Ahad, 4 Disember 2011

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Najib kata Umno pulih sepenuhnya. Hebat!

Posted: 03 Dec 2011 10:40 PM PST

Umno akhirnya menampakkan (walaupun cuba untuk berselindung) yang pemimpin-pemimpin, ahli-ahli dan penyokong-penyokongnya sebenarnya memusuhi diri mereka sendiri. Perhimpunan Agung baru berakhir dan segala-galanya yang berlaku dalam perhimpunan itu, saya ulangi: Umno sebenarnya memusuhi diri mereka sendiri. Samada mereka sedar atau pun tidak itu tidak pula saya ketahui.

Apa kah sebabnya saya berkata demikian? Sebabnya mereka dalam ghairah menghentam semua parti lawan, mereka tidak sedar yang mereka sedang mengaku kelemahan mereka yang sebenarnya. Kecaman yang tidak terkira itu melambangkan kelemahan mereka sendiri.

Jika Umno dan pimpinannya kuat dan mendapat sambutan masakan mereka terpaksa melakukan kecaman yang keterlaluan yang sudah jauh terkeluar dari semangat demokrasi yang kita kononnya anuti sebagai wadah politik kita semua.

Kerana rasa ketakutan Umno telah bertindak dengan mengadakan ikrar sumpah taat setia kepada Umno dalam menghadapi pilihanraya ini. Ini di sebabkan ada para perwakilan kalau tidak silap saya perwakilan Pulau Pinang yang mengatakan salah satu dari sebab besar kekalahan calon-calon Umno di mana-mana ialah kerana ahli-ahli Umno sendiri telah memberikan undi dan sokongan kepada parti lawan.

Kata-kata Musa Sheikh Fadzir ini benar. Saya telah menulis banyak kali tentang isu ini. Dalam ucapan penangguhan petang semalam, Presiden Umno telah mengatakan PKR sedang menghadapi ahli-ahli parti yang keluar dari parti itu. Kata beliau 6 ahli parlimennya dan beberapa orang ADUN PKR telah keluar parti kerana tidak berkeyakinan terhadap PKR kononnya.

Tetapi elok kita ingatkan pucuk pimpinan Umno yang telah hampir berucap bagaikan halalintar semalam yang sebenarnya yang paling ramai meninggalkan parti mereka ialah ahli-ahli atau apa yang di sebut sekarang ini sebagai orang Umno.

Dalam pilihanraya yang lepas lebih dari satu juta ahli Umno telah mengundi parti-parti pembangkang di dalam peti undi… bukannya enam orang atau lima orang sahaja. Itu merupakan jumlah yang terbesar meninggalkan Umno selepas Dr Mahathir Mohamad meninggalkan Umno dan membawa ahli-ahli Umno kedalam parti yang baru yang meminjam nama Umno itu.

Mengenali sikap dan perangai ahli-ahli Umno, bai'ah yang dilakukan dalam Perhimpunan Agong itu tidak akan pergi ke mana pun. Bai'ah itu hanyalah melibatkan 5,447 orang perwakilan sahaja. Silap-silap ramai di antara mereka juga akan tidak membantu Umno dalam pilihanraya nanti.

Saya yakin kerana ada empat atau lima orang perwakilan yang saya kenal telah datang ke TTDI berjumpa dengan saya dan mereka sendiri berkata mereka juga tidak akan memberikan sokongan kepada Umno kerana kepada mereka Umno sudah begitu teruk tercalar dan tidak lagi di hormati oleh orang ramai.

"Umno sekarang ibarat dahan yang telah rapuh. Kalau dahan dah reput bang, takkanlah kita nak bernaung di bawahnya lagi! Takut-takut dahan itu patah dan jatuh, mati kita di hempapnya" kata salah seorang yang berjumpa dengan saya yang masih berbaju Melayu yang keluar dari Dewan Perwakilan PWTC itu.

Perwakilan yang datang dari dua bahagian di Johor ini mengakui yang keadaan di Johor pun tidak begitu sedap bagi Umno ini.

"Lantak dia oranglah bang. Dia orang kata Umno boleh menang selepas perhimpunan agong ni, itu dia punya pasallah. Kalau dengan perhimpunan agong boleh menang, panggil lah perhimpunan agong khas sehari dua sebelum mengundi nanti. Lebih indah khabar dari rupa bang! Walhasil balik asal bang! Biarkanlah dia orang buat kerja. Kita releks," kata seorang lagi.

Sesungguhnya Umno bermusuh kepada dirinya sendiri. Umno memusuhi siapa sahaja yang buat kritikan. Umno masih lagi melakukan mengambil wang rakyat secara haram tetapi dengan penuh sistematik dengan berbagai-bagai cara.

Pemimpin-pemimpin rasuah ini akan bermati-matian untuk mempertahankan Umno kerana Umno itu merupakan modal perniagaan mereka. Kalau Umno jatuh ia bermakna mereka akan hilang modal untuk berniaga dan "commission" yang mereka selalu dapati.

Umno sekarang sudah takut kepada bayang-bayang sendiri. Pemimpin-pemimpin Umno tahu yang ramai ahli-ahli Umno akan sabotaj calon mereka sendiri.

"Kita tunggu bang, apabila Umno mengumumkan senarai calon nanti. Umno akan kalah dalam banyak kerusi yang mereka pegang sekarang nanti. Cakap bolehlah! Pembangkang tidak payah berkempen sangat nanti," bentak seorang dari mereka.

"Kalau Umno merasa kuat apa payah-payah hentam pembangkang gila-gila? Dah kuat! Tak payah hentamlah! Jemu lah! Tiga hari kami mendengar kata-mengata orang lain. Parti sendiri tidak terjaga nak ambik tahu parti orang lain…menghina orang lain, mencaci... tak habis habis," kata seorang perwakilan yang hanya di panggil dengan nama rengkas Man.

Kata seorang lagi, "Dah 50 tahun bercakap tentang agenda Melayu, tetapi Melayu tak kemana juga. Berjanji-berjanji dan berjanji… pendusta besar!"

READ MORE HERE

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved