Isnin, 24 September 2012

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Hasan Ali gesa PAS-Umno bersatu

Posted: 23 Sep 2012 01:49 PM PDT

"Logiknya PAS perlu menyertai Umno kerana Umno  lebih besar ahlinya  dan memerintah negara.

"Tak kira siapa masuk siapa…yang penting perpaduan dan penyatuan (orang Melayu)," kata beliau.

Beliau mengulas gesaan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin supaya PAS meninggalkan Pakatan Rakyat dan menyertai Umno.

Khairy yang juga ahli Parlimen Rembau berkata demikian ketika berucap dalam demonstrasi membantah filem 'Innocence of Muslims' Amerika Syarikat di Kampung Baru Kuala Lumpur Jumaat lalu.

Manakala PAS mengadakan demonstrasi serupa di Kedutaan Amerika Syarikat.

Khairy melihat persamaan Umno dan PAS dalam perjuangan ini menjadi titik tolak PAS lebih sesuai dengan Umno berbanding Pakatan Rakyat.

`Kurang pergi masjid'

Hasan dipecat dari PAS beberapa bulan lalu kini menubuhkan NGO yang dikenali sebagai Jalur Tiga.

Ditanya mengapa PAS menolak menyertai Umno, Hasan berkata, orang Umno kena menilai diri mereka mungkin tidak cukup Islam.

"Mungkin kurang pergi masjid, jadi orang PAS tidak suka dengan Umno," tambahnya.

Hasan membuat andaian bahawa serangan antarabangsa ke atas  umat Islam mungkin ada hubung kait dengan gerakan atau rangkaian di dalam negara.

"Sebuah parti politik pembangkang dalam negara kita negara yang tidak suka kepada Islam dan terus meremeh-remehkian Islam.

"Tapi yang  lebih hampa orang Melayu sendiri membenci agamanya," katanya.

Beliau berkata, semua ini tidak akan berlaku jika orang Islam bersatu tanpa mengira fahaman politik.

 

Dr M: Melayu tidak ‘bersyukur’ akan hilang kuasa dibawah pemerintahan PR

Posted: 22 Sep 2012 02:26 PM PDT

Mantan perdana menteri (PM) tersebut juga meluahkan rasa kesal melihat bangsanya bergaduh sesama sendiri hanya kerana merebut kuasa. 

"Saya rasa sedih melihat bangsa sendiri tidak tahu bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah dipengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa sendiri," kata Dr Mahathir dalam Mingguan Malaysia, akhbar milik Umno. 

Dalam artikelnya lagi, Dr Mahathir memberi peringatan kepada orang Melayu agar tidak lupa diri hingga mereka dihina lagi seperti zaman British dahulu. 

"Orang Melayu sudah lupa akan betapa hinanya mereka semasa dijajah dahulu. 

"Mereka tidak pun mengakui akan nikmat yang banyak yang dinikmati oleh mereka setelah merdeka dan mereka menerajui kerajaan-kerajaan Malaysia merdeka," katanya. 

Kemerdekaan negara dikecapi menurut Mahathir adalah hasil kekuatan orang Melayu yang menyokong Umno dan rakannya dalam Perikatan. 

Dr Mahathir juga berkata perpecahan dikalangan orang Melayu ketika ini sangat membimbangkan. 

"Sekarang orang Melayu berpecah kepada tiga kumpulan kecil yang terpaksa mengemis untuk mendapat sokongan orang lain. 

Beliau juga tidak menolak suatu hari nanti orang Melayu terpaksa mengikut telunjuk orang lain jika keadaan ini berterusan. 

"Jika mana-mana daripada parti Melayu ini memenangi pilihan raya dan mendirikan kerajaan, tak dapat tidak kerajaan ini akan terpaksa mengikuti telunjuk orang lain. 

"Melayu tidak lagi akan menjadi tunggak kepada pemerintahan negara yang mereka rela berkongsi dengan orang lain," tambah Dr Mahathir lagi. 

Dr Mahathir mendakwa negara tidak akan mencapai kemerdekaan pada 1957 jika parti serpihan daripada ulama dalam Umno menang pilihanraya pertama semasa zaman Tunku Abdul Rahman. 

"Kumpulan pertama yang menubuh parti serpihan terdiri daripada ulama dalam Umno yang kecewa kerana permintaan mereka supaya 10 daripada mereka dicalonkan oleh Tunku Abdul Rahman ditolak olehnya dan hanya satu sahaja yang diberi kepada kumpulan ini. 

"Jika Parti Islam mendapat lebih daripada satu kerusi, nescaya kemerdekaan tidak tercapai pada 1957," kata Mahathir lagi. 

Dr Mahathir berharap nasihat yang diberikannya menjadi panduan dan iktibar kepada orang Melayu agar perkara sama tidak berulang semasa zaman penjajahan. 

"Bangsa saya jelas tidak dapat menangani kejayaan. Bangsa saya mudah lupa. Bangsa saya tidak tahu bersyukur. 

"Bangsa saya tidak tahu mengambil iktibar daripada nasib yang menimpa kaum sebangsa yang hari ini tinggal di wilayah yang dikuasai orang lain," katanya.

 

Guan Eng: DAP Kedah wajar dapat tambahan kerusi

Posted: 21 Sep 2012 03:15 PM PDT

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, DAP Pusat bersetuju dengan hasrat DAP Kedah yang mahu meletakkan calon di dua kerusi parlimen (Alor Setar dan Padang Serai) dan enam Dewan Undangan Negeri (Dun) membabitkan Kota Darul Aman, Bakar Bata, Derga, Bakar Arang, Gurun dan Lunas. 

"DAP tetap mahu tambahan kerusi untuk bertanding pada PRU13, ketika PRU12 kita hanya letak calon di Kota Darul Aman dan Derga. Jumlah ini amat kecil dan ia tidak boleh diterima untuk PRU13," katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Tahunan DAP Kedah, di Dewan Perhimpunan Cina Kedah, semalam. 

Bagaimana pun, Guan Eng berkata, jika agihan kerusi membabitkan DAP-PKR tidak mampu diselesaikan di peringkat negeri, perkara itu wajar diputuskan oleh Pusat untuk mengelak tercetus ketidakpuasan hati kedua-dua pihak. 

"Jika tidak boleh bincang lagi di peringkat negeri, ia tak perlu bincang. Biar Pusat buat keputusan muktamad dan kedua-dua pihak terima keputusan. Jangan bergaduh sesama sendiri, ia membuang masa, kita hanya mahu lawan BN sahaja, bukan dalam PR," katanya. 

Menurutnya, DAP Kedah diminta menyerahkan perkara itu kepada DAP Pusat untuk dibincangkan dalam Sekretariat Pakatan Rakyat (PR) sekali lagi, jika menemui jalan buntu. 

"Biar Pusat tentukan jika masih tidak dapat diselesaikan. Saya harap hasrat DAP Kedah diberi pertimbangan sewajarnya oleh rakan-rakan dalam pakatan untuk bergerak sebagai satu pasukan, dalam usaha mengekalkan kuasa di negeri ini," katanya. 

Guan Eng juga mengarahkan kedua-dua parti tidak lagi membuat kenyataan terbuka atau berbalas kenyataan dalam akhbar berhubung isu terbabit. 

"Kita tumpu pada gerak kerja parti sudahlah, biar Pusat putuskan. DAP juga mahu menyumbang lebih pada PR," katanya.

 

Ribuan umat Islam ‘menyerbu’ Kedutaan Amerika

Posted: 20 Sep 2012 04:21 PM PDT

Kelihatan kira-kira 200 anggota polis dikerahkan mengawal keadaan sekitar kedutaan dan Jalan Tun Razak.

Perarakan sekurang-kurangnya 5, 000 orang itu turut disertai oleh pemimpin PAS dan PKR serta NGO-NGO Islam. Antara yang kelihatan ialah Naib Presiden PAS, Sallahuddin Ayub dan Ketua Pemuda, Nas udin Hasan.

Manakala pemimin PKR yang kelihatan ialah dua Naib Presiden iaitu Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar.

Kedutaan  ditutup sejak jam 11 pagi berikutan anjuran demonstrasi aman membantah filem 'Innocence of Muslims'.

Dalam ucapannya, Tian Chua berkata, kita tak benarkan sesiapa menghina agama yang lain.

"Perkara ini bukan saja perjuangan Islam, ini isu kemanusiaan. Sesiapa yang menghina agama lain, ini merupakan penghinaan kepada semua manusia sejagat.

"Kita bersama-sama menunjukkan solidariti kawan kita kepada umat Islam penghinaan ini tidak dibenarkan oleh mana-mana pihak.

"Ini isu maruah seluruh rakyat Malaysia dan ini harus dihentikan. Kita sebulat suara mendesak US dan mana-mana kerajaan pun untuk membela maruah islam dan mana-mana agama supaya penindasan dihentikan.

"Hari ini orang islam, esok mungkin orang Sikh, esok mungkin agama Kristian. Jadi mari bersama-sama  pertahankan prinsip manusia tanpa mengira agama," katanya.

Manakala perhimpunan membantah filem anti Islam, 'Innocence of Muslims' di Masjid Jamek, Kampung Baru di sini, berlangsung  anman dan disertai ribuan orang.

Laungan 'Allahuakbar' tanpa henti manakala  Exco Pemuda Umno, Lokman Noor Adam berucap di atas sebuah van di hadapan pintu utama Masjid Jamek yang diikuti pemimpin-pemimpin lain.

Mereka termasuk Ketua Pemuda Umno,Khairy Jamaluddin, dan  Naib Ketua yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali dan Presiden Jati, Datuk Hasan Ali.

READ MORE HERE

 

Audit PKR di Selangor ada unsur penipuan, kata SPR

Posted: 20 Sep 2012 02:09 PM PDT

Menurut Abdul Aziz (gambar), penipuan dikesan sewaktu dijemput dalam sebuah program radio Bernama bersama-sama setiausaha agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail baru-baru ini. 

"Dalam program tersebut Saifuddin menunjukkan kepada wartawan gambar sebuah 'Dangau' yang dikatakan terdapat 18 orang pengundi berdaftar di Kampung Sungai Pusu, Gombak.

"Saya minta dia tunjukkan gambar tersebut, gambar tersebut kami ambil untuk buat kajian.

"Namun apabila SPR turun dilapangan, rupa-rupanya, Dangau itu adalah tempat letak motosikal dan sebenarnya terdapat 32 buah keluarga tinggal kampung tersebut, gambar tersebut sebenarnya di crop.

"Ini salah satu bukti penipuan dalam audit yang dilakukan oleh PKR," kata Abdul Aziz kepada pemberita.

Dangau adalah merujuk kepada pondok di dalam loghat Kedah yang digunakan oleh Saifuddin.

"Sebab itu apabila terdapat kekeliruan atau tidak jelas tentang sesuatu perkara, datang berjumpa SPR.

"Jangan terus dedah kepada media kerana ini akan mengelirukan orang ramai," kata pengerusi SPR itu lagi.

Abdul Aziz turut menunjukkan gambar-gambar hasil  penyiasatan yang dilakukan oleh pasukan penyisat SPR Selangor ke Kampung Sungai Pusu yang menunjukkan 32 keluarga yang menetap di kampung tersebut menggunakan satu alamat yang terletak di pondok tersebut.

Baru-baru ini kerajaan negeri Selangor mengumumkan tidak akan membubarkan dewan undangan negeri (DUN)serentak dengan pilihan raya umum (PRU) oleh kerana daftar pemilih yang tidak bersih.

Dalam statistik terbaru SPR digazet pada 16 Ogos yang dihantar kepada The Malaysian Insider, SPR merekodkan jumlah pemilih berdaftar seramai 13,052,374 orang di mana 12,778,127 orang adalah pengundi biasa dan 274,247 orang adalah pengundi tidak hadir yang terdiri daripada tentera, polis dan pengundi luar negara.

Selangor mempunyai pengundi luar negeri yang paling tinggi iaitu 597 orang manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mempunyai jumlah pengundi tidak hadir paling tinggi iaitu seramai 40,543 orang.

 

Pro A sapu bersih pilihan raya kampus

Posted: 20 Sep 2012 01:43 PM PDT

.Lima universiti yang mengadakan pilihan raya kampus semalam adalah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Pengumuman keputusan pilihan raya kampus ini telah dibuat di kesemua universiti yang terlibat oleh jawatankuasa pemilih perwakilan pelajar.

Aspirasi Mahasiswa telah menyapu bersih kesemua kerusi yang dipertandingkan di UiTM (50 kerusi), UniMAP (31), UTeM (28) dan UniSZA (24). Di UiTM pula, Aspirasi menang 25 kerusi daripada 27 yang dipertandingkan.

Proses pilihan raya kampus di lima universiti itu  yang berlangsung sejak awal pagi Khamis ditutup pada jam 4 petang.

Sementara itu, sebanyak 15 IPTA lain memilih untuk mengadakan pilihan raya kampus masing-masing pada Selasa depan.

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved