Selasa, 28 Ogos 2012

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Sin Chew harus siarkan penafian Mat Sabu tentang laporan hudud, kata Pakatan

Posted: 27 Aug 2012 05:00 PM PDT

"Mohammad Sabu telah membuat penafian, dan kita rasa laporan Sin Chew itu boleh mengelirukan rakyat, jadi kita mahu Sin Chew membuat penafian pada muka surat sama pada keluaran akan datang," kata Hatta dalam sidang medianya hari ini.

"Kita juga mahu pihak editor Sin Chew untuk menafikan kenyataan bahawa PAS akan bekerjasama dengan Umno seperti yang ditulis di kolum editorialnya."

Menurut Hatta, apa yang ditulis oleh Sin Chew adalah satu perangkap, dan mesejnya mengelirukan.

"Apa yang disiarkan di akhbar Cina tidak disiarkan di akhbar bahasa Melayu.

"Jadi kami dari PR mahu Sin Chew membuat penafian di ruang akhbar mereka," katanya lagi.

Pagi ini, The Malaysian Insider melaporkan Mohamad menafikan laporan muka depan akhbar Sin Chew Daily yang memetik beliau sebagai berkata, PAS akan melaksanakan hudud jika Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih Putrajaya.

Mohamad, yang mesra dengan panggilan Mat Sabu, menjelaskan, semasa wartawan Sin Chew Daily menghubungi beliau melalui telefon, perkataan tentang hudud langsung tidak disebut oleh beliau.

"Saya diberitahu oleh seseorang kenalan berbangsa Cina, Sin Chew Daily, lapor kenyataan yang berbeza daripada apa yang saya sebut.

"Ketika wartawan surat khabar itu (Sin Chew Daily) menghubungi saya, perkataan tentang hudud langsung tidak keluar.

"Apa sekalipun yang ingin dibuat oleh PAS, perlu mendapat persetujuan PR.

"Kami (PAS) tetap dengan perjanjian yang telah dipersetujui oleh kesemua parti dalam PR," katanya.

Isu hudud menjadi pertikaian diantara PAS dan DAP semenjak PR ditubuhkan pada tahun 2008.

Baru-baru ini, pengerusi DAP, Karpal Singh dan bekas timbalan presiden PAS, Nasharudin Mat Isa, bertelagah secara terbuka didalam media dalam isu hudud.

Sebelum PR ditubuhkan, PAS, PKN (kini PKR) dan DAP pernah bersama dengan gabungan yang digelar Barisan Alternatif (BA) ditubuhkan menjelang pilihan raya umum (PRU) 1999.

PRU 1999 menyaksikan negeri Terengganu jatuh ketangan PAS dan Kelantan berjaya dikekalkan oleh parti tersebut.

DAP menarik diri daripada BA selepas presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang pada ketika itu menteri besar Terengganu mengumumkan Dokumen Negara Islam turut menyentuh tentang pelaksanaan hudud.

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved