan perintah

Posted: 28 Nov 2012 12:58 PM PST

Menurut presiden Umno itu, jika janji-janji PR dalam Buku Jingga dilaksanakan, ekonomi negara akan musnah seperti negara Greece.

"Pada tahun pertama seandai (Buku Jingga) dilaksanakan, defisit bajet Kerajaan pusat akan melonjak kepada hampir 30 peratus.

"Kedua, menjelang tahun 2015 kadar nisbah hutang negara kepada KDNK akan melambung kepada 140 peratus.

"Dalam tahun ketiga, kita akan mencapai tahap keparahan dan hilang kedaulatan ekonomi seperti negara Greece," kata beliau semasa menyampaikan ucapan dasarnya presiden di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Menurut Najib senarai janji-janji PR tidak lojik untuk dilaksanakan dan bertujuan untuk memancing undi bagi memenangi pilihan raya.

"Jika disenarai, mereka mendakwa kononnya mampu menjamin pendapatan purata bulanan setiap isi rumah Malaysia pada kadar RM 4000, menghapuskan tol dan hutang PTPTN, memberikan elaun khas kepada guru sebanyak RM 500 sebulan dan menaikkan royalti petroleum sehingga 20 peratus kepada negeri-negeri.

"Mana mungkin semua itu diperbuat kerana natijahnya akan memusnahkan ekonomi negara," katanya.

Najib turut menyelar ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mahu melibatkan Australia dalam pilihan raya umum ke 13 nanti.

"Sebab itulah tanpa segan silu mereka mengadu kepada kuasa asing bagi mengantarabangsakan masalah dalaman, sedangkan mereka tahu tindakan berkenaan hanya mengaibkan negara dan menghina intelek rakyat Malaysia.

"Tidak perlulah kita libatkan orang asing untuk menunjuk ajar bagaimana menguruskan negara. Janganlah menjadi Si Kitul moden sampai sanggup mengkhianat bangsa dan tanahair.

"Dah lebih separuh abad pun kita merdeka ... tahulah kita selok belok negara sendiri. Persoalannya, selepas mereka menang di lima negeri pada pilihanraya lalu tiada pula rumah siap pahat berbunyi," tambah Najib lagi.

Perhimpunan Agung Umno ke 66 berlangsung dari 27 November sehingga 1 Disember.

2,722 perwakilan parti tersebut dari seluruh negara berhimpun bagi mendengar amanat pimpinan tertinggi Umno menjelang pilihan raya paling sengit,  bakal berlangsung tidak lama lagi.

 

Cerita sebenar Deepak Jaikishan kawan Rosmah

Posted: 27 Nov 2012 05:06 PM PST

Deepak J Tekwani, pengarah kepada Carpet Corporation menghubungi Harakahdaily untuk memberikan cerita sebenar di sebalik hubungan beliau dengan keluarga Datuk Seri Najib Razak.

Dalam pertemuan berdepan kira-kira setengah jam di sebuah hotel terkemuka itu, Deepak menceritakan apa sebenarnya hubungan beliau dengan keluarga Perdana Menteri khasnya Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Najib.

Ia bermula apabila Rosmah menjadi pelanggan kedai karpet beliau di Jalan Tunku Abdul Rahman. Selepas itu hubungan mereka baik dan Deepak diperkenalkan kepada Najib.

Ketika itu, Najib adalah Menteri Petahanan.

Namun persahabatan mereka berakhir apabila Deepak diminta menolong keluarga Najib ekoran akuan bersumpah (SD) yang dibuat oleh penyiasat persendirian P Balasubramaniam.

Ia berakhir apabila Bala tidak berpuashati dan Deepak dipersalahkan oleh keluarga Najib.

"Cara dia bertindak bukan sebagai kawan yang menolong kawan, tetapi dia hantar 50 orang penguatkuasa datang ke ofis saya, rumah, dan kilang saya dengan niat memberi amaran untuk saya tidak mendedahkan perkara sebenar & menutup cerita sebenar SD," cerita Deepak kepada Harakahdaily.

Ikuti pendedahan siapa Deepak Jaikishan sebenarnya melalui temubual wartawan Harakahdaily dengan beliau.

Apa tujuan saudara mahu bertemu dengan Harakah (daily)?

Saya tertarik dengan pertanyaan Harakah (daily) minggu lepas, siapa saya (Deepak Jaikishan). Saya sebenarnya terlibat dalam perniagaan karpet dan perniagaan hartanah.

Saudara dikaitkan dengan Datuk Seri Najib. Sebenarnya bagaimana hubungan saudara dengan keluarga beliau?

Hubungan...saya memang kenal Datuk Seri dan Puan Seri. Saya sebagai pembekal karpet dan terlibat dalam perniagaan. Kalau ada peluang bisnes, kita mintak sokongan dari pihak beliau.

Sudah lama hubungan itu. Bagaimana saudara kenal dia?

Ia hanya bisnis karpaet. Mungkin 2004 atau 2005, Datin Seri (Rosmah) datang ke kedai kita di Jalan Tunku Abdul Rahman. Dia datang kedai beli karpet, so kita berkenalan dari situlah. Kamudian Datin Seri perkenalkan kepada suami dia. Masa itu dia (Najib) adalah Menteri
Pertahanan.

Bisnes apa yang saudara buat dengan dia?

Mungkin tidak sesuai saya dedahkan hari inilah. Mungkin sessi lain. Sebab saya hanya mahu jawab apa yang saudara tanya dalam akhbar saudara. Apa hubungan saya dengan mereka. Bisnis saja, tidak ada yang bukan-bukan. Ia hanya bisnis sahaja. Dia isteri orang, tidak ada yang bukan-bukan, tidak baik. Ia benar-benar bisnes sahaja.

Ada laporan dalam Malaysiakini yang saudara berkata, ia hubungan kakak adik sahaja, tanpa lain-lain?

Ya boleh dikatakan begitu.

Pada pandangan saudara, kenapa saudara dipopularkan sangat?

Saya pun rasa. Dulu tidak ada macam itu. Mungkin kesalahan saya bila saya tolong dalam kes Bala (P Balasubramaniam). Semasa kita dengan tidak sengaja terlibat dalam kes Bala untuk menolong keluarga Perdana Menteri. Masa itulah nama kita naik.Sememangnya kita tidak suka, kita suka low profile.

Sebelum ini tidak ada apa-apalah?


Takda, kita senyap-senyap buat bisnes kita. Di Malaysia, kalau kita high profile bukan senang kita nak buat bisnes.

Macamana pulak saudara terlibat dalam kes Bala. Ia menjadi persoalan kepada orang ramai?


Ini kes mahu tolong kawan. Pada kita dia kawan yang setialah. Jadi kita tolong. Contohnyalah, saya dengan saudara dekat kolam renang. Saya tidak tahu berenang. Tetapi saya lihat saudara jatuh ke dalam kolam dan tenggelam. Jadi saya pun masuk dalam kolam untuk menolong saudara. Jadi saya rasa pada masa itu, kita saja yang ada dan kita diminta menolong. Kita bukan terlibat secara langsung. Lawyer pun lawyer dia (keluarga PM), kita saja tolong koordinat. Reporter pun dia yang panggil. Kita fikir ketika itu ada kawan yang terdesak minta pertolongan. Dia pun dah ada hubungan baik dengan kita.  Kita tak anggap perkara ini akan menyusahkan kita dan melibatkan kita secara langsung dalam kes Altantuya inilah.

Maksuk Encik Deepak, saudara baik dengan Bala ke, saudara tolong Bala ke atau...

Saya tolong keluarga Datuk Seri Najib.

Saudara memang kenal Bala?

Saya tidak kenal secara langsung, ada kenalan melalui komuniti yang sama, perkara ini terjadi. Saya dipanggil waktu tengah malam, "You boleh tak selesaikan masalah ini...its a big problem". Saya pun ada seorang saudara yang kenal dia (Bala), seorang anggota polis juga. "Tanya dia boleh tak you uruskan orang ini, minta dia jumpa wakil keluarga Datuk Seri." Dia setujulah. Kita perkenalkan dia. Kita bukan terlibat dengan apa-apa proses lain, kita tidak terlibat.

Jadi selepas itulah nama saudara menjadi popular?

Ya ini memang kesalahan kitalah. Kalau perkara ini terjadi sekali lagi, saya tidak boleh berenang, saya tengok saudara tenggelam, saya akan biarkan tenggelamlah. Saya tak boleh nak tolonglah sebab manusia tidak mengenang budi.

Adakah selepas itu hubungan dengan Bala bermasalah?

Sebenarnya dia (Bala) bukan marah dengan kita. Dia marah orang yang telah janji dengan dia. Bukan saya.

Apa berlaku kepada hubungan saudara dengan Datuk Seri selepas itu?

Saya rasa selepas semua inilah, apabila ia sudah terdedah, kita telah dianggap bersalah kerana tidak dapat memuaskan semua kehendak Bala. Sebenarnya bukan kita yang terlibat dalam masalah ini, bukan kita yang terlibat dalam kes Altantuya. Kita pada malam itu menolong saja tetapi dipersalahkan kerana tidak dapat memenuhi kemahuan-kemahuan Bala. Bala ini bekas Pi. Seminggu cerita itu, seminggu lagi cerita ini. Kita tidak mahu terlibat dengan semua itu. Kita orang bisnes tidak mahu terlibat dengan dunia James Bond inilah.

Apa berlaku selepas itu. Saudara dilihat senyap sedikit selepas itu?

Kita pun mahu cerita ini senyap tetapi tidak begitu. Saudara juga terlibat bangkitkan lagi cerita ini. Saya rasa kes ini tidak akan senyap sehingga kes Altantuya selesai dengan adil. Bagi saya, dunia ini dikuasai oleh Tuhan Yang Maha Esa. Saya rasa selagi kes ini tidak selesai, perkara ini tidak akan terhenti. Kita tidak bersalah, tangan kita bersih. Kita tidak mahu dikaitkan dengan benda yang libatkan kes-kes yang sebegini kejam, Kita nak bercakap benar dengan semua orang. Memang satu masa dulu kita telah menolong kawan tetapi kita tidak bersalah. Kita tak terlibat dan tidak ada motif untuk melibatkan diri.

Selepas apa yang berlaku dengan Bala, adakah masih baik dengan keluarga Datuk Seri?


Sebenarnya, selepas perkara ini berlaku, mereka telah mengambil tindakan cuba mensenyapkan saya. Cara dia bertindak bukan sebagai kawan yang telah menolong kawan, tetapi hadiah yang dihantar adalah hantar 50 orang penguatkuasa kerajaan datang melawat, masa kes Bala terdedahlah. Jadi kita pun tahulah pada ketika itu, Najib is sitting Prime Minister. Dihantar pula 50 orang penguatkuasa datang dan angkut lima enam lori.

Jadi apa tindakan saudara?


Kita tunjuklah ketidakpuasan hati kita, perniagaan kita terjejas. Kalau you anggap saya sebagai kawan, you besar atau kecil, kawan tetap kawan, kita mesti tolong. Kalau tidak boleh tolong, jangan susahkan. Jangan makan kawan. Jadi tindakan yang dibuat untuk kawal situasi dengan hantar 50 penguatkuasa untuk menyeyapkan kita, supaya kita senyap, jangan cakap. Kita tahulah, ini bukan kawan. Kalau macam ini, baik hari itu bagi dia tenggelam.

Apa tindakan selepas itu?


Kita duduk diam-diam. Yang hangus tidak boleh diganti. Jadi sekarang saja nak bersihkan nama saya. Kita pun tak libat bisnes dengan mereka lagi. Dah dua tahun tidak libat lagi bisnis dengan dia tetapi masih cerita ini keluar. Bagi saya cerita ini tidak akan selesai sehingga Altantuya dibicarakan dengan adil dan mendapat hak dia. Kita tidak mahu dilibatkan. Sangat jelas  penglibatan kita pada malam itu hanya tolong kawan dan SD itu sendiri dibuat oleh peguam mereka.

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved