Rabu, 19 Disember 2012

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Jangan ganggu urusan PRU, SPR ingatkan Bersih

Posted: 18 Dec 2012 03:05 PM PST

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, kempen Jom Pantau PRU13 yang bakal dilancarkan oleh Bersih 2.0 tidak akan membantu kelancaran pilihan raya, sebaliknya akan menimbulkan pelbagai masalah.

Menurutnya, SPR tidak menafikan hak rakyat Malaysia untuk menjadi pemerhati dalam pilihan raya, namun mereka tidak boleh mengganggu kerja-kerja pihak penguat kuasa dan SPR.

"Kita tak nafikan itu hak rakyat untuk turut menjadi pemantau dalam pilihan raya, namun kita khuatir akan timbul masalah lain kepada SPR dan pihak penguatkuasa sendiri.

"Kita nak ingatkan agar Bersih 2.0 yang melancarkan kempen ini supaya tidak mengganggu urusan pilihan raya ini," katanya kepada Sinar Harian Online.

Bersih 2.0 akan melancarkan kempen Jom Pantau PRU13 bulan depan bagi memantau PRU13 agar diadakan dengan lancar tanpa sebarang unsur penyelewengan dan penipuan.

Beliau berkata, kempen itu akan memastikan rakyat Malaysia yang telah berdaftar sebagai pemilih, keluar mengundi pada hari pemilihan nanti.

"Kita akan jemput pengundi untuk keluar mengundi pada hari tersebut kerana jumlah pengundi yang ramai akan membawa perubahan kepada penipuan.

"Ia juga akan meminimumkan dan mengurangkan penipuan daripada berleluasa," katanya.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad berkata secara umumnya Bersih 2.0 ini ditubuhkan atas kepentingan sesuatu parti, jadi mungkin mereka mempunyai agenda tertentu untuk kepentingan parti tersebut.

Soal beliau, Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga seorang yang mengetahui undang-undang, "namun mampukah beliau menjaga ahli yang terlibat dalam Jom Pantau PRU13?"

"Bukan semua yang tahu undang-undang, dengan keadaan pilihan raya yang semakin dekat, mungkin pelancaran kempen ini akan menyebabkan pelbagai masalah timbul," katanya.

 

Izat: Ekonomi Melayu gugat jika DAP diberi kepercayaan

Posted: 17 Dec 2012 02:02 AM PST

Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama), Datuk Moehamad Izat Emir berkata, sokongan orang Melayu terhadap DAP akan hanya menyebabkan ekonomi dan masa depan orang Melayu terumbang-ambing.

Katanya, perkara ini jelas terbukti seperti apa yang berlaku dalam pemilihan jawatan anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP baru-baru ini yang menyaksikan kesemua lapan pemimpin Melayu parti itu kecundang dan tidak mendapat tempat dalam kepimpinan parti.
   
Beliau berkata, perkara itu jelas menunjukkan bahawa parti itu bukan memperjuangkan hak pelbagai bangsa dan kaum tetapi sebaliknya hanya membela nasib satu bangsa sahaja.
   
Beliau berkata, segelintir orang Melayu yang menyertai DAP ialah kerana mereka tertarik dengan ideologi sesetengah pihak yang menabur janji manis dengan tawaran memberi jawatan tapi sebenarnya kuasa di tangan orang lain.

"Sepatutnya mereka bersatu untuk menjaga kepentingan generasi masa depan orang Melayu dan bukannya berpecah-belah dengan menyertai parti pembangkang," katanya kepada Bernama.
   
Izat berkata ekonomi orang Melayu kini semakin terancam dengan kedudukan yang berbeza-beza antara satu sama lain hingga mewujudkan perpecahan dan seharusnya situasi berbeza ini perlu dielakkan.
   
"Kita boleh bekerjasama dan saling menghormati dengan bangsa dan kaum lain. Tapi ketika ini status ekonomi maju dan politik yang kukuh tidak akan dicapai jika kita tidak bersatu padu dan terus berpecah," katanya.

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved