Sabtu, 22 September 2012

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Guan Eng: DAP Kedah wajar dapat tambahan kerusi

Posted: 21 Sep 2012 03:15 PM PDT

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, DAP Pusat bersetuju dengan hasrat DAP Kedah yang mahu meletakkan calon di dua kerusi parlimen (Alor Setar dan Padang Serai) dan enam Dewan Undangan Negeri (Dun) membabitkan Kota Darul Aman, Bakar Bata, Derga, Bakar Arang, Gurun dan Lunas. 

"DAP tetap mahu tambahan kerusi untuk bertanding pada PRU13, ketika PRU12 kita hanya letak calon di Kota Darul Aman dan Derga. Jumlah ini amat kecil dan ia tidak boleh diterima untuk PRU13," katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Tahunan DAP Kedah, di Dewan Perhimpunan Cina Kedah, semalam. 

Bagaimana pun, Guan Eng berkata, jika agihan kerusi membabitkan DAP-PKR tidak mampu diselesaikan di peringkat negeri, perkara itu wajar diputuskan oleh Pusat untuk mengelak tercetus ketidakpuasan hati kedua-dua pihak. 

"Jika tidak boleh bincang lagi di peringkat negeri, ia tak perlu bincang. Biar Pusat buat keputusan muktamad dan kedua-dua pihak terima keputusan. Jangan bergaduh sesama sendiri, ia membuang masa, kita hanya mahu lawan BN sahaja, bukan dalam PR," katanya. 

Menurutnya, DAP Kedah diminta menyerahkan perkara itu kepada DAP Pusat untuk dibincangkan dalam Sekretariat Pakatan Rakyat (PR) sekali lagi, jika menemui jalan buntu. 

"Biar Pusat tentukan jika masih tidak dapat diselesaikan. Saya harap hasrat DAP Kedah diberi pertimbangan sewajarnya oleh rakan-rakan dalam pakatan untuk bergerak sebagai satu pasukan, dalam usaha mengekalkan kuasa di negeri ini," katanya. 

Guan Eng juga mengarahkan kedua-dua parti tidak lagi membuat kenyataan terbuka atau berbalas kenyataan dalam akhbar berhubung isu terbabit. 

"Kita tumpu pada gerak kerja parti sudahlah, biar Pusat putuskan. DAP juga mahu menyumbang lebih pada PR," katanya.

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved