Sabtu, 15 Disember 2012

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Karpal: Anwar tetap calon PM, PAS rakan paling utuh dalam PR

Posted: 14 Dec 2012 03:11 PM PST

Menurut Karpal, pendirian tersebut sudahpun dinyatakan sebelum ini tetapi isu tentang siapa bakal menjadi PM dipolitikkan terutamanya oleh Umno dan Barisan Nasional (BN).

"DAP menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri jika Pakatan berjaya ke Putrajaya," kata Karpal dalam ucapan pembukaan di Kongres Kebangsaan DAP ke-16.

Kemelut calon PM juga menjadi perkara utama yang dibincangkan pada Muktamar PAS baru-baru ini apabila delegasi parti Islam tersebut mencadangkan supaya Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengisi jawatan penting itu.

Namun Karpal dalam ucapannya tidak mengulas lanjut terhadap permintaan oleh rakan mereka, PAS tersebut tetapi berkata parti tersebut sebagai rakan paling utuh yang banyak memainkan peranan penting dalam PR.

"PAS adalah rakan penting dalam PR, mereka juga adalah parti yang paling utuh secara prinsipnya dalam PR.

"Ia juga sama dengan PKR," terang beliau.

Karpal juga sempat mengecam BN dan mencabar delegasi dan rakan dalam PR untuk "menyembelih" musuh utama mereka tersebut dalam pilihan raya umum (PRU) ke-13 tidak lama lagi.

"Saya percaya dengan gabungan ini, PR adalah sebuah gabungan yang kuat untuk mencapai objektif.

"Dan kita akan sembelih BN dalam pilihan raya nanti," gurau beliau.

READ MORE HERE

 

Hak DAP untuk pilih calon PM mereka, kata Mustafa Ali

Posted: 14 Dec 2012 03:06 PM PST

Pengerusi DAP, Karpal Singh pagi tadi dalam ucapannya menyatakan sokongan dan memilih ketua pembangkang Datuk Seri Anwar  Ibrahim sebagai calon PM.

"Itu adalah hak DAP untuk nyatakan secara terbuka calon pilihan perdana menteri mereka," kata Mustafa (gambar).

Beliau yang ditemui media selepas sidang media juga memberitahu PAS masih belum memutuskan tentang siapa pilihan mereka untuk mengisi jawatan penting tersebut.

"Berbeza dengan DAP, kami (PAS) tidak memutuskan siapa lagi calon dan tidak menyatakan secara terbuka mengenai perkara itu.

"Lagipun pilihan raya belum mula lagi, malahan kita belum tahu lagi calon itu (Anwar) akan menang atau tidak," jelas beliau.

Mustafa berkata keputusan muktamad hanya boleh diputuskan sekiranya Pakatan Rakyat berjaya memerintah Malaysia.

READ MORE HERE

 

PAS tunduk pada DAP, sanggup kaji semula undang-undang yang dilaksana

Posted: 13 Dec 2012 02:23 PM PST

Setelah lebih 20 tahun melaksana dan mempertahan peraturan pengasingan jantina di kedai gunting rambut, kerajaan PAS Kelantan akhirnya mengalah terhadap desakan rakan pakatan pembangkang atas alasan mengambil kira pandangan semua pihak dan faktor pilihan raya umum yang semakin hampir.

Pada Rabu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, dilaporkan berkata keputusan dibuat untuk menangguhkan serta merta penguatkuasaan syarat pelesenan di bawah undang-undang kecil Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) yang melibatkan kedai gunting rambut milik orang bukan Islam.

Ia diputuskan dalam mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri dan penangguhan itu sehingga kajian mengenainya selesai dijalankan. Ini belum lagi pelaksanaan hukum hudud yang diperjuangkan PAS, dan secara terang-terangan ditentang DAP, pelaksanaan undang-undang kecil begini pun PAS tidak dapat bertahan.

Dengan penangguhan itu bermakna semua kedai gunting rambut milik orang bukan Islam dibenarkan beroperasi seperti biasa dan tidak terikat dengan syarat di bawah undang-undang kecil pihak berkuasa kerajaan tempatan.

Isu kedai gunting rambut ini menarik perhatian umum terutama masyarakat Cina apabila akhbar baru-baru ini melaporkan seorang pengurus kedai gunting rambut di sini, Ong Lee Ting, mendakwa beliau disaman 11 kali oleh pihak berkuasa tempatan kerana pekerja wanita bukan Islam di premisnya menggunting rambut pelanggan lelaki bukan Islam sejak 2010.

Akibatnya, dia didenda RM200 hingga RM350 dan mendakwa ramai lagi pemilik kedai gunting turut menghadapi perkara sama.

Tindakan kerajaan negeri itu turut dikecam Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh (gambar fail) yang dilaporkan berkata mereka yang bukan Islam boleh membawa perkara itu ke mahkamah.

Walaupun Karpal Singh menyambut baik keputusan penangguhan selepas itu, beliau sebenarnya mahu PAS meminda undang-undang kecil itu untuk menyediakan peruntukan yang tidak terpakai kepada orang bukan Islam.

Penangguhan itu sebenarnya langkah sementara, dan tidak menghairankan nanti bahawa PAS berkemungkinan pula akan akur dengan cadangan pengerusi kebangsaan DAP itu untuk meminda undang-undang kecil berkenaan.

Bekas Setiausaha Dewan Ulama PAS Kelantan, Wan Ismail Wan Ahmad, berkata akibat daripada "berkawan" dengan DAP, PAS telah menyimpang daripada perjuangan asalnya demi menjaga hati rakan pakatan.

PAS sebenarnya sama-sama ghairah dengan pakatan pembangkang untuk menawan Putrajaya dan pemimpin parti itu tidak bersungguh-sungguh untuk melaksanakan hukum Islam sebagaimana yang dicanang selama ini khususnya hudud, kata Wan Ismail.

Beliau menganggap "ulama politik" dalam PAS hanya melihat kepentingan politik lebih daripada kepentingan Islam.

Bekas anggota Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pusat, Prof Madya Mohd Noor Deris, berkata keputusan terbaharu kerajaan PAS Kelantan itu menunjukkan mereka tidak berani untuk bertegas dalam melaksanakan sesuatu undang-undang.

"Keputusan menangguh pelaksanaan dan mengkaji semula undang-undang sekecil ini, menjadi bukti kepada rakyat di dalam dan luar Kelantan bahawa apa yang dicanang oleh PAS untuk melaksanakan hukum Islam, hanya semangat politik sahaja.

"Usahkan hukum hudud yang besar tidak dilaksanakan...undang-undang kecil boleh dimain-mainkan pemimpin PAS," katanya sambil menegaskan, rakyat boleh menilai keikhlasan perjuangan PAS pada masa kini. Mohd Noor berharap rakyat tidak terus terpengaruh dengan dakyah PAS yang kononnya berjuang untuk menegakkan Islam sedangkan ia boleh menukar pendirian jika apa yang diperjuang tidak menguntungkan parti.

 

Sultan Selangor benci dituduh orang Umno

Posted: 11 Dec 2012 05:58 PM PST

Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman sewaktu berbicara dengan penulis berkata, beliau menjunjung kasih terhadap baginda dan mahu hasrat Sultan dipatuhi semua pihak.

Titah tersebut dibuat dalam wawancara Mingguan Malaysia, yang menurut baginda, tuduhan itu timbul akibat salah faham ke atas seruannya supaya golongan Melayu bersatu.

"Malangnya terdapat mereka yang salah faham apabila saya menegur tentang Melayu bersatu, maka ada pihak yang kata saya orang Umno.

"Itu adalah sesuatu yang saya sangat benci mendengarnya. Pihak ini ikut sedap mulut bercakap tetapi tidak mahu memahami nasihat saya yang ikhlas," titah baginda.

Menurut Sultan, baginda memberitahu kakitangan istana untuk mencetak apa sahaja maklumat berkaitan Selangor yang disiarkan di dalam blog dan portal untuk dibaca.

"Tapi malangnya dalam blog dan portal ini, semua yang mereka katakan adalah saya orang Umno, sedangkan saya tidak menyebelahi mana-mana parti politik," titahnya.

Mengulas lanjut perkara tersebut, Dr Rani mengharapkan semua pihak, khususnya Umno, supaya tidak lagi cuba 'mempengaruhi' Sultan untuk kelihatan 'bias', yang akhirnya persepsi negatif dilemparkan terhadap baginda.

Tegas Dr Rani, pihak yang terbabit menasihati Sultan sama ada di Istana, mahupun dalam MAIS, JAIS dan SUK harus berhati-hati dan jangan sekali-kali mencemar kemuliaan baginda dengan agenda Umno.

Katanya, pernah berlaku beberapa krisis di Selangor apabila Pengerusi MAIS, Pengarah JAIS dan sebagainya, yang menasihati Sultan dalam hal ehwal agama, secara terang-terangan menyokong Umno-BN dan melakukan pelbagai tindakan yang bercanggah dengan kerajaan negeri.

Apabila mereka ini ditegur kerajaan negeri, khususnya MB, mereka sering menggunakan pelbagai alasan yang mengaitkan tindakan mereka sebagai 'arahan' Sultan.

"PAS Selangor amat menyanjungi Tuanku dan berharap para penasihat Sultan memastikan selepas ini sebarang kenyataan yang hendak dibuat atas nama baginda, hendaklah berhati-hati harus tidak dilihat 'bias'," ujarnya.

Bercerita lanjut mengenai Sultan Selangor, Abdul Rani memberitahu ramai yang tidak tahu bahawa baginda sentiasa mengikuti perkembangan politik negara dan amat memahami situasi yang ada.

Katanya, sewaktu pertemuan beliau dengan baginda dalam satu majlis Maal Hijrah di Masjid Negeri, di Shah Alam, Sultan Selangor bercerita mengenai Mohamad Sabu dan PAS.

Selepas selesai majlis, semasa majlis santapan yang dihadiri Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Sultan memberitahu mereka, bahawa baginda terserempak dengan Timbalan Presiden PAS, itu di dalam kapal terbang sewaktu menuju ke Langkawi.

"Tuanku bercerita kepada kami, baginda memang minat ceramah Mohamad Sabu dan mengikuti ceramah beliau sejak belum menjadi Sultan lagi.

"Lama juga baginda bercerita tentang Mohamad Sabu, saya fikir dalam setengah jam juga baginda bercerita dengan nada yang ceria," ujarnya.

Menurut Rani, Sultan Selangor dengan nada bergurau berkata kepada mereka,"Sudah tentu saya tidak boleh mengambil gambar dengan beliau (Mohamad Sabu), nanti dituduh menyokong PAS pula", ujar baginda disambut gelak ceria dif-dif kehormat.

Dalam apa jua keadaan, Sultan seharusnya berada di atas politik. Memerintah dengan adil dan saksama, memayungi setiap rakyat jelata tanpa pilih kasih.

Namun orang politik ada juga ragam dan karenahnya. Khususnya bagi Umno yang sering mempergunakan Raja untuk kepentingan mereka, tambahan pula juak-juak Umno yang puluhan tahun mendominasi institusi Istana, tidak mudah untuk menerima perubahan yang berlaku dalam kerajaan Selangor.

PAS pernah mengalami situasi yang sama di Kelantan pada tahun 1990. Tekanan pihak yang berkepentingan, banyak membuat halangan jambatan hubungan kerajaan negeri dengan Istana.

Namun berkat kebijaksanaan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz selama 22 tahun memerintah, hubungan PAS dengan Istana begitu akrab dan semakin menunjukkan keakraban dengan penampilan berjiwa rakyat oleh Sultan Muhammad ke-V.

Begitu juga semasa PAS memerintah Terengganu pada tahun 1999 hingga 2004. Menteri Besar PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mempunyai hubungan yang amat akrab dengan Sultan Mizan. Sehingga MB sendiri dijemput Sultan untuk menyampaikan kuliah agama di Istana.

Begitu juga di Kedah, Dato' Seri Azizan Abdul Razak turut tidak mempunyai sebarang masalah dengan Istana. Hubungan akrab kerajaan dengan Istana memudahkan pentadbiran kerajaan negeri berjalan lancar.

Di Perak, walaupun ditekan dengan begitu hebat selama 11 bulan dan dilaga-lagakan dengan Sultan, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menunjukkan sikap profesional beliau, sehinggalah Umno menggunakan Raja untuk menumbangkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Apa yang berlaku di Kelantan, Terengganu dan Kedah adalah manifestasi daripada kebijaksanaan kepimpinan PAS dalam mentadbir negeri. Walaupun banyak tekanan, walaupun banyak gangguan, berkat kesabaran mereka dan sikap taat setia kepada Raja, meletakkan Raja di atas orang politik, menjadikan institusi Sultan lebih dihormati serta disanjungi rakyat.

Dalam sejarah politik negara, walaupun ditimpa dengan pelbagai tuduhan, PAS sesekali tidak pernah menderhaka, tidak pernah anti-Raja, malah menentang pindaan Perlembagaan yang memansuhkan kekebalan Raja-Raja Melayu.

Ini berbeza dengan Umno. Mereka bukan sahaja meminda Perlembagaan. Mereka juga memaki hamun Raja-Raja dalam Perhimpunan Agung Umno. Menderhaka kepada Sultan, menabalkan Sultan 'boneka' di Kelantan, malahan membinatangkan Sultan Terengganu dalam satu demonstrasi di hadapan Istana Terengganu.

Tidak berlaku sehodoh-hodoh perlakuan terhadap Raja, melainkan dilakukan oleh orang-orang Umno. Sebaliknya, Umno mempergunakan media, mempengaruhi Raja dan rakyat, kononnya orang-orang Pakatan Rakyatlah yang menentang Raja. Sehinggakan ada kalangan Istana tertentu yang secara terbuka menyokong Umno dan menghentam pemimpin Pakatan Rakyat.

Justeru, molek benarlah jika Sultan Selangor sendiri sudah bertitah, baginda cukup benci dituduh orang Umno. Malah apa yang dititahkan Sultan Selangor, harus juga dicontohi Sultan Perak, Sultan Johor dan Sultan Pahang.

Tujuannya, adalah supaya institusi Raja-Raja Melayu dimulia dan dimartabatkan. Yang paling penting tiada persepsi negatif rakyat terhadap institusi Raja.

 

Karpal minta Hadi buat kenyataan pendirian PAS mengenai pengasingan gender

Posted: 11 Dec 2012 01:38 AM PST

Karpal, yang merupakan anggota Parlimen Bukit Gelugor berkata sikap berdiam diri exco Kelantan dalam mengkaji semula peraturan mengenai pengasingan gender yang melarang wanita bukan Islam memotong rambut lelaki bukan Islam, dan sebaliknya di salon di Kota Baharu tidak menunjukkan kerajaan yang bertanggungjawab.

"Pemimpin-pemimpin PAS perlu sedar bahawa sikap membisu bukan jalan penyelesaian dan ia hanya memburukkan keadaan. Peraturan itu perlu dihapuskan dengan segera," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Karpal berkata kenyataan mengenai penguatkuasaan pengasingan gender oleh Majlis Perbandaran Kota Baharu dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri Datuk Takiyuddin Hassan.

"Bagi beliau (Takiyuddin) peraturan itu bukan satu isu dan beliau berkata undang-undang itu dikuatkuasa sejak 1991 selaras dengan slogan kerajaan PAS Kelantan 'Membangun Bersama Islam' yang merangkumi orang Islam dan bukan Islam, dan pada 1999 syarat yang lebih ketat dikenakan oleh Majlis," katanya.

Karpal berkata kenyataan itu pastinya menimbulkan kebimbangan di kalangan bukan Islam bahawa cubaan sedang dibuat untuk melaksanakan undang-undang Islam terhadap bukan Islam yang akhirnya bermakna pengenalan hudud kepada bukan Islam.

"Rasional dalam melaksanakan undang-undang itu kepada bukan Islam ialah, seperti diakui Takiyuddin, sejajar dengan slogan membangun bersama Islam yang bermakna melibatkan pengenalan nilai-nilai Islam terhadap bukan Islam," katanya. Beliau berkata PAS perlu mengambil tindakan segera mengenai isu itu memandangkan pilihan raya umum semakin hampir.

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved