Rabu, 7 November 2012

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Serang Nurul golongan desperado, kata Mujahid

Posted: 06 Nov 2012 04:35 PM PST

Bagi beliau, "Tiada paksaan dalam agama" adalah prinsip kemuliaan Islam tetapi ini bukan bermakna ia menggalakkan kemurtadan.

Bagi beliau, mengaitkan prinsip ini dengan rela pemurtadan menunjukkan kecelaruan pemikiran golongan sempit agama termasuklah sesiapa yang mengulangnya tanpa fahaman.

"Saya ada dalam majlis itu sebagai pembicara," katanya mengulas serangan Utusan terhadap Nurul Izzah.

Kenyataan itu dibuatnya dalam laman facebooknya hari ini.

Mujahid, anggota Parlimen Parit Buntar turut berada dalam forum bertajuk "Islamic State: Which version? Whose responsibility? bersama Nurul Izzah.

Utusan hari ini juga menyerang Mujahid kononnya beliau tidak berbuat apa-apa apabila mendengar penyataan Nurul itu.

 

Mashitah: DAP boleh digelar Kafir Harbi jika tolak Islam

Posted: 06 Nov 2012 03:45 PM PST

Mashitah ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini menegaskan, mana-mana pihak yang membuat tuduhan Kafir Harbi mahupun Kafir Zimmi juga boleh dikenakan tindakan di Mahkamah Sivil di bawah Peruntukan 298(A) Kanun Keseksaan kerana cuba menimbulkan rasa tidak senang hati yang boleh menjurus kepada perpecahan dan memudaratkan keharmonian negara.

"Sekiranya bukan Muslim menentang kepada Islam, mengeluarkan kenyataan seperti melabel bahawa syariah Islam itu ekstremisme, dengan terang menyebut tidak mahu Islam, tidak kiralah nak langkah mayat atau tidak, atau merasakan mempertahankan maruah Islam itu sebagai sesuatu yang membazir tenaga dan masa, maka jelas bahawa ia adalah menentang kepada Islam," kata Mashitah dalam jawapan lisan kepada Ahli Parlimen Tanah Merah, Amran Ab Ghani.

"Jika disabitkan kesalahan, mereka (orang yang menuduh) boleh dipenjara bagi tempoh tidak kurang dari dua tahun dan tidak lebih lima tahun."

Beliau turut menegaskan, dalam keadaan masyarakat majmuk di negara ini, istilah tersebut bukanlah suatu tuduhan, sebaliknya hanya merupakan istilah yang diguna pakai ulama untuk membuat kajian sikap bukan Muslim terhadap komuniti Muslim.

"Ia bukan satu tuduhan ... istilah atau konsep Kafir Harbi atau Zimmi adalah satu istilah yang digunapakai oleh para ulama untuk membuat kajian sikap atau pembacaan sikap terhadap bukan Islam yang ada untuk bekerjasama dengan mereka.

"Jadi daripada kajian sikap itu, diklasifikasikan atau dikategorikan sama ada bukan muslim itu dianggap sebagai (Kafir) Harbi atau Zimmi.

"Ia bukan satu istilah yang membolehkan sebarang hukuman diambil untuk dibunuh atau sebagainya ...  tetapi adalah sebagai satu kajian sikap yang mana bila diklasifikasikan mana-mana orang itu sebagai Harbi atau Zimmi, sama ada kita masih terus boleh berkawan dengan dia ataupun tidak ... itu sahaja.

"Jadi tidak timbul soalan tuduhan yang boleh membawa kepada satu hukuman atau sebagainya," tegasnya lagi.

READ MORE HERE

 

Nurul Izzah dikecam dalam Dewan Rakyat

Posted: 06 Nov 2012 03:05 PM PST

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata kenyataan Nurul Izzah itu boleh didakwa di bawah enakmen kawalan agama kerana menghina Islam.

Namun menegaskan tiada peruntukan atau enakmen khusus yang boleh digunakan jika didapati cuba mengajak orang Islam lain untuk murtad.

"Kalau seorang bukan Islam mengajak orang Islam untuk keluar Islam, maka kita ada dalam enakmen kawalan agama.

"Tapi yang wujud kali ini orang Islam yang mengajak dan membuka ruang untuk orang Islam sendiri memilih agama setelah ibu bapanya mendidik dan ibu bapa mewariskan agama tersebut.

"Setakat ini tiada peruntukan khusus sebegitu tapi boleh dimasukkan di bawah peruntukan menghina agama Islam atau menyebabkan Islam dipandang hina," katanya ketika menjawab soalan Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) mengenai tindakan wajar diambil terhadap Nurul Izzah.

Katanya, berdasarkan enakmen kawalan agama, mana-mana orang secara lisan atau bertulis mempersendakan atau menyebabkan Islam dipandang hina boleh dikenakan hukuman tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Jawapan Mashitah itu kemudiannya disanggah Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) yang menggesa supaya Mashitah segera menarik balik kerana gagal kenyataan Nurul Izzah sepenuhnya.

`Kamu angkuh'

"Saya minta timbalan menteri sebelum buat apa-apa pertuduhan, atas perkara dakwaan yang dilemparkan kepada Lembah Pantai, apakah timbalan menteri tahu kenyataan sebenar yang disebutkan Lembah Pantai?"

"Lembah Pantai kata ada salah laporan … tapi Sri Gading tak faham," tegasnya.

Kenyataan Dzulkefly itu kemudiannya mendapat respon daripada ahli Parlimen BN yang  mempertahankan Mashitah.

"Kamu angkuh!", Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu) kepada  Dzulkefly.

"Timbalan menteri tidak  membuat tuduhan!" sahut Mohamad Aziz.

Mashitah turut mempertahankan kenyataannya itu tidak menuding jari kepada mana-mana pihak, sebaliknya hanya menjawab pertanyaan Mohamed.

Sementara itu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dilaporkan semalam terkejut dan kecewa dengan kenyataan Nurul Izzah.

Sultan Sharafuddin, menurut Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa turut menyanggah pandangan orang Melayu beragama Islam mempunyai kebebasan memilih agama lain dan keluar Islam.

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved