Isnin, 8 Oktober 2012

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


George Soros bukan sekutu kami, kata Pakatan Rakyat

Posted: 07 Oct 2012 05:48 PM PDT

Perkara itu sama sekali ditepis pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang yang menyifatkan Mahathir takut kepada Pakatan Rakyat.

"Dia paranoid," katanya ringkas kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Sementara itu, Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua berkata Pakatan sama sekali tidak mempunyai kaitan, malah tidak mengenali individu bernama Soros.

"Dia (Dr Mahathir) tidak lagi relevan dalam konflik ini kerana ia hanya kata-kata seseorang yang telah nyanyuk," katanya.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata, kenyataan Dr Mahathir itu hanya mencemarkan nama baiknya sendiri sebagai negarawan dimata rakyat.

Takut bayang-bayang

"Pakatan berpendirian tegas mengutuk tindakan kejam Yahudi ke atas rakyat Palestin. Jadi bagaimana beliau boleh kata sebaliknya pula," soalnya.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub pula menyifatkan Dr Mahathir seperti takut kepada bayang-bayang sendiri apabila menjalin persahabatan dengan Soros semasa menjadi Perdana Menteri dahulu.

"Negara kita tak menerima sebarang bentuk penjajahan asing dan kita sama sekali tak akan mengizinkan isu Soros berbangkit," katanya.

Manakala Ahli Parlimen DAP-Klang Charles Santiago berkata Dr Mahathir tidak telus mempertahankan kedaulatan negara daripada ancaman Yahudi apabila membenarkan Malaysia menandatangani Perjanjian Dagangan Antarabangsa (FTA).

Menurut Charles, dibawah perjanjian itu Malaysia  boleh diheret ke mahkamah antarabangsa oleh firma gergasi antarabangsa yang dikuasai Amerika dan Kesatuan Eropah (EU) jika wujud sebarang pelanggaran persefahaman yang dimeterai.

"Kalau Tun nak timbulkan pasal isu kedaulatan beliau sepatutnya menghalang negara daripada menandatangani FTA," katanya.

 

PKR berubah nada, mahu teruskan projek RAPID

Posted: 04 Oct 2012 06:46 PM PDT

Ketua Biro Pelaburan dan Perdagangan PKR, Wong Chen berkata PKR akan menjalankan program melibatkan masyarakat tempatan secara trasparen dan telus, serta akan melambatkan tarikh Keputusan Akhir (FID).

"Kami akan memberikan rakyat Pengerang masa yang mencukupi untuk menyuarakan pandangan mereka. Dengan pengetahuan yang penuh dan jelas, mereka boleh membuat pilihan yang bebas.

"Sekiranya kami mendapati projek ini patut dibuat di Pengerang, maka penduduk Pengerang akan diberi pampasan yang adil tanpa gangguan politik," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini hari ini.

Wong juga tidak menolak kemungkinan PKR akan memindahkan lokasi projek RAPID dari Pengerang ke Kerteh, Terengganu dengan skala yang lebih kecil, iaitu satu kilang penapisan 150,000 tong sehari (bpd) daripada kapasiti RAPID yang dicadangkan iaitu 300,000 bpd sehari.

"Kompleks Industri Petoleum Petronas memang sudah sedia ada di Kerteh. Kompleks ini mempunyai kemudahan pelabuhan, infrastruktur yang lengkap dan tanah yang mencukupi untuk menampung RAPID," katanya.

Sebelum ini, pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng yang berucap mewakili Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Pakatan Rakyat akan menghentikan projek tersebut sekiranya pakatan itu berjaya menguasai Putrajaya.

"Jika kita tidak menang kes ini di mahkamah, ini mesej Anwar kepada anda semua ... bila beliau jadi perdana menteri, projek RAPID ini akan dihentikan.

"Ini janji kami hari ini ... dan kami akan bantu kehidupan anda semua di sini," katanya semasa Himpunan Hijau Lestari di Pengerang Ahad lepas.

 

MB S’gor layak tadbir di Pusat, kata Shuhaimi

Posted: 04 Oct 2012 06:42 PM PDT

Ketika dihubungi FMT, beliau menyifatkan Abdul Khalid sebagai seorang yang berpengalaman luas dan sememangnya layak mentadbir di peringkat persekutuan.

Pandangan Shuhaimi ini dilihat selari dengan pendapat Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebelum ini, yang menyatakan bahawa Abdul Khalid berkemungkinan akan ditukar ke peringkat pusat selepas PRU13.

Beliau berkata, ia sebagai pengiktirafan kepada Abdul Khalid yang berkebolehan dan berpengalaman dalam memimpin kerajaan Selangor sejak Pakatan mengambil alih negeri itu pada Mac 2008.

"Sama ada saya setuju atau tidak kenyataan Azmin itu adalah perkara lain. Tetapi apa yang cuba disampaikan Azmin adalah beliau menghargai peranan dan tugas Abdul Khalid sebagai Menteri Besar.

"Malah pengalaman beliau (Abdul Khalid) mentadbir Selangor tidak dinafikan adalah jauh lebih baik daripada menteri-menteri Barisan Nasional (BN)," tegas beliau.

Beliau menegaskan, "pengalaman beliau mentadbir Selangor boleh digunakan dengan baik dalam pentadbiran kerajaan pusat memandangkan di bawah pentadbirannya rizab tunai Selangor mencecah sehingga RM2 bilion.

"Jika Abdul Khalid dipilih menerajui di peringkat kementerian maka saya yakin beliau boleh menyelamatkan lebih banyak wang negara," ujar beliau.

Dalam perkembangan lain, Shuhaimi menegur sikap pemimpin Pakatan yang lain agar meneliti terlebih dahulu laporan sesetengah akhbar sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Tegas beliau, "para pemimpin tidak sewajarnya melenting dan memberi kenyataan secara melulu tanpa menyemak asas laporan akhbar tersebut terlebih dahulu.

"Mungkin ada dua tiga kenyataan daripada kepimpinan parti, presiden, timbalan presiden, setiausaha agung dan lain-lain yang dikeluarkan sebelum ini.

"Mereka perlu meneliti laporan itu dari akhbar serta tajuk laporan sebelum memberi kenyataan. Jika tidak betul….tidak boleh terus melenting dengan penuh emosi, biar komen secara matang," nasihat beliau.

 

PKR cadang kecilkan skala RAPID, pindah ke Kertih

Posted: 04 Oct 2012 03:27 PM PDT

Ketua Biro Pelaburan dan Perdagangan PKR, Wong Chen, berkata, Kertih sudah mempunyai infrastruktur yang baik seperti pusat perindustrian Gebeng dan pelabuhan Kuantan.

"Jika dibina di Pengerang, apakah nasib perindustrian petrokimia di Kertih, adakah ia mampu berjalan seperti biasa?" kata Wong dalam sidang media di ibu pejabat parti hari ini.

Menurut Wong, PKR juga mencadangkan agar projek RAPID dikecilkan skalanya memandangkan pasaran utama Malaysia iaitu China dan India sedang membina loji penapisan mereka sendiri yang lebih besar.

"Seharusnya kita membina loji penapisan yang berkapasiti 150,000 tong sehari (bpd) daripada kapasiti RAPID yang dicadangkan iaitu 300,000 bpd sehari.

"Kita harus memikirkan bahawa China dan India sedang membina loji mereka sendiri, di samping menghadapi persaingan dari Korea Selatan, Arab Saudi dan Mesir yang juga membina loji penapisan bagi tujuan eksport," kata Wong lagi.

READ MORE HERE

 

Sinar Harian tidak putar belit fakta

Posted: 04 Oct 2012 09:26 AM PDT

Penasihat Eksekutif Editorial, Datuk Abd Jalil Ali berkata, setiap berita, rencana dan gambar yang disiarkan berdasarkan sumber sahih yang diperoleh menerusi temubual secara langsung, panggilan telefon atau peristiwa di tempat kejadian.

"Sejak awal penerbitan akhbar ini kira-kira lima tahun lalu, adalah menjadi prinsip kami untuk melaporkan apa sahaja berdasarkan kebenaran, bukan putar belit fakta untuk melariskan jualan," tegas beliau, semalam.

Beliau mengulas dakwaan sesetengah pihak kononnya akhbar harian komuniti yang diedarkan seluruh Semenanjung itu memesongkan fakta dalam pemberitaan dengan tujuan melariskan jualan.

Sementara itu dalam kes melibatkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang dipetik sebuah portal berita bahawa Sinar Harian salah lapor, Abdul Jalil menjelaskan, temu bual itu dibuat di Parlimen dan disaksikan beberapa wartawan lain.

"Apa yang kami siarkan adalah temu ramah berekod oleh wartawan dan jurugambar, tidak ada sebarang putar belit atau salah lapor. Wartawan kami boleh menunjukkan bukti apa yang dikatakan oleh YB berkenaan," katanya.

Rabu lalu, Sinar Harian melaporkan pada muka depannya berita bertajuk, 'MB Baru Selepas PRU13' dengan Azmin membayangkan kemungkinan Selangor akan kehilangan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya menawan Putrajaya.

Dalam laporan itu, Azmin dilaporkan sebagai berkata, kemungkinan itu berdasarkan kepada faktor keupayaan Abdul Khalid memimpin Selangor sehingga menyumbang 23 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Namun, keesokan harinya dalam sebuah laman portal Pengerusi PKR Selangor itu menafikan mengeluarkan kenyataan tersebut dan mendakwa kenyataannya itu disalah laporkan oleh Sinar Harian.

Abdul Jalil turut  menegur sikap sesetengah pihak yang sering menuduh media memutarbelitkan fakta sekiranya kenyataan asal yang dibuat menimbulkan kesan negatif setelah disiarkan dalam media.

"Ini biasa terjadi, tetapi kami tidak berputus asa sebaliknya akan terus menegakkan profesionalisme kewartawanan dengan melaporkan kebenaran tanpa mengira laporan itu daripada pihak mana," katanya.

 

Lebih 10 pegawai kerajaan jadi tali barut Suaram

Posted: 04 Oct 2012 09:24 AM PDT

Presidennya, Azwanddin Hamzah mendakwa, pegawai kerajaan itu juga terlibat menutup maklumat Suaram menerima dana asing yang dikatakan bernilai kira-kira RM100 juta sejak 1998.

Azwanddin mendakwa pegawai kerajaan itu disogok Suaram melalui dua syarikat iaitu Suara Komunikasi Enterprise dan Suara Inisiatif Sdn Bhd.

"Saya dapat beberapa bukti dan ini merisaukan kerana bagaimana pegawai kerajaan ini berani menerima sogokan  Suaram untuk dedah rahsia kerajaan.

"Ia melibatkan beberapa kepentingan dalam kementerian dan jabatan antaranya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Bank Negara," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

 

Suaram terima RM100 juta dana asing?

Posted: 04 Oct 2012 04:40 AM PDT

Dakwanya, transaksi dana asing termasuk dalam bentuk tunai itu dikatakan dibawa secara berperingkat daripada berjumlah AS$1,000 (RM3,056.19) sehingga AS$5,000 (RM15,280.94) sejak 1998.

Beliau mendakwa, berdasarkan maklumat bekas anggota pertubuhan tidak berdaftar itu, dana tersebut dipercayai digunakan bagi membiayai kegiatan ceramah politik dan menggerakkan demonstrasi jalanan dengan motif memfitnah kerajaan serta beberapa pemimpin negara ini.


MB S’gor: Pendirian Azmin, bukan Pakatan

Posted: 03 Oct 2012 04:08 AM PDT

Bagaimanapun, Khalid memandang kenyataan Azmin itu dari sudut positif kerana beliau dilihat boleh bekerja di peringkat Persekutuan maupun Negeri.

"Saya baca kenyataan (Azmin) dari sudut positif dan nampaknya saya boleh bekerja dalam kerajaan Persekutuan dan Negeri," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di sini hari ini.

Tegas Khalid, "keputusan mengenai siapa akan bertanding dalam pilihan raya, siapa akan jadi (MB), hanya akan diumumkan sekiranya perlu. Tapi kebiasaannya komen ini bukan dari Pakatan Rakyat sebagai satu kumpulan.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Azmin yang dilaporkan akhbar Sinar Harian bahawa kemungkinan beliau akan ditukar ke pentadbiran Persekutuan jika Pakatan menang PRU13.

Sementara itu, menyentuh mengenai desakan segelintir pembeli rumah agar kerajaan negeri mengambil alih hutang mereka seperti dilakukan ke atas Talam Corporation Berhad, beliau berkata terdapat beberapa usaha untuk membantu.

Menurutnya, kerajaan negeri meminta Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) memberi senarai nama pembeli rumah yang miskin untuk dibantu.

"Kita bukan ambil alih hutang mereka tetapi jika fakir miskin kerajaan negeri ada beberapa usaha untuk tolong mereka ringankan masalah," katanya.

 

Anwar jemput peguam Scorpene beri taklimat di Parlimen

Posted: 02 Oct 2012 08:43 PM PDT

Naib Presiden PKR R Sivarasa berkata, taklimat itu bagi membolehkan ahli parlimen Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat mendengar penjelasan mengenai dokumen hasil siasatan polis Perancis kepada badan kehakiman negara itu.

Surat jemputan yang ditujukan kepada peguam mewakili Suaram yang mengendalikan kes Scorpene di Perancis, William Bourdon dan Joseph Breham, menjemput mereka supaya datang dalam tempoh sehingga Parlimen tamat bersidang pada 22 November depan.

Turut dijemput peguam mewakili syarikat pertahanan Perancis yang terlibat dalam penjualan Scorpene iaitu Direction des Construction
Navales Services (DCNS), Olivier Metzner hadir memberi taklimat.

"Rakyat Malaysia nak dengar tentang skandal bayaran 114 juta Euro kepada Syarikat Perimekar Sdn Bhd yang dimiliki Abdul Razak Baginda bagi tujuan 'logistical support for training'.

"Tapi semua orang tahu Perimekar tidak layak dan tiada pengalaman langsung tentang kapal selam tapi diberikan kontrak bernilai lebih RM500 juta," katanya dalam sidang media di Parlimen di sini hari ini.

Ahli Parlimen Subang itu berkata, taklimat itu juga membolehkan ahli parlimen mendengar kes mantan pengarah kewangan syarikat DCNS membuat tuntutan pemotongan cukai sebanyak 32 juta Euro atas alasan duit itu digunakan sebagai bayaran rasuah kepada pegawai.

Anwar kini di Paris

Sementara itu, Ahli Parlimen Batu Tian Chua berkata Anwar yang berlepas sejak malam semalam bagi menerima satu anugerah khas kini
sudah pun berada di Paris dan akan bertemu serta menyerahkan surat jemputan itu kepada dua peguam Perancis terbabit.

"Harap mereka terima dan boleh tetapkan tarikh…jika semuanya berjalan lancar Ahli Parlimen BN dan Pakatan dijemput hadir mendengar taklimat," katanya.

Tian Chua berkata, taklimat itu perlu dijadikan satu peluang kepada semua mendapat gambaran jelas sekali gus dapat membetulkan persepsi
rakyat mengenai skandal pembelian kapal selam yang turut dikaitkan dengan pemimpin tertinggi negara.

"Kalau ada sasuatu yang tak betul kerajaan Malaysia wajar ambil tindakan susulan," katanya.

Berbeza dengan sistem perundangan Malaysia yang mengikuti undang-undang British, Sivarasa berkata badan kehakiman Perancis mempunyai agensi penguatkuasa tersendiri untuk menyiasat sesuatu kes tanpa perlu bergantung kepada hasil siasatan daripada pihak polis.

 

PAS mahu PKR elak buat kenyataan peribadi

Posted: 02 Oct 2012 04:27 PM PDT

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, kenyataan bersifat pribadi perlu dielakkan supaya tidak menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat.

Beliau merujuk kepada dua kenyataan pemimpin PKR sebelum ini yang bagi beliau tidak pernah dibincangkan di kalangan pimpinan tertinggi PR.

"Kenyataan pertama yang dibuat oleh Ketua Penerangan PKR Selangor sebelum ini, Shuhaimi Shafiei yang berkata, 20 pemimpin PKR akan menyertai Kabinet.

"Yang kedua hari ini, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dilaporkan media sebagai berkata, seolah-olah Selangor akan mendapat MB baru.

"Ini juga tidak pernah kita bincangkan dan bakal memberikan implikasi negatif," kata Mustafa dipetik Harakahdaily hari ini.

Beliau yang kelihatan kesal dengan kenyataan seumpama itu kerana ia bakal memberi implikasi negatif kepada rakan-rakan dalam Pakatan kerana semua keputusan sebegini perlu dibuat bersama.

Azmin dipetik Sinar Harian berkata, Selangor mungkin kehilangan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sekiranya PR berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Keputusan berkenaan, kemungkinan besar dibuat oleh gabungan DAP, Pas dan PKR atas kewibawaan dan kepakaran yang ditunjukkan Abdul Khalid menjadi ketua pentadbir negeri selama sepenggal ini.

Azmin berkata, keupayaan dan kejayaan beliau memimpin Selangor sehingga menyumbang 23 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) juga antara faktor yang menjadi pertimbangan mereka.

Katanya, perbincangan peringkat PR ada ke arah itu, bagaimanapun masih belum diputuskan.

 

Siapa Azmin untuk tentukan jawatan Khalid

Posted: 02 Oct 2012 03:39 PM PDT

"Siapa Azmin untuk membuat kesimpulan begitu? Saya tidak tahu dari mana dia dapat aspirasi begitu?" kata Faekah.

Beliau mengulas laporan akhbar Sinar Harian yang melaporkan Azmin sebagai berkata,  Selangor bakal kehilangan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Mengikut laporan itu, Khalid akan diberi jawatan menteri.

Menurut Azmin yang juga ialah Timbalan Presiden PKR kewibawaan dan kepakaran yang ditunjukkan Abdul Khalid menjadi ketua pentadbir negeri selama sepenggal ini.

Selain itu keupayaan dan kejayaan Khalid memimpin Selangor sehingga menyumbang 23 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) juga antara faktor yang menjadi pertimbangan mereka, kata Azmin yang juga adalah Ahli Parlimen Gombak dan Adun Bukit Antarabangsa.

Sejak Pakatan mengambil alih pentadbiran Selangor, Azmin pernah disebut-sebut layak menjadi Menteri Besar.

Kuasa sultan

Kenyataan baru Azmin ini boleh mencetuskan perdebatan baru di antara  kumpulan penyokong Azmin dan Khalid seperti yang berlaku sebelum ini.

Faekah menambah bahawa kenyataan Azmin merupakan pandangan peribadi beliau tanpa merujuk kepada kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

"Saya dapat komen bahawa kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat bahawa siapa jadi Menteri Besar, Perdana Menteri dan Menteri tidak dibincangkan," kata Faekah.

Beliau turut menegaskan bahawa kuasa melantik Menteri Besar terletak di tangan Sultan Selangor.

"Menurut undang-undang tubuh negeri, sultan mempunyai kuasa mutlak dalam pelantikan Menteri Besar Selangor

"Walaupun Pakatan mempunyai calon (setelah menang pilihan raya umum), kena rujuk sultan," kata Faekah.

 

Fitnah dan berniat jahat, kata presiden Gaps

Posted: 02 Oct 2012 03:25 PM PDT

Presiden Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps), Hamidzun Khairuddin menyifatkan dakwaan tersebut sebagai usaha terancang bagi melemahkan NGO yang diketuainya untuk terus membongkar perlakuan rasuah dan penyelewengan di negeri ini.

Sambil menegaskan dakwaan itu sebagai fitnah, Hamidzun berkata ia berniat jahat dan dirancang untuk mempertikaikan kredibiliti beliau sebagai presiden Gaps.

Kedua-dua kes yang didakwa melibatkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah diselesaikan dengan baik dengan mengikut terma-terma dan amalan biasa perundangan oleh firma guaman saya.

"Maka tidak timbul persoalan salah guna kuasa dan pecah amanah," katanya melalui satu kenyataan kepada FMT hari ini.

Beliau kesal dengan pendedahan maklumat korporat seperti surat itu dibocorkan oleh pihak tertentu untuk menakut-nakutkannya dan menambah, tindakan undang-undang turut dikaji terhadap mereka yang cuba menjatuhkan kredibiliti beliau.

Sabtu lalu, FMT melaporkan mengenai seorang pemimpin NGO yang lantang dan sering membongkarkan isu penyelewengan di Selangor didakwa telah melakukan pecah amanah bernilai RM200,000 pada tahun 2010.

Dakwaan itu membabitkan bayaran wang stakeholder kepada PKNS serta kegagalan beliau menyempurnakan urusan pindah milik pembeli rumah yang sepatutnya diselesaikan pada tahun 2009.

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved