Selasa, 2 Oktober 2012

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Azmin: Kabinet bayangan pandangan peribadi Shuhaimi

Posted: 01 Oct 2012 05:38 PM PDT

Senada dengan Timbalan Pengerusi DAP Dr Tan Seng Giaw semalam, Azmin berkata hal itu tidak pernah dibangkitkan sama sekali dalam mesyuarat pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat.

"Saya tidak tahu menahu mengenai perkara itu. Saya tidak pernah tengok senarai tersebut. Saya pun tidak tahu menteri apa yang saya jawat. Itu hanya pandangan peribadi Shuhaimi
sahaja," katanya ketika ditemui pemberita di Parlimen hari ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusoff menyifatkan dakwaan Ahli Dewan Undangan (Adun) Sri Muda itu satu kenyataan tak rasmi PKR dan sengaja disabotaj.

Beliau yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR turut menafikan sekeras-kerasnya kewujudan kabinet bayangan, sebaliknya satu Jawatankuasa Pakatan yang ditubuhkan sejak 2008 bagi menangani isu-isu nasional.

`Tiada kabinet'

"Setahu saya tiada kabinet, yang ada satu jawatankuasa Pakatan. Saya baru pulang daripada rapat pimpinan Nasional PKR di Shah Alam minggu lalu dan isu ini tiada langsung pernah dibangkitkan.

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata perebutan jawatan dalam kabinet tidak perlu dijadikan isu sebaliknya dasar yang akan dilaksanakan Pakatan sekiranya mentadbir Putrajaya.

"Kita tak berminat tentang personaliti sebaliknya dasar.

"Kalau Najib nak cabar Pakatan tentang kabinet bayangan kenapa BN tak wujudkan sendiri di empat negeri yang ditadbir Pakatan? BN kena konsisten dalam hal ini.

Isu kabinet bayangan bangkit selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Ahad lalu mencabar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menubuhkannya sebelum berangan-angan menubuhkan kerajaan sebenar dengan memenangi pilihan raya Umum ke-13 (PRU13).

 

Suhakam mahu kerajaan iktiraf Suaram

Posted: 01 Oct 2012 01:44 PM PDT

Menurut pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam, Suhakam telah mengikuti secara teliti isu berkaitan Suaram dan dalam hal ini mengalu-alukan jaminan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, untuk meningkatkan pembaharuan yang lebih demokratik sebagai respons kepada pertumbuhan tuntutan kebebasan sivil yang semakin bertambah.

"Walau bagaimanapun, Suhakam merasa amat bimbang dengan cara bagaimana penyiasatan dijalankan, publisiti dibuat dan dilaporkan mengenai urusan dan akaun Suaram. 

"Suhakam menggesa semua pihak yang terlibat dalam penyiasatan ini supaya bertindak bukan sahaja menurut undang-undang dan peraturan tetapi selaras dengan semangat dan niat jaminan perdana menteri," katanya dalam kenyataan media yang dikirim ke The Malaysian Insider hari ini.

Menurut Suhakam, kebebasan bersuara dan kebebasan berpersatuan adalah pokok kepada hak asasi manusia, yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan dan diperuntukkan dalam Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.

"Pejuang hak asasi manusia harus dibenarkan untuk berfungsi secara bebas, beroperasi di persekitaran yang berupaya dan selamat, dan mempunyai kebebasan untuk menentukan undang-undang, struktur dan aktiviti mereka.

"Suhakam menyeru kerajaan agar terus mendukung dan mempromosi hak asasi manusia melalui perkongsian positif dengan pelbagai pihak berkepentingan, termasuk perniagaan dan masyarakat sivil yang akan menyumbang ke arah memastikan tadbir urus demokrasi yang kukuh di negara ini.

"Ini adalah penting dan amat selaras dengan hasrat yang disuarakan perdana menteri untuk menggerakkan negara ke hadapan ke arah menjadi sebuah negara demokrasi yang berfungsi sepenuhnya yang memerlukan dasar-dasar dan amalan hak asasi manusia domestik yang mematuhi sepenuhnya prinsip-prinsip dan norma-norma yang diterima secara universal. 

"Ini akan menggambarkan Malaysia dengan baik sebagai anggota Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan menyumbang secara positif untuk meningkatkan imej antarabangsa sebagai negara yang menghormati hak asasi manusia," katanya lagi.

Bulan lalu, pejabat utama Suaram diserbu pegawai Pendaftar Pertubuhan (RoS) dan juga pegawai polis bagi menyerahkan borang pendaftaran pertubuhan kepada badan bukan kerajaan itu yang kini sedang disiasat kerana dikatakan menerima dana asing daripada pertubuhan yang milik George Soros, Open Society Foundation (OSF).

Kesemua enam pegawai, termasuk dua pegawai polis itu, bagaimanapun gagal memasuki premis Suaram kerana mereka tidak membawa sebarang dokumen dan notis untuk menjalankan siasatan terhadap premis tersebut.

Cubaan serbuan itu dikaitkan dengan dakwaan Suaram menerima dana asing dan pertubuhan ini dikatakan mempunyai "akaun yang meragukan".

Badan hak asasi manusia itu dikatakan menerima serangan kerana terlibat dalam siasatan dari Perancis berkenaan dakwaan penyelewengan wang  berbillion ringgit untuk pembelian dua buah kapal selam Scorpene.

 

Pembangkang fobia keupayaan RAPID jana ekonomi

Posted: 30 Sep 2012 03:04 PM PDT

Walaupun banyak memberi peruntukan besar kepada golongan yang memerlukan, kerajaan tetap memberi penekanan kepada langkah mengukuhkan ekonomi dengan memastikan sasaran pendapatan tahunan negara tercapai. Memang mustahil untuk melihat pembangkang menerima secara ikhlas apa pun yang dilakukan kerajaan, apa lagi ketika pilihan raya umum akan diadakan bila-bila masa sekarang. Malah, sejak kebelakangan ini pembangkang konsisten menentang usaha kerajaan meningkatkan ekonomi negara dan memakmurkan rakyat. Perhimpunan membantah projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang pagi semalam contoh terbaru usaha berterusan menggagalkan usaha menjana ekonomi dalam jangka panjang. 

Alih perhatian rakyat 

Bantahan itu juga dilihat cubaan mengalihkan perhatian rakyat daripada memperkatakan soal belanjawan kepada isu lain yang sudah disusun mereka sebagai salah satu bahan kempen menjelang pilihan raya umum akan datang. Sama seperti bantahan terhadap projek pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan dan perlombongan emas di Bukit Koman, Raub, pembangkang dengan bertopengkan kumpulan pejuang alam sekitar, akan mengelirukan rakyat dan memainkan sentimen penduduk setempat tanpa menggunakan kajian dan fakta.  RAPID yang bernilai kira-kira RM60 bilion membabitkan pembinaan 20 kilang penapisan di kawasan seluas 2,428 hektar, adalah sebahagian program pembangunan di bawah Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) yang terbesar dan termoden di rantau ini. Projek yang dijangka mampu memproses 300,000 tong sehari itu, akan membantu meningkatkan kapasiti penapisan gas, bahan api dan diesel negara. 

Keluasannya mengatasi gabungan Kompleks Petrokimia Bersepadu Kerteh dan Gebeng di Kuantan, manakala kemampuan penapisannya melebihi gabungan kapasiti kilang penapis sedia ada Petronas di Melaka dan Kerteh. Bayangkan manfaatnya kepada ekonomi terutama dalam menghasilkan rangkaian industri dan perniagaan sampingan apabila beroperasi 2016 nanti. 

Bagi kerja berkemahiran tinggi saja, ia menawarkan 4,000 peluang pekerjaan. Barangkali inilah yang ditakuti pembangkang. Bagi mereka, apa saja projek yang membuktikan kerajaan terus mengotakan janjinya untuk memakmurkan rakyat dan negara, mesti ditentang habis-habisan. 

Bantahan bertemakan "Himpunan Hijau Lestari Selamatkan Pengerang" semalam, walaupun dianjurkan Himpunan Hijau (NGO yang menganjurkan bantahan Lynas dan Bukit Koman), turut menjadi medan pidato beberapa pemimpin DAP, PKR dan PAS. Antaranya ialah Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau; Ketua PKR Johor, Datuk Dr Chua Jui Meng; Suruhanjaya PAS negeri, Mahfodz Mohamed dan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub. Turut hadir ialah ahli jawatankuasa bertindak Bersih, Wong Chin Huat; Pengerusi Himpunan Bukit Koman, Wong Kim Hoong; dan ahli jawatankuasa Himpunan Hijau Kuantan, Clement Gan. 

Bantahan bermotifkan politik 

Melihat senarai nama di atas, tidak syak lagi bantahan terhadap projek RAPID memang semata-mata bermotifkan politik yang bertopengkan alam sekitar dan kononnya mahu menjaga kepentingan dan masa depan rakyat kawasan itu. Anehnya, sebelum ini tiada seorang pun pemimpin pembangkang atau pejuang alam sekitar itu mengambil tahu kehidupan rakyat kawasan itu. Sebelum FELDA membuka tanah rancangan di daerah itu kira-kira 30 tahun lalu, kebanyakan penduduknya yang terdiri daripada petani dan nelayan, hidup di bawah paras kemiskinan. 

Memang setiap projek besar seperti RAPID menghadapi masalah dengan segelintir penduduk seperti pengambilan tanah, pampasan, pengalihan kubur serta beberapa pemindahan kemudahan awam lain seperti sekolah dan rumah ibadat. Bagaimanapun ini memang sudah ditangani oleh pihak yang berkepentingan seperti kerajaan negeri dan Petronas. 

Pihak berkuasa juga sudah memberi penjelasan dan mengadakan dialog dengan penduduk. Malah, projek yang membabitkan hanya 4,000 penduduk itu, sudah mendapat kelulusan Kesan Penilaian Alam Sekitar (EIA). Laporan EIA terperinci disediakan jururunding berdaftar dengan Jabatan Alam Sekitar bagi cadangan projek itu, diluluskan pada 27 Ogos lalu selepas ia memenuhi kehendak Seksyen 34A (2) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. 

Kita melihat bantahan anjuran Himpunan Hijau di Pengerang tidak lebih daripada kempen pembangkang, dengan bantuan NGO yang menyokong mereka, untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang. Isu memainkan peranan penting dalam mana-mana pilihan raya. 

Malangnya, pembangkang bukan saja ketandusan isu untuk menimbulkan kebencian rakyat kepada kerajaan, malah menghadapi banyak masalah dalaman yang menghakis kepercayaan rakyat. Bantahan projek RAPID adalah cubaan terbaru memesong perhatian rakyat daripada melihat kejayaan kerajaan dan menilai kelemahan pembangkang.

 

DAP tidak setuju PKR senaraikan nama dalam ‘kabinet bayangan’

Posted: 30 Sep 2012 02:59 PM PDT

Tan dipetik dari Sinar Harian Online hari ini berkata tindakan itu sebagai langkah salah dan tidak sepatutnya dilakukan kerana fokus sebenar ialah kemenangan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

"Tetapi pilihan raya belum berlangsung sudah memilih calon bagi jawatan tertentu adalah khayalan semata-mata," kata Dr Tan.

Dua hari lalu, akhbar tersebut mengeluarkan laporan seramai 20 pemimpin PKR akan dilantik di kabinet jika Pakatan Rakyat (PR) berjaya menakluk Putrajaya dalam PRU nanti.

Dalam maklum balas kepada The Malaysian Insider, Dr Tan mengesahkan berkata perkara tersebut tidak pernah dibangkitkan dalam mesyuarat PR dan menegaskan keputusan muktamad hanya boleh dibuat selepas menang PRU.

"Saya tidak tahu siapa yang meletakkan senarai tersebut. Ia tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat PR. Walaupun isu ini sering dibangkitkan, hanya selepas pilihan raya umum baru boleh disahkan siapa yang akan dilantik sebagai anggota kabinet. Terdapat pemimpin yang berkebolehan untuk membentuk kabinet," katanya.

Menurut laporan Sinar lagi, ketua penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata sebahagian kecil pimpinan kanan dalam parti akan mengisi jawatan kabinet memandangkan perkara tersebut sudah menjadi tradisi dalam kepimpinan politik tanahair.

"Secara tradisi pimpinan kanan iaitu peringkat presiden sehingga pengurusan parti merangkumi timbalan, lima naib presiden, setiausaha, bendahari, ketua penerangan, pengarah pilihan raya, pengarah strategik, pengarah komunikasi, ahli majlis pimpinan.

"Sebahagiannya sudah tentu berada dalam senarai mereka yang biasanya akan berada dalam jemaah menteri," katanya pada majlis  yang diadakan di Shah Alam Convention Centre, Sabtu lalu.

Dr Tan juga mencabar PKR untuk memenangi PRU terlebih dahulu sebelum mengumumkan senarai wakil mereka dalam kabinet bagi mengelakkan sebarang perselisihan faham.

"PKR mesti memenangi dahulu kerusi dalam kawasan barulah boleh menentukan siapa yang akan menyandang jawatan dalam kementerian,' tambah Tan lagi.

Gesaan menamakan barisan "kabinet bayangan" menjadi modal yang sering digunakan oleh Barisan Nasional (BN) terutamanya dalam mempersoalkan kebolehan PR mengguruskan sesebuah kerajaan memandangkan mereka tidak berupaya menyelesaikan masalah tersebut.

Setiausaha Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamad baru-baru ini mencabar kepimpinan PKR dan rakan-rakan PR menamakan kabinet bayangan mereka sambil menuduh PR cuba melarikan diri daripada menjawab persoalan tersebut.

''Jangan asyik berselindung di bawah permainan politik retorik,'' kata ahli parlimen Sepang itu.

 

Anwar naiki jet ‘haram’, Azmin selar Tian Chua

Posted: 26 Sep 2012 02:23 PM PDT

"Adalah salah untuk menaiki jet yang didaftarkan milik rakyat AS di Malaysia.

"Hanya pemilik jet berkenaan yang boleh menggunakan jet tersebut disini," lapor akhbar NST yang memetik dari sumber dari pihak berkuasa penerbangan negara.

Baru-baru ini, blog-blog pro Umno mendedahkan Anwar bersama pemimpin DAP dan PAS menaiki jet peribadi mewah untuk ke Labuan, Sabah sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September lalu.

Gambar-gambar di dalam jet tersebut mereka perolehi dengan mudah melalui laman Twitter naib presiden PKR, Tian Chua.

Semalam media melaporkan syarikat tempatan Tjets Sdn Bhd telah mengaturkan urusan penyewaan jet peribadi untuk digunakan oleh pemimpin pembangkang bagi menyambut Hari Malaysia di Labuan.

"Kemungkinan besar rakyat AS yang memiliki jet tersebut membenarkan Anwar untuk menggunakan jet tersebut," lapor NST.

Sementara itu, timbalan presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mengatakan Tian Chua perlu menyemak fakta sebelum mengeluarkan kenyataan.

Naib presiden PKR itu dilaporkan berkata harga sewa jet peribadi murah walaupun Anwar sebelum ini mengatakan jet tersebut oleh seorang teman.

"Tian Chua harus kekal dengan maklumat tepat, yang dibuat oleh Anwar," kata Azmin seperti dilapor NST.

 

Bantahan terhadap Zakir: MIC tidak matang

Posted: 26 Sep 2012 01:49 PM PDT

"Kedatangan beliau ke Malaysia telah disalah tafsirkan dan ditokok tambah dengan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas.

"Beliau tidak pernah memaki atau memburukkan agama lain.  Sejajar dengan itu sungguh malang bagi sebuah parti yang besar seperti MIC menuduhnya sebegini," kata Pengerusi IMIM, Sabarudin Abdul Rahman di dalam satu surat kepada presiden MIC, Datuk G Palanivel pada hari Selasa.

Sabarudin turut meminta MIC berhenti menggunakan media sebagai saluran untuk menyekat kedatangan Zakir.

Pada hari Isnin, Ketua Pemuda MIC, T Mohan mengumumkan bahawa pergerakannya akan meminta kerajaan menasihatkan Zakir agar tidak menghina agama – agama selain Islam, terutamanya termasuk agama Hindu.

"Kami mahu pihak penganjur memberi jaminan Zakir tidak akan menyentuh sensitiviti agama lain," kata Mohan kepada media.

Zakir singgung masyarakat Hindu

Berita itu telah disiarkan di dalam slot berita Tamil dua hari lalu.

Pengumuman tersebut dibuat Mohan ekoran daripada laporan media bahawa Zakir menyinggung sensitiviti masyarakat Hindu di India yang sembahyang semasa perayaan  Vinayagar Chathurti pada minggu lepas.

Penganjur ceramah Zakir, Saba Islamic Media merancang untuk menengahkan Zakir di empat lokasi. Ceramah pertama akan berlangsung di Dataran Bandaraya Johor Bahru esok dan yang terakhir di Pusat Dagangan Dunia Putra pada 7 Oktober.

Masyarakat bukan Islam turut dijemput menghadiri sesi ceramah tersebut.

Dalam surat sama, Sabarudin menyatakan kehadiran masyarakat bukan Islam di dalam ceramah tersebut adalah di atas kerelaan mereka sendiri.

"Kedatangan bukan Islam ke acara ini juga bukan atas paksaan atau disuruh tetapi adalah atas kerelaan mereka sendiri.

"Kedatangan mereka dialu-alukan sebagai pemerhati dan bertanya soalan-soalan yang menjadi kemusykilan mereka selama ini," kata Sabarudin.

Ketua IMIM turut menegaskan bahawa masyarakat bukan Islam tidak dipaksa untuk menerima jawapan Zakir secara bulat.

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved