Isnin, 12 November 2012

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


‘Maafkan Nurul, dia masih budak-budak’

Posted: 11 Nov 2012 07:48 PM PST

Umur Nurul yang masih muda boleh menyebabkan beliau boleh membuat kesilapan jika bercakap mengenai agama Islam, kata Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib.

"Saya mengingatkan orang poltik yang tidak tahu agama Islam supaya tidak bercakap mengenai agama Islam.

"Kalau orang yang tahu agama boleh lah mereka bercakap hal agama," kata Harun.

Harun menegaskan beliau tidak mengambil serius bimbang dengan kenyataan Nurul, sebaliknya lebih risau orang yang pandai agama tetapi banyak membuat salah dalam agama.

Dan tokoh PAS itu meminta orang ramai memaafkan Naib Presiden PKR dan ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

"Nurul masih budak-budak lagi, dan dia juga tidak ada pendidikan tinggi dalam agama," katanya.

Harun  turut bertanya, mengapa isu Nurul heboh diperkatakan tetapi tidak kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak walaupun pemimpin nombor satu juga banyak bercakap salah mengenai agama Islam.

Harun berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Nurul dalam satu program di dalam sebuah gereja Sabtu lalu.

Dalam program tersebut Nurul dilaporkan sebagai berkata, jika kebebasan beragama boleh digunakan kepada orang bukan Islam ia juga seharusnya melibatkan orang Islam juga.

Kenyataan tersebut menimbulkan kontroversi sehingga beberapa pihak membuat laporan polis terhadap pemimpin muda PKR itu.

Nurul bagaimanapun, menafikan beliau membuat kenyataan tersebut dan mendakwa ia diputarbelit oleh media.

 

Mat Zain: Najib guna nama berbeza dalam afidavit

Posted: 11 Nov 2012 02:59 PM PST

Beliau berkata, afidavit yang berbeza memungkinkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak pencalonan beliau dalam pilihan raya umum ke 13.

Mat Zain merujuk kepada afidavit yang diikrarkan Najib pada 21 dan 23 September 2011 dan juga oleh isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor pada 21 September 2011, ketika memohon mahkamah mengenepikan sapina untuk memberi keterangan dalam kes sodomi II.

Katanya, semasa mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke 6 di hadapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada 3 April 2009 dengan melafazkan "Wallahi,Wabillahi,Watallahi, Najib secara jelas dan lantang menyebut nama beliau sebagai Muhammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak .

Bagaimanapun, katanya, pada 21 dan 23 September 2011, sewaktu mengikrarkan nama beliau di hadapan seorang Pesuruhjaya Sumpah, Najib telah mengistiharkan nama penuh beliau dalam afidavit-afidavit berkenaan sebagai Najib bin Tun Abdul Razak sahaja.

Manakala Rosmah dalam affidavit berasingan bertarikh 21 September 2011 yang diikrarkan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah yang sama,memberikan nama suami beliau, sebagai Najib bin Tun Abdul Razak.

"Fakta yang jelas di sini ialah nama Muhammad telah digugurkan daripada menjadi sebahagian daripada nama Najib secara bersumpah oleh kedua-dua PM  dan isteri beliau, seperti yang terdapat dalam afidavit masing-masing.

"Memberikan nama penuh dan betul apabila mengikrarkan sesuatu afidavit adalah keperluan undang-undang.," kata beliau dalam suratnya kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan salinannya kepada Najib.

Mat Zain merujuk kes bekas pembaca berita RTM, Sharma Kumari Shukla yang pernah dijatuhkan hukuman penjara enam tahun kerana kesalahan membuat dua afidavit berasingan yang berkisar di antara Sharma Kumari dan Sharma Kumari Shukla.

Beliau meminta Ismail membuat semakan mengenai perkara "Afidavit YAB PM:Membongkar kelemahan diri sendiri" yang disalinkan juga kepada Menteri Dalam Negeri.

Turut dilampirkan dalam surat tersebut ialah salinan afidavit Najib.

Beri pertimbangan ikut undang-undang

"Selain itu saya sarankan Tan Sri melihat rencana saya yang disiarkan sepenuhnya oleh Malaysiakini pada 10 Disember 2011 atas tajuk "Najib's name game may cost him GE nomination".

"Susulan itu satu lagi rencana yang disiarkan oleh beberapa blog khasnya blog Lim Kit Siang pada 20 Disember 2011 bertajuk , "Election Commission gets rid of candidate objection period :A pre-emptive move to save PM Najib?." kata Mat Zain lagi.

Beliau juga menegaskan jika terdapat bantahan daripada mana-mana pihak, sama ada bakal calon atau individu persaorangan terhadap pencalonan Najib, untuk bertanding bagi kerusi mana pun dalam PRU 13 dengan mengemukakan perbezaan nama penuh Perdana Menteri  yang beliau ikrarkan dalam afidavit-afidavit dengan nama yang beliau lafazkan ketika mengangkat sumpah Perdana Menteri Ke-6, SPR  terpaksa memberi pertimbangan mengikut undang-undang bersangkutan dengan kecelaruan nama Najib itu.

Setakat yang diketahuinya, SPR tidak mempunyai hak atau kuasa untuk membatalkan sesuatu afidavit yang telah dikemukakan dan diterima oleh Mahkamah Tinggi atau kuasa untuk memutuskan sama ada afidavit berkenaan palsu atau tidak.

"Dalam keadaan yang ada sekarang,  SPR terpaksa menolak pencalonan Najib untuk bertanding dalam PRU akan datang, sama ada PM menggunakan nama Mohd.Najib atau pun nama Najib.

"Tanggungjawab untuk menyelesaikan kecelaruan ini dengan pihak Istana Negara,Kerajaan dan Mahkamah serta menjelaskan isu kecelaruan ini kepada seluruh rakyat, terletak di atas bahu Najib sendiri dan isteri beliau.

"Pembikinan afidavit-afidavit berkenaan yang mencetuskan kekeliruan ini adalah urusan persendirian dan kerelaan mereka suami isteri," kata Mat Zain.

Bekas pegawai kanan polis itu berkata, Najib sepatutnya bersyukur dan berterima kasih, kerana isu pertandingan merebut kerusi Parlimen Pekan ditimbulkan sekarang.

Sekiranya isu ini tambah beliau dibangkitkan selepas Parlimen di-bubarkan atau pada hari penamaan calon, maka Najib mungkin tidak ada masa untuk membuat pembetulan kepada afidavit beliau.

READ MORE HERE

 

‘Pembawa obor’ PKR enggan bertanding pilihan raya

Posted: 11 Nov 2012 08:18 AM PST

 

Bekas ahli parlimen Permatang Pauh selama dua penggal itu tidak boleh bertanding di kerusi parlimen selama lima tahun di bawah undang-undang selepas meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali ke parlimen. 

Akan tetapi beliau masih lagi layak untuk bertanding di kerusi dewan undangan negeri (Dun) sama ada di Pulau Pinang, tempat beliau mendaftar sebagai pengundi atau Selangor dimana beliau menetap sekarang.

"Saya mahu bebas berkempen di semua tempat," Dr Wan Azizah memberitahu The Malaysian Insider dalam sebuah temubual eksklusif baru-baru ini.

"Jika saya bertanding, saya akan terhad kepada kawasan saya," tambah beliau, jika dipilih, beliau mahu komited sebaik mungkin untuk memenuhi harapan pengundi, yang memerlukan beliau untuk terus berhubung dengan penduduk di satu kawasan berbanding dengan asas lebih besar di peringkat kebangsaan.

Dr Wan Azizah telah menggepalai parti berbilang kaum tersebut semenjak penubuhannya pada tahun 1999 selepas pemecatan suaminya daripada jawatan timbalan perdana menteri dan pernah berperanan sebagai ketua pembangkang.

Beliau bertanding bagi pihak suaminya di kubu kuat keluarga di Permatang Pauh, Pulau Pinang dalam pilihan raya 1999 dan berjaya mempertahankannya dalam kedua-dua pilihan raya berikutnya sebelum memilih untuk meletakkan jawatan.

PKR Selangor telah menawarkan empat "kerusi Dun selamat" kepada beliau — Kota Anggerik, Seri Muda, Seri Setia dan Sementa.

Sejak berhenti sebagai ketua pembangkang Parlimen - jawatan disandang selama lima bulan — Dr Wan Azizah mengambil tempat duduk belakang dalam politik, menjadi pemimpin parti politik yang hanya muncul di khalayak ramai apabila diperlukan.

Beliau mengeluarkan kenyataan sebagai presiden parti biasanya semasa musim perayaan atau di persidangan parti dan mengenai isu-isu yang membangkitkan kemarahan orang ramai, seperti kenaikan kadar jenayah di seluruh negara.

Tidak seperti rakan-rakan politik lelaki lain, Dr wan Azizah tidak ragu-ragu menjadi pemain dibelakang tabir dalam politik.

Malahan beliau gembira dengan peranan tersebut.

"Saya telah sentiasa dilihat diri saya sebagai membantu dari belakang tabir. Saya masih pembawa obor dalam erti kata itu.

"Saya fikir saya masih dikenali sebagai Keadilan," kata nenek yang akan berusia 60 tahun bulan hadapan.

Tetapi beliau mengakui bahawa pilihan untuk bertanding atau tidak, tidak lagi di tangannya jika parti beliau dan pakatan pembangkang PR membuat kemajuan sebenar dalam usaha untuk merampas kawalan Putrajaya dari gabungan Barisan Nasional (BN).

"Saya pernah bertanding dalam pilihan raya sebelum ini. Ia bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah," katanya.

Pilihan raya umum ke 13 — yang perlu diadakan pada April depan selepas mandat BN tamat — akan menjadi pilihan raya terhebat untuk merampas kuasa di peringkat federal, kata Dr Wan Azizah.

Dalam pemerhatian beliau, pengundi sudah lebih arif dalam tempoh empat tahun lepas dan pembangkang tidak lagi boleh bergantung kepada rasa tidak puas hati pengundi terhadap BN untuk mendapatkan sokongan ke arah PR.

"Sekarang, kita mahu mengetahui dengan lebih lanjut tentang siapa yang akan mewakili kami.

"Rakyat Malaysia sudah bersedia untuk berubah dan kita perlu tawarkan itu," katanya.

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved