Jumaat, 16 November 2012

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Ambil iktibar ucapan dasar Presiden PAS - Wan Azizah

Posted: 15 Nov 2012 07:29 PM PST

Beliau berkata, Tuan Guru Abdul Hadi banyak menyentuh isu-isu semasa yang sepatutnya ditangani oleh semua pihak khususnya membabitkan pergolakan umat Islam di luar negara.

DS Wan Azizah Wan Ismail"Misalnya isu Palestin yang semakin bergolak, Filipina dan Rohingya," katanya ketika ditemui di khemah perkarangan Putik.

Beliau turut memberi sokongan terhadap seruan Presiden PAS yang mengajak para petugas PAS serta Pakatan Rakyat agar bersiap siaga untuk menghadapi pilihan raya.

"Sama-sama kita akan dapat kemenangan, kita akan ubah kepincangan-kepincangan yang berlaku dalam pemerintahan hari ini," katanya.

Wan Azizah juga memuji penegasan Abdul Hadi berhubung konsep Negara Berkebajikan yang menyifatkan konsep itu merangkumi aspek perpaduan yang akan membawa negara ini ke arah yang lebih adil dan saksama.

Bahkan, jelasnya, konsep ini turut diketengahkan di peringkat Pakatan Rakyat dan sudah mempunyai mekanisma bagaimana hendak mentadbir negara dalam konsep yang dibawa oleh PAS.

 

Sorakan peperangan

Sementara itu, Pengerusi Badan Bebas Pemantau Pilihan Raya Malaysia, Mafrel, Syed Ibrahim Syed Noh menyifatkan ucapan dasar Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai sorakan peperangan khususnya kepada jentera parti bagi menghadapi pilihan raya nanti.

Beliau yang mengikuti Muktamar Tahunan PAS kali ke-58 yang berlangsung di Putik berkata kandungan ucapan dasar itu cenderung kepada persiapan pilihan raya walaupun ia hanya disebut dihujung ucapan.

Syed ibrahim Syed NohKatanya, di awal ucapan Presiden PAS menggariskan semula konsep Negara Berkebajikan sebagai teras kepada perjuangan parti itu.

"Saya menjangkakan ucapan lebih kepada membuat persediaan pilihan raya, jadi kali ini agak berbeza, mungkin ramai yang berandaian begitu, nampaknya tidak begitu.

"Saya rasa itu bukan perkara tidak baik, bagi saya asas kena kuat dan asas itu berbalik kepada kebajikan, ikhlas, jujur perjuangan Islam dan ilmu menjadi perkara penting," katanya ketika ditemui.

Jelasnya, konsep Berkebajikan yang diketengahkan ini adalah asas kepada Islam iaitu agama yang adil malangnya konsep itu disalah ertikan oleh sesetengah pihak.  

"Pentingnya adalah keadilan itu untuk semua dan keadilan itu untuk ada hubung kait dengan kezaliman, perkara perkara inilah ia menjadi asas bagi PAS,"katanya.

 

Media beri tumpuan

Dalam pada itu, AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad mendakwa, media Umno memberi tumpuan kepada Muktamar PAS kali 58 di PUTIK pada 16-18 Nov 2012.

Ustaz Idris AhmadHajat untuk melihat PAS berpecah dan mencadangkan supaya perwakilan membangkitkan masalah kerjasama PAS dengan PR insyaAllah tidak berhasil, sebaliknya hubungan semakin intim, katanya.

Bagi beliau, kritikan dan cadangan yang konstruktif adalah lumrah di dalam setiap kali Muktamar PAS.

"Muktamar bukan pesta mengampu pemimpin tetapi ia adalah medan muhasabah antara pemimpin dan perwakilan," katanya.

Bagi beliau, ini adalah muktamar terakhir sebelum menghadapi PRU 13 dan memacu gerak kerja pilihanraya lebih agresif.

Amanat Presiden dengan tema Negara Berkebajikan Teras Perpaduan amat bermakna sekali kepada semua pemimpin dan perwakilan, katanya.

Ucapan yang bersifat holistik, samaada dalaman atau luaran.

"Arahan yang begitu jelas kepada semua yang  hadir begitu teruja sekali terutama memastikan semua jentera parti menumpukan kerja pilihanraya yang akan berlangsung tidak berapa lama lagi," katanya.

Mubarak gesa anggota Islam PKR keluar parti

Posted: 15 Nov 2012 02:47 PM PST

Ketua Penerangan Mubarak Abdul Rahmman Sulaiman berkata ahli-ahli PKR beragama Islam harus bertanya mengapakah sampai kini Nurul Izzah belum bertaubat atau menarik balik kenyataannya walaupun dinasihatkan Mufti Negeri Perak Tan Sri Harussani Zakaria supaya berbuat demikian.

"Mengapa Nurul Izzah enggan menarik balik kenyataannya, adakah dia percaya dengan kenyataan yang dibuatnya," kata beliau.

Mufti berkenaan dilaporkan semalam menasihatkan Nurul Izzah bertaubat serta menarik balik kenyataan berhubung kebebasan beragama pada sebuah forum di Subang Jaya baru-baru ini kerana ia mengelirukan dan membawa implikasi kepada akidah.

Laporan portal berita pro-pembangkang pada 3 Nov lepas memetik Nurul Izzah, yang juga anggota Parlimen Lembah Pantai, sebagai berkata: "Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu.

"Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama…bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata," katanya pada forum bertajuk "Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?".

Sebelum ini, bekas timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa juga menyifatkan kenyataan Nurul Izzah mengelirukan serta beliau meminta anak sulung Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim itu supaya bertaubat.

Anwar mendakwa kenyataan anaknya telah diputarbelit oleh media pro kerajaan tetapi seorang peserta forum itu yang merupakan seorang peguam tampil menyatakan bahawa Nurul Izzah memang membuat kenyataan itu yang berbangkit daripada soalan beliau seperti dilaporkan dan dirakam.

Abdul Rahman berkata semua orang Islam harus menjaga kemurnian akidah termasuk ahli-ahli PKR yang beragama Islam.

"Kalau ahli-ahli PKR hendak menjaga akidah, mereka tiada pilihan lain kecuali memikirkan semula kedudukan mereka dalam parti tersebut," kata beliau.

 

Anak Nik Aziz dicadang cabar Muhyiddin di Pagoh

Posted: 15 Nov 2012 12:42 PM PST

Muhyiddin juga merupakan Timbalan Presiden Umno.

"Sekarang ini bukan sekadar Kelantan, tetapi agenda untuk menuju ke Putrajaya, mana mungkin kita tidak mampu bertanding di mana-mana kerusi dicalonkan kalau sekiranya kita mengatakan kita hendak ke Putrajaya.

"Memandangkan sekarang ini, yang sebaiknya kita letak Timbalan Ketua Pemuda kita, kita calonkan bertanding di Pagoh, di Johor," kata perwakilan dari Kelantan, Ahmad Marzuk Shaary yang disambut dengan laungan takbir para perwakilan. 

Ahmad Marzuk ketika membahaskan ucapan dasar Ketua Pemuda Pas berkata, Pemuda harus menyahut cabaran bertanding di mana-mana kerusi dan bukannya hanya di negeri-negeri yang ada jaminan menang seperti di Kelantan. 

Nik Abduh, anak Menteri Besar Kelantan, yang berada di pentas menganggukkan kepalanya mendengar cadangan itu.

Kerusi Parlimen Pagoh merupakan satu lagi kubu kuat Umno-Barisan Nasional di Johor, yang disandang Muhyiddin sejak 1978. 

Sebelum ini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengejutkan negara apabila menyatakan beliau sedia bertanding di kerusi Parlimen Pekan jika diputuskan demikian oleh parti. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan Ahli Parlimen Pekan sejak 1976.

Nik Abduh sebelum ini disebut akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke- 13 (PRU13) bersedia sekiranya parti menamakan beliau sebagai calon.

Nik Abduh, yang dipilih sebagai Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat berkata, bapanya mengambil masa 40 tahun untuk mendidik beliau dalam dunia politik khususnya untuk menentang Umno.

"Saya sudah sedia jadi calon sejak 10 tahun dulu, saya juga sedia tunggu 20 tahun lagi untuk dicalonkan, sebelum ini ayah sudah siapkan 40 tahun untuk lawan Umno," katanya.

Dalam wawancara bersama Sinar Harian sebelum ini, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah membayangkan Nik Abduh dicalonkan dalam PRU13 atas kapasiti sebagai Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat.

Bagaimanapun, Nik Amar berkata, keputusan itu bergantung kepada Nik Abdul Aziz yang juga Pesuruhjaya Pas negeri dan Pas Pusat yang akan menentukan kedudukan akhir senarai calon terbabit.

Antara kerusi dikaitkan dengan Nik Abduh adalah kerusi Parlimen Kubang Kerian setelah penyandangnya yang juga Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub disahkan berpindah ke Johor.

 


 

Mat Sabu mahu ketuai pengisytiharan harta

Posted: 14 Nov 2012 03:00 PM PST

Dipetik dari Harakahdaily, timbalan presiden PAS itu berkata, beliau harus menunjukkan contoh kepada ahli-ahli PAS dan usaha tersebut harus dimulakan oleh beliau sendiri.

"Saya beriltizam untuk mengisytiharkan harta saya sebagai contoh perubahan yang harus dilakukan sebagai timbalan presiden," kata beliau ketika merasmikan muktamar Dewan Pemuda PAS yang berlangsung di Dewan Jubli Perak, di Kota Bharu malam semalam.

Dalam ucapan di hadapan 1,000 orang delegasi, Mohamad mengambil pendirian agar agenda PAS dan Pakatan Rakyat (PR) ke Putrajaya harus dimulakan dengan satu perubahan berani.

Mohamad yang mesra dengan panggilan Mat Sabu berkata, perubahan bermula oleh PAS termasuk mereka yang akan menjadi wakil rakyat dan ahli majlis.

Dewan Pemuda PAS sebelum ini telah mengumumkan akan membuat pengisytiharan harta menjelang PRU akan datang.

Keputusan rasmi dan mekanisme akan ditentukan dalam muktamar nanti.

Cadangan Pemuda itu turut disokong oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Ketua Penerangan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Osman.

Baru-baru ini Setiausaha Pemuda PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil mengumumkan kesemua exconya bakal melakukan pengisytiharan harta semasa muktamar dewan tersebut di Kelantan esok.

"Kemungkinan besar akan ada majlis pengisytiharan harta itu pada muktamar kali ini. Dengan harapan ia akan merintis kepada semua pimpinan PAS," katanya dipetik dari Harakahdaily.

Khairul Faizi juga dilaporkan berkata langkah tersebut bagi menunjukkan ketelusan barisan kepimpinan Pemuda PAS Pusat, biarpun mungkin tidak semua dicalonkan pada pilihan raya umum (PRU) ke 13 akan datang.

Langkah pengisytiharan harta itu turut disokong oleh Pengerusi Umno Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Kata menteri besar Pahang itu, ia adalah wajar supaya anggota Umno bersih dari elemen prasangka sebelum layak dipilih mewakili parti dan mengelakkan seseorang itu hidup diluar kemampuan yang tidak seimbang dengan pendapatan.

 

Ahli PAS undi calon bukan Islam Pakatan

Posted: 14 Nov 2012 02:40 PM PST

Gesaan itu dibuat  Ketua Dewan Ulama PAS, Datun Harun Taib semasa menyampaikan ucap utama dalam muktamar Dewan Ulamak PAS di Kota Baru.Teks ucapannya dibaca Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato' Dr Mahfudz Mohamad.

Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Mahfudz Mohamad yang juga Pesuruhjaya PAS Johor membacakan teks tersebut.
.
Harun juga menggesa supaya mempertahankan ijtihad Tahaaluf Siyasi (persefahaman politik) tetapi Dewan Ulamak akan menegur pemimpin parti yang melanggar syarat.

PAS katanya membenarkan ahli-ahlinya mengundi parti lain sebagai satu wasilah mencapai kemenangan dalam pilihanraya.

Beliau juga menekan kepentingan media baru kepada PAS terutama untuk tujuan dakwah.

"Youtube, blog, laman web dan media alternatif lain perlu digunakan untuk tujuan tersebut," katanya.

Ulamak tambahnya boleh memainkan peranan memenuhi media baru dengan pemikiran dakwah, tarbiyah dan jihad menentang kezaliman.

"Tidak hanya dengan lisan tetapi juga menggunaka mata pena penulisan." tambah beliau lagi.

 

Muktamar lebih panas dari yang dijangka

Posted: 13 Nov 2012 02:57 PM PST

Meskipun tidak ada pemilihan jawatan, muktamar kali ini dijangka hangat dengan perbahasan terbuka terhadap isu-isu semasa seperti hubungan PAS-DAP.

Pada muktamar kali ini rakyat terutama penyokong PAS mahu melihat pendirian terbaru pimpinan parti dalam isu negara Islam yang masih menjadi buah mulut.

Isu ini menjadi buah mulut berikutan pendirian tidak jelas dan sentiasa berubah-ubah di kalangan pemimpin PAS.

Meskipun, pimpinan mengatakan ia telah selesai tetapi sesetengah rakyat melihat PAS telah tunduk kepada DAP dan PKR regunya dalam Pakatan Rakyat.

Kedudukan dan masa depan bekas Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa dijangka dibahaskan secara panjang lebar terutama dari perwakilan yang melihat ahli Parlimen sudah menjadi `musuh' PAS dan Pakatan Rakyat.

Apatah lagi sejak-sejak akhir ini Nasharuddin tidak henti-henti menyerang PAS terutama dalam pendirian negara Islam dan hudud.

Seorang perwakilan dari Terengganu – Wahab Mohamad – menduga perwakilan dari kumpulan penyokong Timbalan Presiden sekarang Mohamad Sabu akan membuat gesaan supaya Nasharuddin dipecat dari PAS.

"Saya dapat merasakan begini…seolah-olah Nasharuddin menjadi musuh besar kepada PAS. Sebahagian orang PAS di sini (Terengganu) sudah bercakap mengenai hal ini.

"Masa depan Nasharuddin akan ditentukan di sini. Perwakilan akan menekan pimpinan supaya memecat Nasharudin," kata perwakilan veteran itu.

Rakannya Abas Ali, pula mencelah sejak kebelakangan ini PAS semakin ghairah untuk menghukum orang yang tidak sebulu dengan pimpinan tertentu.

Katanya, sebelum ini PAS memecat Naib Presiden, Datuk Hasan Ali kerana mengecam pendirian parti dalam isu negara Islam.

`Kita mesti bersatu'

"Jika PAS memecat Nasharudin bermakna dua orang profesional hilang dari perjuangan kita. Saya bimbang selepas ini golongan profesional akan takut untuk menyertai PAS," tambah beliau.

Hasan sebelum menyertai PAS pada 1999 merupakan pakar motivasi dan memegang jawatan kanan dalam pelbagai jabatan kerajaan.

READ MORE HERE

 

PAS semakin hilang taring?

Posted: 13 Nov 2012 02:46 PM PST

Dalam perjuangan PAS, Hadi merujuk kepada kerjasama dengan parti lain dalam Pakatan Rakyat, iaitu DAP dan PKR dalam agenda menawan Putrajaya.

Bagaimanapun hukum kerjasama politik dalam Islam ini diharuskan dengan beberapa syarat, antaranya pihak bukan Islam itu boleh dipercayai, tidak menggadaikan prinsip Islam atau dasarnya, serta tiada unsur hipokrasi tentang motif sebenar kerjasama itu dijalankan.

Tahaluf itu turut melarang wujudnya penindasan ke atas Islam atau menyebabkan Islam redha dengan penindasan itu sehingga membenarkan berlakunya syirik.

Sebab itulah wujudnya sesetengah pendapat ulamak yang mengatakan pihak Islam perlu mendominasi sekiranya sesuatu tahaluf siyasi dibina.

Namun persoalan utama di sini, apakah PAS menjadi parti dominan dalam Pakatan Rakyat? Adakah tahaluf itu dijamin 'halal' sepanjang PAS bekerjasama dengan PKR dan DAP?

Pejuang hal ehwal Islam

PAS pada awal penubuhannya sejak tahun 1951 adalah parti yang memperjuangkan hal ehwal Islam.

Dipimpin golongan ulamak, PAS menjadi parti pilihan bagi orang Melayu yang mengagumi gaya pemimpinnya memperjuangkan dakwah Islam dari sudut politik.

PAS pernah menerima cadangan Umno supaya bersatu membentuk Parti Perikatan (Barisan Nasional) selepas berlakunya tragedi hitam 13 Mei 1969.

Bagi mengekalkan kuota kerusi Melayu di Parlimen, buat pertama kalinya kerjasama politik dijalinkan PAS dengan menjadi salah satu parti komponen BN.

Bagaimanapun 'tahaluf' itu tidak kekal lama apabila PAS tersingkir daripada BN selepas berlakunya krisis dalaman sehingga Kelantan diisytihar darurat pada tahun 1978.

Pengalaman pahit itu menjadi pengajaran buat PAS yang sehingga kini kekal dengan pendirian idea gabungan PAS dan Umno selama-lamanya wajar ditolak sama sekali.

Berjuang bersendirian

Selepas sekian lama berjuang bersendirian, PAS kemudiannya mula menerima gabungan Pakatan Rakyat selepas berjaya mempertahankan kubu kuatnya di Kelantan serta peningkatan beberapa kerusi di negeri lain semasa PRU12.

Kejayaan itu juga dijadikan motivasi buat PAS untuk terus mengekalkan tahaluf bersama Pakatan sehingga impian menawan Putrajaya tercapai.

READ MORE HERE

 

Umno sedang 'tunda najis hanyut'

Posted: 12 Nov 2012 12:26 PM PST

Kenyataan beliau ini mengulas serangan terhadap Nurul Izzah selepas kenyataan berhubung kebebasan beragama yang dinyatakan beliau.

"Sesungguhnya, kenyataan spontan dan bersahaja YB Nurul Izzah pada majlis berkaitan adalah secara umum dan memang boleh mengundang pelbagai persepsi dan tafsiran.  

"Namun, kekeliruan yang timbul telahpun diperjelaskan sendiri oleh beliau kemudiannya dengan tegas dan jelas," beritahu Dr Muhamad Nor.

Beliau memetik ayat al-Quran surah Al-hujurat: 6 untuk menjelaskan isu ini.

"Wahai orang-orang yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan."

"Ayat di atas mengajar kita agar berhati-hati dalam menerima berita dari orang-orang fasik," katanya.

Ayat ini, katanya, menceritakan kisah seorang Muslim Al Walid bin Uqbah bin Abi Mu'id yang diutuskan oleh Nabi Muhammad saw melakukan suatu tugasan ke Kampung Bani Mustaliq.  

Al Walid menyangkakan mereka sudah murtad lalu segera pulang ke Madinah melaporkan kepada Baginda Nabi apa yang ditanggapinya.

Hasilnya, baginda mengarahkan Khalid al Walid bersama anggota tenteranya bertindak terhadap kampung tersebut. Namun, selepas melakukan risikan, Khalid Al Walid mendapati bahawa mereka tidaklah murtad sebagaimana didakwa.

Ini dilaporkan kepada Rasulullah. Diketika inilah ayat ini diturunkan sebagai teguran dan panduan buat orang beriman dalam menerima khabar berita dari orang fasik, katanya.

Menurutnya, media-media utama tertentu milik pemerintah UMNO dan Barisan Nasional  telahpun kerap didapati bersalah oleh mahkamah kerana melaporkan berita yang tidak tepat, berunsur  fitnah dan sengaja diputar belitkan.  

Pemimpin-pemimpin organisasi berita ini, katanya, sendiri mengesahkan bahawa harus diputarbelit sesuatu berita demi mendokong aspirasi parti yang menjadi pemiliknya.

Bagi beliau, media milik mereka dengan sengaja membentuk persepsi yang tidak betul mengenai apa yang dinyatakan oleh YB Nurul Izzah.  
Kemudiannya, dengan sengaja pula komen-komen berdasarkan persepsi yang salah ini disebar dan dijajakan, ujarnya.

"Amatlah jelas, UMNO sedang begitu tertekan dan desperado.  UMNO gagal menghakis  tanggapan buruk rakyat terhadap dirinya dalam pelbagai jenayah dan pengkhianatan terhadap rakyat dan Negara – penyelewengan SPR, NFC, Lynas, BERSIH, Kugan, Teo Beng Hock dan sebagainya," katanya.

Menurutnya, isu terbaru yang paling menekan adalah skandal RM40 juta yang melibatkan beberapa menteri kanan UMNO. Ia begitu hangat diperkatakan ketika ini.

Read more

‘Maafkan Nurul, dia masih budak-budak’

Posted: 11 Nov 2012 07:48 PM PST

Umur Nurul yang masih muda boleh menyebabkan beliau boleh membuat kesilapan jika bercakap mengenai agama Islam, kata Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib.

"Saya mengingatkan orang poltik yang tidak tahu agama Islam supaya tidak bercakap mengenai agama Islam.

"Kalau orang yang tahu agama boleh lah mereka bercakap hal agama," kata Harun.

Harun menegaskan beliau tidak mengambil serius bimbang dengan kenyataan Nurul, sebaliknya lebih risau orang yang pandai agama tetapi banyak membuat salah dalam agama.

Dan tokoh PAS itu meminta orang ramai memaafkan Naib Presiden PKR dan ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

"Nurul masih budak-budak lagi, dan dia juga tidak ada pendidikan tinggi dalam agama," katanya.

Harun  turut bertanya, mengapa isu Nurul heboh diperkatakan tetapi tidak kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak walaupun pemimpin nombor satu juga banyak bercakap salah mengenai agama Islam.

Harun berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Nurul dalam satu program di dalam sebuah gereja Sabtu lalu.

Dalam program tersebut Nurul dilaporkan sebagai berkata, jika kebebasan beragama boleh digunakan kepada orang bukan Islam ia juga seharusnya melibatkan orang Islam juga.

Kenyataan tersebut menimbulkan kontroversi sehingga beberapa pihak membuat laporan polis terhadap pemimpin muda PKR itu.

Nurul bagaimanapun, menafikan beliau membuat kenyataan tersebut dan mendakwa ia diputarbelit oleh media.

 

Mat Zain: Najib guna nama berbeza dalam afidavit

Posted: 11 Nov 2012 02:59 PM PST

Beliau berkata, afidavit yang berbeza memungkinkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak pencalonan beliau dalam pilihan raya umum ke 13.

Mat Zain merujuk kepada afidavit yang diikrarkan Najib pada 21 dan 23 September 2011 dan juga oleh isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor pada 21 September 2011, ketika memohon mahkamah mengenepikan sapina untuk memberi keterangan dalam kes sodomi II.

Katanya, semasa mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke 6 di hadapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada 3 April 2009 dengan melafazkan "Wallahi,Wabillahi,Watallahi, Najib secara jelas dan lantang menyebut nama beliau sebagai Muhammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak .

Bagaimanapun, katanya, pada 21 dan 23 September 2011, sewaktu mengikrarkan nama beliau di hadapan seorang Pesuruhjaya Sumpah, Najib telah mengistiharkan nama penuh beliau dalam afidavit-afidavit berkenaan sebagai Najib bin Tun Abdul Razak sahaja.

Manakala Rosmah dalam affidavit berasingan bertarikh 21 September 2011 yang diikrarkan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah yang sama,memberikan nama suami beliau, sebagai Najib bin Tun Abdul Razak.

"Fakta yang jelas di sini ialah nama Muhammad telah digugurkan daripada menjadi sebahagian daripada nama Najib secara bersumpah oleh kedua-dua PM  dan isteri beliau, seperti yang terdapat dalam afidavit masing-masing.

"Memberikan nama penuh dan betul apabila mengikrarkan sesuatu afidavit adalah keperluan undang-undang.," kata beliau dalam suratnya kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan salinannya kepada Najib.

Mat Zain merujuk kes bekas pembaca berita RTM, Sharma Kumari Shukla yang pernah dijatuhkan hukuman penjara enam tahun kerana kesalahan membuat dua afidavit berasingan yang berkisar di antara Sharma Kumari dan Sharma Kumari Shukla.

Beliau meminta Ismail membuat semakan mengenai perkara "Afidavit YAB PM:Membongkar kelemahan diri sendiri" yang disalinkan juga kepada Menteri Dalam Negeri.

Turut dilampirkan dalam surat tersebut ialah salinan afidavit Najib.

Beri pertimbangan ikut undang-undang

"Selain itu saya sarankan Tan Sri melihat rencana saya yang disiarkan sepenuhnya oleh Malaysiakini pada 10 Disember 2011 atas tajuk "Najib's name game may cost him GE nomination".

"Susulan itu satu lagi rencana yang disiarkan oleh beberapa blog khasnya blog Lim Kit Siang pada 20 Disember 2011 bertajuk , "Election Commission gets rid of candidate objection period :A pre-emptive move to save PM Najib?." kata Mat Zain lagi.

Beliau juga menegaskan jika terdapat bantahan daripada mana-mana pihak, sama ada bakal calon atau individu persaorangan terhadap pencalonan Najib, untuk bertanding bagi kerusi mana pun dalam PRU 13 dengan mengemukakan perbezaan nama penuh Perdana Menteri  yang beliau ikrarkan dalam afidavit-afidavit dengan nama yang beliau lafazkan ketika mengangkat sumpah Perdana Menteri Ke-6, SPR  terpaksa memberi pertimbangan mengikut undang-undang bersangkutan dengan kecelaruan nama Najib itu.

Setakat yang diketahuinya, SPR tidak mempunyai hak atau kuasa untuk membatalkan sesuatu afidavit yang telah dikemukakan dan diterima oleh Mahkamah Tinggi atau kuasa untuk memutuskan sama ada afidavit berkenaan palsu atau tidak.

"Dalam keadaan yang ada sekarang,  SPR terpaksa menolak pencalonan Najib untuk bertanding dalam PRU akan datang, sama ada PM menggunakan nama Mohd.Najib atau pun nama Najib.

"Tanggungjawab untuk menyelesaikan kecelaruan ini dengan pihak Istana Negara,Kerajaan dan Mahkamah serta menjelaskan isu kecelaruan ini kepada seluruh rakyat, terletak di atas bahu Najib sendiri dan isteri beliau.

"Pembikinan afidavit-afidavit berkenaan yang mencetuskan kekeliruan ini adalah urusan persendirian dan kerelaan mereka suami isteri," kata Mat Zain.

Bekas pegawai kanan polis itu berkata, Najib sepatutnya bersyukur dan berterima kasih, kerana isu pertandingan merebut kerusi Parlimen Pekan ditimbulkan sekarang.

Sekiranya isu ini tambah beliau dibangkitkan selepas Parlimen di-bubarkan atau pada hari penamaan calon, maka Najib mungkin tidak ada masa untuk membuat pembetulan kepada afidavit beliau.

READ MORE HERE

 

‘Pembawa obor’ PKR enggan bertanding pilihan raya

Posted: 11 Nov 2012 08:18 AM PST

 

Bekas ahli parlimen Permatang Pauh selama dua penggal itu tidak boleh bertanding di kerusi parlimen selama lima tahun di bawah undang-undang selepas meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali ke parlimen. 

Akan tetapi beliau masih lagi layak untuk bertanding di kerusi dewan undangan negeri (Dun) sama ada di Pulau Pinang, tempat beliau mendaftar sebagai pengundi atau Selangor dimana beliau menetap sekarang.

"Saya mahu bebas berkempen di semua tempat," Dr Wan Azizah memberitahu The Malaysian Insider dalam sebuah temubual eksklusif baru-baru ini.

"Jika saya bertanding, saya akan terhad kepada kawasan saya," tambah beliau, jika dipilih, beliau mahu komited sebaik mungkin untuk memenuhi harapan pengundi, yang memerlukan beliau untuk terus berhubung dengan penduduk di satu kawasan berbanding dengan asas lebih besar di peringkat kebangsaan.

Dr Wan Azizah telah menggepalai parti berbilang kaum tersebut semenjak penubuhannya pada tahun 1999 selepas pemecatan suaminya daripada jawatan timbalan perdana menteri dan pernah berperanan sebagai ketua pembangkang.

Beliau bertanding bagi pihak suaminya di kubu kuat keluarga di Permatang Pauh, Pulau Pinang dalam pilihan raya 1999 dan berjaya mempertahankannya dalam kedua-dua pilihan raya berikutnya sebelum memilih untuk meletakkan jawatan.

PKR Selangor telah menawarkan empat "kerusi Dun selamat" kepada beliau — Kota Anggerik, Seri Muda, Seri Setia dan Sementa.

Sejak berhenti sebagai ketua pembangkang Parlimen - jawatan disandang selama lima bulan — Dr Wan Azizah mengambil tempat duduk belakang dalam politik, menjadi pemimpin parti politik yang hanya muncul di khalayak ramai apabila diperlukan.

Beliau mengeluarkan kenyataan sebagai presiden parti biasanya semasa musim perayaan atau di persidangan parti dan mengenai isu-isu yang membangkitkan kemarahan orang ramai, seperti kenaikan kadar jenayah di seluruh negara.

Tidak seperti rakan-rakan politik lelaki lain, Dr wan Azizah tidak ragu-ragu menjadi pemain dibelakang tabir dalam politik.

Malahan beliau gembira dengan peranan tersebut.

"Saya telah sentiasa dilihat diri saya sebagai membantu dari belakang tabir. Saya masih pembawa obor dalam erti kata itu.

"Saya fikir saya masih dikenali sebagai Keadilan," kata nenek yang akan berusia 60 tahun bulan hadapan.

Tetapi beliau mengakui bahawa pilihan untuk bertanding atau tidak, tidak lagi di tangannya jika parti beliau dan pakatan pembangkang PR membuat kemajuan sebenar dalam usaha untuk merampas kawalan Putrajaya dari gabungan Barisan Nasional (BN).

"Saya pernah bertanding dalam pilihan raya sebelum ini. Ia bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah," katanya.

Pilihan raya umum ke 13 — yang perlu diadakan pada April depan selepas mandat BN tamat — akan menjadi pilihan raya terhebat untuk merampas kuasa di peringkat federal, kata Dr Wan Azizah.

Dalam pemerhatian beliau, pengundi sudah lebih arif dalam tempoh empat tahun lepas dan pembangkang tidak lagi boleh bergantung kepada rasa tidak puas hati pengundi terhadap BN untuk mendapatkan sokongan ke arah PR.

"Sekarang, kita mahu mengetahui dengan lebih lanjut tentang siapa yang akan mewakili kami.

"Rakyat Malaysia sudah bersedia untuk berubah dan kita perlu tawarkan itu," katanya.

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved