Rabu, 10 Oktober 2012

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Biro Politik PKR akan bincang kedudukan Faekah malam ini

Posted: 09 Oct 2012 04:52 PM PDT

Ekoran desakan daripada beberapa pemimpin PKR Selangor dan juga biro politik negeri baru-baru ini agar Faekah dipecat dari jawatannya berikutan komen kepada media menjawab kenyataan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, perkara ini terpaksa dibincangkan untuk meredakan keadaan.

Azmin Ali sebelum itu menyentuh kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mungkin tidak lagi menjadi menteri besar Selangor jika Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih Putrajaya selepas pilihan raya umum (PRU) ke-13.

Sinar Harian Online melaporkan sumber memberitahu surat meminta agar Faekah diambil tindakan telah dihantar kepada Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, semalam.

"Ya, surat sudah dihantar kepada lembaga disiplin menerusi Setiausaha Agung, jadi saya percaya bahawa pejabat Setiausaha Agung akan membawa perkara ini kepada Biro Politik untuk memutuskan sama ada lembaga disiplin perlu mengadakan siasatan atau sebaliknya.

"Kandungan surat ini meminta agar Faekah diambil tindakan disiplin... bentuk tindakan kita serahkan kepada pusat, walaupun ada yang meminta beliau dipecat (sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar)," kata sumber dipetik dari Sinar Harian Online.

Biro Politik dianggotai oleh pemimpin-pemimpin kanan PKR dan Datuk Seri Anwar Ibrahim juga kebiasaannya akan hadir.

Dalam sidang media baru-baru ini, Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, kepimpinan parti itu menyerahkan sepenuhnya isu gesaan Faekah dipecat kepada Jawatankuasa Disiplin PKR  untuk dipertimbangkan.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut berhubung pertikaian itu termasuk desakan yang dibuat Pengarah Pilihan Raya PKR Selangor, Borhan Aman Shah pada sidang media kelmarin.

"Saya tiada komen lanjut kerana perkara ini telah diusulkan kepada pihak terlibat untuk diserahkan kepada Jawatankuasa Disiplin," katanya.

Malah semalam, Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor berkata, beliau menyerahkan kepada Setiausaha Agung parti berhubung dengan isu kedudukan Faekah.

Isu berkenaan dengan pemecatan Faekah telah lama dibangkitkan akan tetapi isu tersebut reda seketika.

Namun begitu baru-baru ini Faekah kembali diserang akibat daripada tindakannya mengkritik Azmin secara terbuka.

 

Presiden Gaps, Hamidzun Khairuddin, didakwa salah laku

Posted: 09 Oct 2012 03:44 PM PDT

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Selangor telah menemui beberapa dokumen yang menyatakan bahawa Hamidzun Khairuddin ini pernah melakukan penyelewengan ketika menjadi peguam kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Penyelaras Bersama SAMM Selangor Azhar Achil mendakwa penyelewengan tersebut telah menyebabkan beliau disenarai hitam oleh PKNS.

"Walaupun kononnya Hamidzun telah membayar semula wang selepas itu setelah dipaksa tetapi dari segi profesionalisme guaman ia tetap merupakan suatu kesalahan," kata Azhar dalam satu kenyataan media.

Beliau selaku penyelaras SAMM Selangor membuat laporan polis di IPD Sabak Bernam semalam ke atas kewujudan dua dokumen yang menyatakan penyelewengan yang dilakukan Hamidzun.

Menurutnya, Hamidzun ialah rakan kongsi dalam syarikat peguam Zamri Ibrahim & Co. yang telah menyeleweng wang ketika menjadi panel peguam PKNS.

"Satu siasatan harus dilakukan dan jika benar perkara ini berlaku beliau seharusnya dilucutkan dari menjadi seorang peguam kerana jelas telah menipu dan dikhuatiri ramai lagi akan tertipu dengan gelaran peguamnya itu," kata Azhar.

 

‘Nasha jurucakap Umno dalam Pakatan’

Posted: 09 Oct 2012 03:28 PM PDT

Ketua DHPP, Hu Pang Chow berkata, sepatutnya ahli Parlimen Bachok itu menyertai Umno.

"Adakah kenyataan ini ada agenda tersembunyi? Kalau dia (Nasha) nak pertahankan Islam, nak tunjuk alim, dia sepatutnya dia perbetulkan orang Umno," kata Hu.

Nasharudin petang kelmarin dilaporkan berkata, dalam menghadapi PRU13 mengingatkan parti itu agar tidak mengutamakan kuasa semata-mata dan sehingga sanggup meletakkan prinsip Islam di tempat kedua.

Beliau yang juga ahli Majlis Syura PAS berkata, dalam konteks politik hari ini, masalah perpecahan umat sering dilupakan sedangkan ia adalah masalah utama yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Kata Nasharudin, beliau turut hairan mengapa usaha untuk membincangkan masalah umat Islam terutamanya melibatkan dua parti terbesar orang Melayu Islam iaitu parti Umno dan PAS sering dilihat 'taboo'.

Beliau berkata demikian pada seminar dakwah Islamiyyah sebagai tunggak kekuatan umah di PWTC, semalam.

Menang sendiri

Katanya lagi, kemenangan Islam terletak di tangan umatnya sendiri tanpa bantuan dari bukan Islam. PAS berada dalam Pakatan Rakyat (PR) yang turut dianggotai DAP.

Bagaimanapun, Hu menegaskan jika PAS bergabung dengan Umno ini bermakna parti Islam itu bersekongkol dengan penyalahguna kuasa, rasuah dan kezaliman yang dilakukan oleh Umno.

"Orang Melayu banyak yang miskin, terlibat dengan jenayah dan gejala sosial. Adakah Nasharuddin mahu PAS terbabit sama?" tanya Hu.

Dalam perkembangan lain, Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din  dilaporkan mempersoalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghadiri  pelancaran buku bertajuk Tinderbox: The Past and Future of Pakistan yang ditulis oleh bekas ahli Parlimen  India, Mobashar Jawed Akbar yang dikatakan pernah menghina Islam.Sementara bekas ahli Parlimen PAS Sik, Datuk Shahnon juga mempersoalkan hubungan PAS dengan DAP.

 

Adakah Azmin Ali yang memasang kamera pengintip di bilik Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim

Posted: 08 Oct 2012 08:07 PM PDT

Azmin yang sebelum ini dikaitkan dengan aksi 'jual beli aiskrim' di dalam tandas sudah diketahui umum telah lama bercita-cita untuk menjadi MB dan seringkali cuba mengganggu gugat kelancaran pentadbiran Khalid di negeri itu.

Malah pendedahan oleh MB Selangor itu berhubung penemuan sebuah kamera pengintip di balik tabir langsir dalam pejabatnya sebelum ini juga berkait rapat dengan usaha-usaha terancang dalam PKR untuk menjatuhkan Khalid bagi digantikan dengan Azmin.

Melihat pada hubungannya yang rapat dengan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim tidak sukar untuk kita fahami kenyataan terbaru Azmin ini tentunya sudah mendapat lampu hijau dari Anwar.

Mahu tidak mahu, Khalid sudah boleh menguburkan terus hasratnya menyambung khidmat sebagai MB untuk penggal kedua selepas PRU 13 nanti. Mungkin sementara menanti PRU 13 bermula secara rasmi, Khalid boleh memulakan tabiat seperti Anwar pula dengan berangan-angan untuk menjadi Menteri.

Dalam kenyataan kepada media itu juga, Azmin turut mengesahkan perkara tersebut telah dibincangkan oleh pemimpin tertinggi PR namun belum ada kata putus.

Ini bermakna, dikalangan ramai pemimpin PR sendiri kelihatannya lebih condong untuk meminggirkan Khalid dari jawatan MB walaupun seringkali bekas CEO Guthrie itu dipotretkan sebagai MB yang cemerlang khidmatnya.

Barangkali masing-masing juga sudah terlalu penat dengan pelbagai kontroversi yang melanda pentadbiran kerajaan negeri sejak Khalid menerajui Selangor, disebabkan itu spekulasi ini sengaja ditimbulkan.

Keterlanjuran Khalid dalam isu air dengan memfokuskan tumpuan pada perihal penyusunan semula pengurusan bekalan air sehingga mengambil langkah songsang menangguhkan loji Langat 2 dan PPAMPS juga dipercayai turut mempengaruhi pandangan ramai pemimpin PR untuk cenderung melucutnya dari jawatan MB.

Kasihan Khalid, belum pun penggal pertama sebagai MB berakhir, orang-orang kuat parti sudah ramai yang naik menyampah dengannya.

Apa paun, kenyataan Azmin itu jelas membayangkan PKR masih menyimpan sisa-sisa harapan yang negeri itu akan kekal dalam genggaman pakatan pembangkang sekalipun realiti semasa dan mood khalayak umum di Selangor adalah sebaliknya.

Tak salah kalau Azmin pun mahu turut berangan, apatah lagi sambil berilusi strategiknya kali ini akan membolehkannya ditabalkan sebagai MB baru Selangor, walau hakikatnya saat ini majoriti rakyat Selangor lebih berminat untuk mencampak terus semua pemimpin PR ke dalam longkang.

Dengan mengetepikan senario dan realiti semasa serta kecenderungan pengundi di Selangor tika ini, kita andaikan saja PR benar-benar masih diberi peluang memerintah Selangor, itu bermakna seorang MB baru pastinya akan dilantik datangnya dari salah satu parti dalam gabungan PR.

Jika itu terjadi, maksudnya bakal MB Selangor yang baru nanti tentulah seorang bekas pelakon video seks yang terbabit secara langsung melakukan urusan jual beli 'aiskrim' dalam tandas. Sangguhkah rakyat Selangor menerimanya?

 

Kerjasama Pas dan DAP bercanggah dengan kehendak Islam - Shahnon (with Haron Din video)

Posted: 08 Oct 2012 02:31 PM PDT

Beliau berkata apa yang dilakukan oleh PAS sekarang ialah hanya menuruti kehendak politik DAP dan pendekatan seumpama itu bercanggah dengan kehendak Islam kerana PAS sepatutnya memimpin dalam memperjuang Islam.

Shahnon yang juga anggota PAS seumur hidup berkata adalah sangat menyedihkan kerana kerjasama PAS dengan DAP itu bukan seperti yang diharapkan dan ia bercanggah dengan pendekatan yang diambil Rasulullah SAW ketika memerintah dan bekerjasama dengan golongan bukan beragama Islam.

"Sepatutnya DAP tertakluk kepada peraturan Islam kalau mereka hendak bekerjasama dengan PAS," katanya kepada Bernama Isnin.

Beliau yang juga bekas anggota Parlimen Sik berkata dasar PAS sekarang tersasar daripada perjuangan asalnya apabila terpaksa menuruti kehendak DAP.

DAP sebelum ini telah menyatakan tidak akan menyokong penubuhan negara Islam di negara ini seperti yang dimahukan PAS.

74OEaEqVjY8 

 

George Soros bukan sekutu kami, kata Pakatan Rakyat

Posted: 07 Oct 2012 05:48 PM PDT

Perkara itu sama sekali ditepis pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang yang menyifatkan Mahathir takut kepada Pakatan Rakyat.

"Dia paranoid," katanya ringkas kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Sementara itu, Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua berkata Pakatan sama sekali tidak mempunyai kaitan, malah tidak mengenali individu bernama Soros.

"Dia (Dr Mahathir) tidak lagi relevan dalam konflik ini kerana ia hanya kata-kata seseorang yang telah nyanyuk," katanya.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata, kenyataan Dr Mahathir itu hanya mencemarkan nama baiknya sendiri sebagai negarawan dimata rakyat.

Takut bayang-bayang

"Pakatan berpendirian tegas mengutuk tindakan kejam Yahudi ke atas rakyat Palestin. Jadi bagaimana beliau boleh kata sebaliknya pula," soalnya.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub pula menyifatkan Dr Mahathir seperti takut kepada bayang-bayang sendiri apabila menjalin persahabatan dengan Soros semasa menjadi Perdana Menteri dahulu.

"Negara kita tak menerima sebarang bentuk penjajahan asing dan kita sama sekali tak akan mengizinkan isu Soros berbangkit," katanya.

Manakala Ahli Parlimen DAP-Klang Charles Santiago berkata Dr Mahathir tidak telus mempertahankan kedaulatan negara daripada ancaman Yahudi apabila membenarkan Malaysia menandatangani Perjanjian Dagangan Antarabangsa (FTA).

Menurut Charles, dibawah perjanjian itu Malaysia  boleh diheret ke mahkamah antarabangsa oleh firma gergasi antarabangsa yang dikuasai Amerika dan Kesatuan Eropah (EU) jika wujud sebarang pelanggaran persefahaman yang dimeterai.

"Kalau Tun nak timbulkan pasal isu kedaulatan beliau sepatutnya menghalang negara daripada menandatangani FTA," katanya.

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved