Selasa, 18 Disember 2012

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Izat: Ekonomi Melayu gugat jika DAP diberi kepercayaan

Posted: 17 Dec 2012 02:02 AM PST

Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama), Datuk Moehamad Izat Emir berkata, sokongan orang Melayu terhadap DAP akan hanya menyebabkan ekonomi dan masa depan orang Melayu terumbang-ambing.

Katanya, perkara ini jelas terbukti seperti apa yang berlaku dalam pemilihan jawatan anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP baru-baru ini yang menyaksikan kesemua lapan pemimpin Melayu parti itu kecundang dan tidak mendapat tempat dalam kepimpinan parti.
   
Beliau berkata, perkara itu jelas menunjukkan bahawa parti itu bukan memperjuangkan hak pelbagai bangsa dan kaum tetapi sebaliknya hanya membela nasib satu bangsa sahaja.
   
Beliau berkata, segelintir orang Melayu yang menyertai DAP ialah kerana mereka tertarik dengan ideologi sesetengah pihak yang menabur janji manis dengan tawaran memberi jawatan tapi sebenarnya kuasa di tangan orang lain.

"Sepatutnya mereka bersatu untuk menjaga kepentingan generasi masa depan orang Melayu dan bukannya berpecah-belah dengan menyertai parti pembangkang," katanya kepada Bernama.
   
Izat berkata ekonomi orang Melayu kini semakin terancam dengan kedudukan yang berbeza-beza antara satu sama lain hingga mewujudkan perpecahan dan seharusnya situasi berbeza ini perlu dielakkan.
   
"Kita boleh bekerjasama dan saling menghormati dengan bangsa dan kaum lain. Tapi ketika ini status ekonomi maju dan politik yang kukuh tidak akan dicapai jika kita tidak bersatu padu dan terus berpecah," katanya.

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved