Jumaat, 5 Oktober 2012

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


PKR berubah nada, mahu teruskan projek RAPID

Posted: 04 Oct 2012 06:46 PM PDT

Ketua Biro Pelaburan dan Perdagangan PKR, Wong Chen berkata PKR akan menjalankan program melibatkan masyarakat tempatan secara trasparen dan telus, serta akan melambatkan tarikh Keputusan Akhir (FID).

"Kami akan memberikan rakyat Pengerang masa yang mencukupi untuk menyuarakan pandangan mereka. Dengan pengetahuan yang penuh dan jelas, mereka boleh membuat pilihan yang bebas.

"Sekiranya kami mendapati projek ini patut dibuat di Pengerang, maka penduduk Pengerang akan diberi pampasan yang adil tanpa gangguan politik," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini hari ini.

Wong juga tidak menolak kemungkinan PKR akan memindahkan lokasi projek RAPID dari Pengerang ke Kerteh, Terengganu dengan skala yang lebih kecil, iaitu satu kilang penapisan 150,000 tong sehari (bpd) daripada kapasiti RAPID yang dicadangkan iaitu 300,000 bpd sehari.

"Kompleks Industri Petoleum Petronas memang sudah sedia ada di Kerteh. Kompleks ini mempunyai kemudahan pelabuhan, infrastruktur yang lengkap dan tanah yang mencukupi untuk menampung RAPID," katanya.

Sebelum ini, pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng yang berucap mewakili Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Pakatan Rakyat akan menghentikan projek tersebut sekiranya pakatan itu berjaya menguasai Putrajaya.

"Jika kita tidak menang kes ini di mahkamah, ini mesej Anwar kepada anda semua ... bila beliau jadi perdana menteri, projek RAPID ini akan dihentikan.

"Ini janji kami hari ini ... dan kami akan bantu kehidupan anda semua di sini," katanya semasa Himpunan Hijau Lestari di Pengerang Ahad lepas.

 

MB S’gor layak tadbir di Pusat, kata Shuhaimi

Posted: 04 Oct 2012 06:42 PM PDT

Ketika dihubungi FMT, beliau menyifatkan Abdul Khalid sebagai seorang yang berpengalaman luas dan sememangnya layak mentadbir di peringkat persekutuan.

Pandangan Shuhaimi ini dilihat selari dengan pendapat Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebelum ini, yang menyatakan bahawa Abdul Khalid berkemungkinan akan ditukar ke peringkat pusat selepas PRU13.

Beliau berkata, ia sebagai pengiktirafan kepada Abdul Khalid yang berkebolehan dan berpengalaman dalam memimpin kerajaan Selangor sejak Pakatan mengambil alih negeri itu pada Mac 2008.

"Sama ada saya setuju atau tidak kenyataan Azmin itu adalah perkara lain. Tetapi apa yang cuba disampaikan Azmin adalah beliau menghargai peranan dan tugas Abdul Khalid sebagai Menteri Besar.

"Malah pengalaman beliau (Abdul Khalid) mentadbir Selangor tidak dinafikan adalah jauh lebih baik daripada menteri-menteri Barisan Nasional (BN)," tegas beliau.

Beliau menegaskan, "pengalaman beliau mentadbir Selangor boleh digunakan dengan baik dalam pentadbiran kerajaan pusat memandangkan di bawah pentadbirannya rizab tunai Selangor mencecah sehingga RM2 bilion.

"Jika Abdul Khalid dipilih menerajui di peringkat kementerian maka saya yakin beliau boleh menyelamatkan lebih banyak wang negara," ujar beliau.

Dalam perkembangan lain, Shuhaimi menegur sikap pemimpin Pakatan yang lain agar meneliti terlebih dahulu laporan sesetengah akhbar sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Tegas beliau, "para pemimpin tidak sewajarnya melenting dan memberi kenyataan secara melulu tanpa menyemak asas laporan akhbar tersebut terlebih dahulu.

"Mungkin ada dua tiga kenyataan daripada kepimpinan parti, presiden, timbalan presiden, setiausaha agung dan lain-lain yang dikeluarkan sebelum ini.

"Mereka perlu meneliti laporan itu dari akhbar serta tajuk laporan sebelum memberi kenyataan. Jika tidak betul….tidak boleh terus melenting dengan penuh emosi, biar komen secara matang," nasihat beliau.

 

PKR cadang kecilkan skala RAPID, pindah ke Kertih

Posted: 04 Oct 2012 03:27 PM PDT

Ketua Biro Pelaburan dan Perdagangan PKR, Wong Chen, berkata, Kertih sudah mempunyai infrastruktur yang baik seperti pusat perindustrian Gebeng dan pelabuhan Kuantan.

"Jika dibina di Pengerang, apakah nasib perindustrian petrokimia di Kertih, adakah ia mampu berjalan seperti biasa?" kata Wong dalam sidang media di ibu pejabat parti hari ini.

Menurut Wong, PKR juga mencadangkan agar projek RAPID dikecilkan skalanya memandangkan pasaran utama Malaysia iaitu China dan India sedang membina loji penapisan mereka sendiri yang lebih besar.

"Seharusnya kita membina loji penapisan yang berkapasiti 150,000 tong sehari (bpd) daripada kapasiti RAPID yang dicadangkan iaitu 300,000 bpd sehari.

"Kita harus memikirkan bahawa China dan India sedang membina loji mereka sendiri, di samping menghadapi persaingan dari Korea Selatan, Arab Saudi dan Mesir yang juga membina loji penapisan bagi tujuan eksport," kata Wong lagi.

READ MORE HERE

 

Sinar Harian tidak putar belit fakta

Posted: 04 Oct 2012 09:26 AM PDT

Penasihat Eksekutif Editorial, Datuk Abd Jalil Ali berkata, setiap berita, rencana dan gambar yang disiarkan berdasarkan sumber sahih yang diperoleh menerusi temubual secara langsung, panggilan telefon atau peristiwa di tempat kejadian.

"Sejak awal penerbitan akhbar ini kira-kira lima tahun lalu, adalah menjadi prinsip kami untuk melaporkan apa sahaja berdasarkan kebenaran, bukan putar belit fakta untuk melariskan jualan," tegas beliau, semalam.

Beliau mengulas dakwaan sesetengah pihak kononnya akhbar harian komuniti yang diedarkan seluruh Semenanjung itu memesongkan fakta dalam pemberitaan dengan tujuan melariskan jualan.

Sementara itu dalam kes melibatkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang dipetik sebuah portal berita bahawa Sinar Harian salah lapor, Abdul Jalil menjelaskan, temu bual itu dibuat di Parlimen dan disaksikan beberapa wartawan lain.

"Apa yang kami siarkan adalah temu ramah berekod oleh wartawan dan jurugambar, tidak ada sebarang putar belit atau salah lapor. Wartawan kami boleh menunjukkan bukti apa yang dikatakan oleh YB berkenaan," katanya.

Rabu lalu, Sinar Harian melaporkan pada muka depannya berita bertajuk, 'MB Baru Selepas PRU13' dengan Azmin membayangkan kemungkinan Selangor akan kehilangan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya menawan Putrajaya.

Dalam laporan itu, Azmin dilaporkan sebagai berkata, kemungkinan itu berdasarkan kepada faktor keupayaan Abdul Khalid memimpin Selangor sehingga menyumbang 23 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Namun, keesokan harinya dalam sebuah laman portal Pengerusi PKR Selangor itu menafikan mengeluarkan kenyataan tersebut dan mendakwa kenyataannya itu disalah laporkan oleh Sinar Harian.

Abdul Jalil turut  menegur sikap sesetengah pihak yang sering menuduh media memutarbelitkan fakta sekiranya kenyataan asal yang dibuat menimbulkan kesan negatif setelah disiarkan dalam media.

"Ini biasa terjadi, tetapi kami tidak berputus asa sebaliknya akan terus menegakkan profesionalisme kewartawanan dengan melaporkan kebenaran tanpa mengira laporan itu daripada pihak mana," katanya.

 

Lebih 10 pegawai kerajaan jadi tali barut Suaram

Posted: 04 Oct 2012 09:24 AM PDT

Presidennya, Azwanddin Hamzah mendakwa, pegawai kerajaan itu juga terlibat menutup maklumat Suaram menerima dana asing yang dikatakan bernilai kira-kira RM100 juta sejak 1998.

Azwanddin mendakwa pegawai kerajaan itu disogok Suaram melalui dua syarikat iaitu Suara Komunikasi Enterprise dan Suara Inisiatif Sdn Bhd.

"Saya dapat beberapa bukti dan ini merisaukan kerana bagaimana pegawai kerajaan ini berani menerima sogokan  Suaram untuk dedah rahsia kerajaan.

"Ia melibatkan beberapa kepentingan dalam kementerian dan jabatan antaranya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Bank Negara," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

 

Suaram terima RM100 juta dana asing?

Posted: 04 Oct 2012 04:40 AM PDT

Dakwanya, transaksi dana asing termasuk dalam bentuk tunai itu dikatakan dibawa secara berperingkat daripada berjumlah AS$1,000 (RM3,056.19) sehingga AS$5,000 (RM15,280.94) sejak 1998.

Beliau mendakwa, berdasarkan maklumat bekas anggota pertubuhan tidak berdaftar itu, dana tersebut dipercayai digunakan bagi membiayai kegiatan ceramah politik dan menggerakkan demonstrasi jalanan dengan motif memfitnah kerajaan serta beberapa pemimpin negara ini.


Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved