Khamis, 18 Oktober 2012

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Hasan Ali tiada kapasiti desak Nik Aziz letak jawatan, kata PAS

Posted: 15 Oct 2012 02:31 PM PDT

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menegaskan, Hasan (gambar) tiada hubung kait dengan PAS dan menggesa beliau agar "berdiam diri" daripada mencampuri urusan dalam parti.

"Dia tiada hubung kait dengan parti ... lebih baik dia diam sahaja.

"Dia umpama bekas menantu, yang minta bekas mertua untuk meletak jawatan sebagai mertua, tidak masuk akal langsung," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu kepada The Malaysian Insider.

Senada dengan Mahfuz, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man turut menegaskan Hasan tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana beliau bukan lagi ahli PAS.

"Urusan melantik Datuk Dr Haron Din, sebagai Mursyidul Am perlu di bawa ke peringkat Majlis Syura.

"Hasan tiada kapasiti, dia bukan ahli PAS," kata Pesuruhjaya PAS Pahang itu lagi.

Sebelum ini presiden Jalur Tiga (Jati) itu meminta Nik Aziz  melepaskan jawatannya sebagai Mursyidul Am PAS, kerana mengeluarkan kenyataan parti DAP tidak pernah menggganggu perjuangan PAS dan akan membantu parti Islam itu untuk menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

Hasan menegaskan, kenyataan seumpama itu amat keterlaluan dan akan memberikan peluang kepada DAP untuk terus menyerang dan menjadikan mereka lebih ganas menghentam dasar Islam, yang diperjuangkan PAS.

Beliau berkata sudah tiba masanya jawatan itu diserahkan kepada Timbalannya, Datuk Dr Haron Din, yang padanya mempunyai kemampuan dan kewibawaan yang setara dengan Nik Aziz.

Hasan yang juga Adun Gombak Setia berpandangan kenyataan Nik Aziz itu menghiris hati dan perasaan ahli dan penyokong PAS yang sudah tidak sabar dengan penghinaan demi penghinaan DAP terhadap agama Islam.

 

Umno menikus bila berdepan MCA

Posted: 15 Oct 2012 01:36 PM PDT

Menurut Nasrudin, pelbagai kenyataan dikeluarkan oleh pemimpin MCA yang secara terang-terangan menolak pelaksanaan hudud di negara ini.

Bagaimanapun, Umno yang pernah dituduh hilang akal juga didakwa gagal mengambil sebarang tindakan berkesan ke atas MCA dengan mengeluarkan kenyataan yang biadap terhadap Islam dan para penganutnya.

"Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek pada 23 September 2011 pernah menegaskan di hadapan para wartawan, jika Umno melaksanakan hudud, MCA akan keluar Barisan Nasional.

Ekoran ugutan keras MCA itu, sehingga kini Umno terpaksa menikus demi kepentingan survival politik mereka.

"Pada 4 December 2011 , selepas merasmikan Forum mengenai hudud di Wisma MCA, sekali lagi Chua menegaskan bahawa Malaysia akan kehilangan pelabur dan negara akan binasa jika hudud dilaksanakan.

Malah beliau juga menekankan bahawa hudud tidak adil kepada semua khasnya kaum wanita disamping menyebut bahawa undang – undang Islam adalah kejam.

Menambah "kecut"nya Umno berdepan MCA ialah apabila Presidennya menulis dalam twitternya pada 1 Julai 2012 (sebagai respon) kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah yang mencadangkan pelaksanaan hudud di Johor bahawa:

"Adun Umno Johor itu tentu sudah kehabisan idea dan hilang akal untuk mencadangkan hudud di Johor meliputi bukan Islam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut merujuk kepada kenyataan Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha yang menempelak gara-gara beliau menegaskan bahawa parti itu adalah anti Islam.

Menyifatkan Kong sebagai berpura-pura apabila pemimpin itu mengaitkan DAP sebagai parti yang anti Islam.

"Kenapa pula Setiausaha Agung MCA bertanya demikian? Bukankah pemimpin-pemimpin MCA, terutamanya di dalam media milik mereka The Star, secara konsisten menegaskan kepada masyarakat non-Muslim bahawa undi untuk DAP adalah undi untuk hudud?

"Ertinya MCA seperti mahu mengesahkan bahawa DAP menyokong hudud. Maka apa masalah DAP bersama PAS dalam Pakatan Rakyat  dan apa perlunya PAS menganggap DAP anti Islam pula. MCA yang sangat ketara sikap anti Islamnya.

"Pemimpin MCA juga selalu mengulangi 'statement' bahawa "DAP  tunduk kepada PAS," katanya.

 

Suaram didakwa pernah gugat kestabilan Indonesia

Posted: 14 Oct 2012 02:55 PM PDT

Menurut beliau, pada lewat 90-an badan bukan kerajaan (NGO) itu pernah mengatur beberapa program, bengkel dan mesyuarat meminta campur tangan dunia luar terutama dari Barat dalam isu Timor Timur ini.

"Campur tangan Suaram tentang isu Timor Timur dalam Wilayah Indonesia telah menyebabkan Indonesia kehilangan wilayah tersebut dan kini telah wujud sebuah Negara Kristian – Timor Leste.

"Jangan pandang remeh keupayaan Suaram dalam apa-apa isu yang melibatkan keselamatan negara ini. Pemerintah wajar tegas," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Zamil turut mendakwa, pada ketika itu Setiausaha Pemuda Umno Datuk Saifuddin Nasution Ismail (kini Setiausaha Agung PKR) bersama beberapa Exco Pemuda Umno pernah ceroboh masuk dalam satu program isu Timor Timur anjuran Suaram di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Katanya, tindakan itu dibuat kerana marahkan Suaram yang cuba menggugat hubungan baik Malaysia-Indonesia, namun Saifuddin ditangkap kerana menceroboh.

"Individu yang ada dalam program kacau Indonesia ketika itu kini ada dalam Parlimen Malaysia dan ada di Dewan Negeri terutama di Selangor dan ada yang pegang jawatan dalam PKR.

"Mereka ini ada dalam parti yang di pimpin oleh (Ketua Pembangkang Datuk Seri) Anwar Ibrahim yang sebahagian kecil rakyat Indonesia puja ini.

"Hairan dalam isu ini sebab penderitaan umat Islam di Mindanau (Filipina), Rohingya (Myanmar),  Selatan Thailand dan di Gaza (Palestin) tidak pulak ada dalam agenda Suaram," katanya.

Sehubungan itu, beliau mencabar Saifuddin supaya menafikan dakwaan ini.

Beliau berkata, beliau tidak terkejut jika fail-fail yang pemerintah inginkan dari Suaram kini boleh berada di Timor Leste.

 

Hala tuju PAS semakin bercelaru

Posted: 14 Oct 2012 01:45 PM PDT

Beberapa pemimpin PAS secara tiba-tiba memberikan reaksi yang cukup keras terhadap kenyataan bekas Timbalan Presiden parti itu, Nasharudin Mat Isa yang menyentuh tentang agenda DAP dan membidas pemimpin-pemimpin Islam yang sanggup mengetepikan kepentingan agama demi kuasa.

Apa yang menghairankan ketika menyampaikan hujahnya dalam Seminar Dakwah Nasional baru-baru ini, Ahli Parlimen Bachok itu langsung tidak menujukan kenyataan beliau kepada pemimpin Umno atau PAS.

Sebaliknya apa yang beliau bentangkan adalah tasawwur umum tentang konsep dakwah dan siasah serta beberapa kemelut yang sedang dihadapi oleh umat Islam di Malaysia dalam hal yang berkaitan dengan politik.

Namun kenyataan Nasharudin tidak dilihat sebagai satu pandangan daripada seorang pendakwah yang bertanggungjawab untuk mempertahankan agama Islam dengan apa cara sekali pun, sebaliknya sesetengah pemimpin PAS melihat dari sudut politik semata-mata.

Mereka bimbang kenyataan Nasharudin akan menyebabkan DAP terasa dan ini sekali gus boleh menjejaskan impian politik PAS untuk memburu kuasa bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sebab itulah kita saksikan tidak ramai pemimpin-pemimpin PAS menyokong kenyataan Timbalan Mursyidul Am parti, Datuk Harun Din yang memberi pandangan berhubung tindakan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan buku yang ditulis oleh bekas Ahli Parlimen India berfahaman liberal, Mobashar Jawed Akbar.

Mobashar secara terbuka meremehkan peranan Islam dalam pembentukan sesebuah negara sedangkan inilah perjuangan PAS, namun pemimpin-pemimpin PAS masih dilihat sanggup bertolak ansur kerana bimbang menyinggung perasaan Anwar kalau mereka mengkritik Mobashar.

Begitu juga dalam isu kenyataan Nasharudin, biar pun beliau tidak menyebut mana-mana parti tetapi ada pemimpin PAS yang mengulas panjang lebar untuk mempertegaskan PAS tidak pernah tergelincir daripada landasan perjuangannya.

Menuduh

Sebaliknya pemimpin itu menyifatkan orang yang menuduh PAS tergelincir sekarang sedang menjerit-jerit untuk mendapatkan pertolongan daripada Umno.

Dalam hujahnya, pemimpin berkenaan turut menyentuh tiga fasal dalam Perlembagaan termasuk fasal 3 yang menyatakan dasar PAS ialah Islam.

Hujah pemimpin berkenaan, Islam yang diperjuangkan oleh PAS ialah Islam yang lengkap, merangkumi semua perkara sama ada ibadah, politik, ekonomi, akhlak. Dalam erti kata lain yang merangkumi urusan hidup dan mati.

Beliau juga menyentuh fasal 5 (1) berkaitan tujuan PAS untuk memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredaan Allah.

Malahan beliau juga merujuk kepada fasal 7 yang menyatakan sumber rujukan tertinggi yang menjadi hukum dan kekuasaan PAS ialah al-Quran, Sunnah, Ijmak dan Qias.

Pemimpin berkenaan cuba mempertegaskan bahawa PAS tidak menggadaikan prinsipnya dalam memburu kuasa dan menganggap tuduhan PAS mengutamakan kuasa sehingga mengenepikan Islam suatu tuduhan yang tidak betul.

''Memang betul dalam Perlembagaan PAS mencatatkan itu semua, tetapi dari segi realitinya apakah parti tersebut benar-benar mematuhi semua yang termaktub dalam perlembagaannya.

''Kita bukan bercakap soal Perlembagaan tetapi realiti dari segi pelaksanaan dan perjalanan parti, itu yang sepatutnya difahami pemimpin berkenaan,'' kata seorang pemimpin muda PAS ketika dihubungi penulis.

Persoalannya bagaimana pula dengan kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menegaskan, PAS akan terus bekerjasama dengan DAP untuk mencapai kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang biar pun dibantah oleh ahli-ahli di peringkat umbi. Tidakkah ini membuktikan memburu kuasa menjadi matlamat utama PAS?

Kalau benar PAS memerlukan kuasa untuk menghayati Islam yang syumul seperti yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW, Nik Abdul Aziz tidak akan mempertahankan kerjasama dengan DAP kerana semua orang tahu bagaimana gangguan DAP terhadap perjuangan Islam PAS.

Oleh itu tidak perlulah mana-mana pemimpin PAS hendak berdolak-dalih untuk "menghalalkan" kerjasama berkenaan dan sekali gus berusaha menutup keghairahan parti itu memburu kuasa sehingga sanggup menggadaikan prinsip perjuangan sendiri.

Jika PAS memegang teguh prinsip perjuangan Islamnya, kenapakah PAS masih rela bersekongkol dengan DAP yang terang-terang menolak hukum hudud dan berpayung di bawah pemimpin-pemimpin PKR yang ada antara mereka menyokong fahaman liberalisme.

Mengaburi

Tidak usahlah hendak mengaburi ahli di peringkat akar umbi dan penyokong parti itu dengan menyatakan segala keputusan yang PAS hendak laksanakan seperti tahaluf siyasi diputus dan dikaji oleh Majlis Syura yang mampu menekuni segala permasalahan hukum berdasarkan sumber al-Quran, hadis, ijmak dan qias serta segala keputusan yang dibuat berdasarkan kepada dosa dan pahala, syurga dan neraka.

Kalau itu hujahnya, kenapakah masih mahu bekerjasama dengan DAP? Apakah kalau betul pakatan pembangkang menang dalam pilihan raya nanti, PAS akan diberi kuasa sebebas-bebasnya untuk melaksanakan pemerintahan Islam?

Penulis akui dalam PAS, kelompok yang benar-benar ikhlas untuk meneruskan perjuangan Islam dalam Pas hanyalah golongan ulama, tetapi semua orang tahu sejauh mana kekuatan golongan berkenaan untuk bersuara.

Memang benar tahaluf siyasi yang dilakukan oleh PAS dengan PKR dan DAP diputuskan oleh Majlis Syura Ulama tetapi sekarang sudah jelas kerjasama berkenaan lebih banyak merugikan parti itu.

Jika mereka ikhlas hendak memastikan PAS terus memperjuangkan Islam, mereka sepatutnya menggesa majlis itu mengkaji semula hubungan dengan DAP dan PKR supaya cara berpolitik PAS adalah berlandaskan kepada dosa dan pahala, syurga dan neraka.

Kalau itu mereka tidak mahu lakukan jelaslah, PAS sememangnya sedang ghairah memburu kuasa bersama-sama DAP dan PKR sehingga sanggup menggadaikan segala-galanya hatta prinsip perjuangan sendiri.

Tidak salah untuk PAS berkawan dengan sesiapa sahaja tetapi biarlah hubungan itu mendatangkan keuntungan bukan sahaja kepada parti itu tetapi juga umat Islam secara keseluruhannya.

Pemimpin-pemimpin PAS sudah pasti memahami sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari sahabat Abu Musa. Baginda bersabda:

"Permisalan teman yang baik dan teman yang jelek seperti (berteman) dengan pembawa minyak wangi dan tukang pandai besi. Dan adapun (berteman) dengan pembawa minyak wangi kemungkinan dia akan memberimu, kemungkinan engkau membelinya, atau kemungkinan engkau mencium bau yang harum. Dan (berteman) dengan tukang pandai besi kemungkinan dia akan membakar pakaianmu atau engkau mendapatkan bau yang tidak enak."

Dan dalam soal ini, semua orang tahu siapa kawan karib PAS dan apa sudah terjadi dengan parti itu.

 

PRU13: Mahathir ada ‘pengaruh besar’?

Posted: 13 Oct 2012 02:40 PM PDT

Karisma dan pencapaian mantap mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad antara faktor besar yang bakal menyumbang kepada kemenangan besar Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menurut Pengarah Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad, Universiti Utara Malaysia, Profesor Dr Abdul Rahman Abdul Aziz, meskipun pembabitan Dr Mahathir hanya secara tidak langsung iaitu menerusi komen-komen beliau terhadap dasar 1Malaysia yang dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ia membantu memberi impak besar dalam siri kempen kerajaan dalam PRU.

"Tun adalah seorang pemimpin dunia. Di kalangan birokrat, mereka ini ada yang berbelah bahagi. Tetapi apabila Tun beri sokongan kepada Najib, mereka juga telah mengubah haluan.

"Beliau merupakan seorang ikon. Ketika beliau menjadi Perdana Menteri, beliau tidak ada pesaing," ujar beliau.

Berhubung persoalan apakah yang mendorong pemimpin tersohor itu kerap mengeluarkan kenyataan positif dan pujian ke atas kepimpinan Najib, Rahman berkata, "Mahathir nampak ada orang yang menyambung warisannya."

Dr Mahathir merupakan Perdana Menteri keempat sebelum digantikan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi selepas beliau melepaskan semua jawatannya pada 2003.

Selain setuju dengan strategi politik Najib menggunakan tempoh mandat yang ada, Dr Mahathir juga memuji  keterbukaan pentadbiran Najib.

"Saya mesti mengakui bahawa Najib dan pentadbirannya sangat terbuka. Apabila memerlukan konsultasi daripada sesiapa, mereka akan berbuat demikian, dan saya juga pernah memberikan pendapat beberapa kali, misalnya mengenai proses transformasi," beliau dipetik sebagai berkata.

Menurut Rahman, latar belakang politik, dasar-dasar baru yang diperkenalkan di samping sokongan terbuka Dr Mahathir terhadap Najib, yang juga Ahli Parlimen Pekan, akan berjaya meyakinkan rakyat dari segenap aspek.

"Najib harus kekal. Dengan itu, beliau akan menang besar dalam PRU13.

"Beliau sudah ada tapak yang kukuh. Kalau beliau teruskan apa yang beliau buat sekarang, pembangkang tak boleh banyak cakap," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Ujarnya, jika Dr Mahathir sebelum ini tidak mempunyai masalah untuk memanggil pilihan raya pada bila-bila masa kerana kredibiliti dan kejayaan pemimpin itu 'menawan impian rakyat', Najib juga sedang menuju ke arah itu.

Sementara itu, Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, UUM, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani mengakui pengaruh kuat Dr Mahathir bakal memberi sumbangan besar kepada kempen pilihan raya kerajaan.

"Pengaruh beliau kuat tetapi golongan muda pada hari ini memandang banyak isu meskipun banyak sumbangan Mahathir. Golongan muda sekarang mahu melihat benda baru. Bukan lagi trend mengenang jasa," katanya.

Namun menurut Azizuddin, beliau percaya cakap-cakap Dr Mahathir mengenai pilihan raya kebelakangan ini adalah modal besar kerajaan untuk meraih kembali sokongan rakyat setelah gagal pada 2008.

"Pilihan raya kali ini disifatkan paling kritikal. Jadi inilah masa yang paling sesuai untuk gunakan apa jua cara yang ada," ujar beliau.

 

Siapa penyumbang RM40 juta untuk Umno Sabah

Posted: 13 Oct 2012 02:23 PM PDT

Ketika ditanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) malam tadi, Najib mengelak dari mendedahkan siapa penyumbang wang RM40 juta itu.

Bagi Mahfuz, antara persoalan utama berhubung sumbangan RM40 juta itu bukan sahaja siapa penyumbangnya tetapi mengapa ia disumbangkan.

"Tidak ada siapa percaya si penyumbang memberikan sumbangan kepada parti pemerintah dengan percuma begitu sahaja.

"Kalau penyumbangnya orang berniaga, semua tindakan perniagaan dibuat berdasarkan untung dan rugi sebab ia bukan badan kebajikan," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu sambil mempersoalkan keuntungan apa yang diharapkan oleh si peniaga tersebut dalam memberiikan sumbangan sebesar itu.

Sebab itulah, kata Mahfuz, isu utama berhubung sumbangan RM40 juta itu ialah kedudukan pihak yang menerima sumbangan dan pihak yang memberikan sumbangan.

"Yang menerima sumbangan ialah parti pemerintah dan tidak ada siapa pun yang percaya ia diberikan tanpa sebarang kepentingan," kata beliau.

Apa yang berlaku itu juga membuktikan penguatkuasaaan undang-undang di negara ini dibuat secara double standard dan berpilih-pilih, kata Mahfuz.

"Kalau pihak yang kerajaan Umno BN tidak suka, sudah pasti dibongkar dan diburu habis-habisan seperti yang berlaku kepada Suaram sekarang.

"Umno bukan sahaja terima wang dari luar negara malah RM40 juta itu diseludup, tetapi menteri kata dalam Parlimen kononnya tidak ada unsur rasuah," katanya.

Dalam jawapannya kepada soalan Ahli Parlimen Batu Tian Chua, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, "tidak ada unsur rasuah dibuktikan" di dalam kes itu.

Mahfuz juga mengecam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menimbulkan kecurigaan besar berhubung siasatannya terhadap penyeludupan wang RM40 juta itu.

Ketua Menteri Sabah yang juga Ketua Umno negeri, Datuk Seri Musa Aman sebelum ini menafikan tuduhan yang mengaitkan dirinya dengan hartawan balak, Michael Chia yang pernah ditahan pada 2008 kerana cuba menyeludup wang haram berjumlah RM40 juta.

Bagaimanapun, SPRM membersihkan dakwaan rasuah terhadap Musa dan Chia.

 

Anwar suka menipu rakyat, kata Fadillah

Posted: 13 Oct 2012 02:15 PM PDT

Beliau menjelaskan ini terbukti dengan dakwaan Anwar yang beliau (Fadillah) tidak lama lagi akan menyertai Pakatan Rakyat.

"Nampak sangatlah dia tidak ada idea lain sehinggakan saya juga turut diheret sama dalam permainannya," katanya selepas membuat lawatan ke rumah Haziman Leman di Taman Sri Wangi Matang.

Fadillah percaya tindakan Anwar itu akibat beliau sudah tersepit dengan keadaan janji yang gagal dikotakannya sejak pilihan raya umum 2008.

Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu, yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata orang tidak akan hairan dengan permainan politik Anwar itu kerana menurut rekod "menipu itu adalah kebiasaan" bagi beliau.

"Dari janji 16 September, dia tidak henti-henti untuk meracuni fikiran orang sehinggakan ada pula pusingan kedua sekarang," tegasnya.

Fadillah memberitahu, orang ramai tidak usah hendak mempercayai kata-kata Ketua Pembangkang itu kerana ia adalah cubaan untuk memecah-belahkan perpaduan Barisan Nasional.

"Rakyat kita bijak dan tidak akan mudah tertipu dengan muslihat mereka. Anwar sebenarnya ini sudah terdesak dan tidak laku lagi di kalangan orang ramai," katanya.

 

Kerjasama dalam Pakatan berpaksi Tahaluf Siyasi

Posted: 13 Oct 2012 02:12 PM PDT

"Pakatan Rakyat adalah satu pemuafakatan politik dalam konsep Tahaluf Siyasi yang diluluskan oleh Majlis Syura Ulama dalam skop hukum Feqah politik Islam," kata beliau dalam blog rasminya.

Menurut Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang, PAS adalah Parti Islam yang berpaksi dan berpandukan hukum tertinggi mengikut undang -undang tubuhnya (Perlembagaan).

"Pelaksanaannya dikawal oleh Majlis Syura Ulama, sehingga boleh membatalkan segala keputusan dan langkah yang bertentangan  dengan ajaran Islam. Maka PAS tidak boleh disamakan dengan Umno," tegas beliau.

Ujarnya, "begitu juga hubungan PAS dengan DAP dan kalangan bukan Islam, sangat berbeza dengan hubungan di antara komponen Barisan Nasional (BN) yang tidak berdasar dan berkonsepkan Islam daripada Al Quran, As-Sunnah, Ijma' Ulama dan Qias.

Katanya, PAS bekerjasama dalam titik persamaan menentang kezaliman politik dan pentadbiran negara yang dialami oleh seluruh rakyat.

"PAS bekerjasama dalam menentang amalan demokrasi yang tempang, pentadbiran negara yang tempang, pengurusan ekonomi yang penuh dengan penyelewengan, mesyarakat yang jahil dengan kelemahan pendidikan dan undang-undang yang tidak ada kehebatan, hingga menyebabkan krisis moral yang parah dengan kebanjiran maksiat dan jenayah," tambahnya.

Umno yang mewakili Melayu Islam dalam BN mencalarkan Islam dan merosakkan imejnya. Sangat malang bagi sesiapa yang tidak tahumembezakan di antara Islam dan Melayu, seperti Arab yang tidak membezakannya dengan Islam.

READ MORE HERE

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved