Khamis, 8 November 2012

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Kenapa ambil tanah Yayasan S’gor?

Posted: 07 Nov 2012 06:04 PM PST

Pengerusi Ahli Jawatankuasa Bertindak Saya Anak Yayasan Selangor, Badrulzaman Baharuddin mendakwa urusan pemberian tanah 18.1 ekar itu diluluskan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam waktu yang singkat.

Beliau mendakwa, tanah itu yang dipohon oleh Exco negeri Elizabeth Wong melalui sepucuk surat bertarikh 21 Mac 2011 dan mendapat kelulusan pada 18 Mei tahun yang sama.

"Apa yang menjadi tanda tanya kenapa tanah milik Yayasan Selangor perlu diberikan dan tidak tanah lain? Adakah kerana kedudukannya yang strategik atau ada agenda tertentu untuk merampas aset milik Yayasan secara halus?," soal beliau.

"Tempoh kelulusan yang singkat (tidak sampai dua bulan) dibuat secara tergesa-gesa dan meragukan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Umno Selangor petang tadi.

Badrulzaman ingin tahu kenapa tiada perbincangan dengan pihak Yayasan terlebih dahulu sebelum keputusan dibuat.

Turut hadir Presiden Persatuan Alumni Asrama Yayasan Selangor, Azme Dollah dan Presiden Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps), Hamidzun Khairuddin.

Dalam perkembangan berkaitan, Azme turut memohon Kerajaan Pusat untuk memberi perhatian mengenai penutupan asrama Yayasan Selangor di Kuala Lumpur oleh kerajaan negeri.

Menurut Azme, matlamat Yayasan Selangor kini bertukar matlamat dari menjadi pemangkin kepada aktiviti pendidikan anak-anak luar bandar kepada pencairan aset yang sedia ada.

Ini kerana asrama ATDI dan ATPN di Kampung Pandan A akan ditutup selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini.

"Penutupan kedua asrama ini bertujuan untuk mendapatkan pulangan wang oleh pihak kerajaan Selangor," dakwa Badrulzaman.

 

Nurul Izzah buat laporan Jais esok

Posted: 07 Nov 2012 03:06 PM PST

Nurul Izzah berkata, aduan itu termasuk segala kenyataan dan dakwaan yang dilemparkan terhadapnya berdasarkan laporan Utusan Malaysia yang menyentuh kebebasan memilih agama.

"Saya sudah berhubung dengan Pengarah Jais (Datuk Marzuki Hussin) esok 11 pagi untuk mengemukakan aduan terhadap laporan yang menyerang dan memfitnah saya.

"Segala dakwaan yang disebut itu berasaskan laporan Utusan dan bukannya (kenyataan) saya," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen hari ini.

Manakala proses dokumentasi untuk memfailkan saman terhadap Utusan Malaysia dan Berita Harian akan dilakukan dalam masa terdekat.

Naib Presiden PKR pada forum 'Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab' pada Sabtu lalu dilaporkan berkata rakyat tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu dan ia juga terpakai secara sama rata kepada orang Melayu.

Kemudian Utusan Malaysia pada Isnin memetik dan menyiarkan semula laporan tersebut, namun menggambarkan kenyataan Nurul Izzah seakan-akan menyokong gejala murtad.

Laporan Utusan itu kemudiannya mendapat reaksi negatif dan kecaman daripada pelbagai pihak.

Malah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melalui kenyataan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) kelmarin turut terkejut dan kecewa dengan kenyataan itu.

 

‘Tiada orang Islam mahu saudaranya murtad’

Posted: 07 Nov 2012 09:11 AM PST

"Tiada orang Islam yang mahu saudaranya meninggalkan agama (murtad)," demikian menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar baru-baru ini.

Abdul Khalid berpendapat siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terhadap Nurul Izzah sebagai tindakan positif untuk membuka perbincangan sesama Islam.

"Malah menjadi tanggungjawab Jais untuk bertindak pro-aktif dan memahami maksud sebenar kenyataan tersebut sekaligus menyelesaikan kekeliruan yang timbul.

"Saya dapati ada sesetengah laporan berita yang telah lari konsep awal (maksud sebenar) termasuk Utusan Malaysia yang menyiarkan laporan berita seolah-olah kenyataan Nurul Izzah itu ke arah 'kenerakaan'.

"Pada saya ini perkara ini tidak betul dan kita perlu selesaikan dengan baik demi kebaikan umat Islam bersama," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat mingguan Exco di sini semalam.

Nurul Izzah dalam sebuah forum Sabtu lalu berkata bahawa rakyat tidak harus dipaksa mengamalkan ajaran tertentu termasuklah orang Melayu adalah salah.

Abdul Khalid yang juga Exco Agama turut menyokong dan memuji kesediaan Nurul Izzah untuk bertemu Jais.

Read more

 

Nurul Izzah dihukum sebelum beri penjelasan

Posted: 07 Nov 2012 08:49 AM PST

Timbalan DMPP, Dr. Siti Mariah Mahmud berkata, pihak yang membuat tuduhan kononnya Izzah menyokong Melayu murtad khususnya pimpinan Umno tidak memahami konteks dan maksud sebenar kenyataan Izzah dalam forum 'Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab?, Sabtu lalu.

"Adalah suatu yang tidak masuk akal menuduh seorang muslimah mukminah, yang solat, yang puasa, yang tutup aurat mengajak orang Melayu meninggalkan Islam dan menyokong orang Melayu murtad. kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Kota Raja itu juga berkata, selepas mendengar penjelasan dari Izzah dan Ahli ahli jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Mujahid Yusof Rawa yang juga ahli panel forum tersebut, mereka yakin kenyataan Izzah itu diputar belit akhbar Utusan Malaysia.

"abnyak andaian dan tanggapan dibuat oleh pelbagai pihak sebagai memanjangkan isu walaupun mereka tidak hadir dan mendengar sendiri.

"Mereka membuat komen hanya berdasarkan laporan Utusan Malaysia kebanyakannya," katanya.

Jelas beliau juga, Izzah mengatakan dan membuat kaveat dalam kenyataannya yang "sekiranya seseorang itu telah memeluk Islam maka dia tertakluk dengan syariat Islam".

"Nurul Izzah tidak sesekali mengeluarkan kenyataan yang bermaksud orang Melayu bebas memilih agama, mengajak orang Melayu keluar Islam dan menyokong orang yang murtad," katanya.

Turut bersama pada sidang media ialah Ketua DMPP, Siti Zailah Mohd Yusof yang juga ahli Parlimen Rantau Panjang dan ahli jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad yang juga ahli Parlimen Kuala Selangor.

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved