Selasa, 6 Disember 2011

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


‘Pekida, bantu pertahan k’jaan BN’

Posted: 05 Dec 2011 09:04 AM PST

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pemerintahan kerajaan (Barisan Nasional) dewasa ini adalah selari dengan matlamat dan tujuan Pekida ditubuhkan.

Justeru beliau mahu Pekida menjalankan tanggungjawab untuk mempertahankan kerajaan memandangkan tiada pemerintahan lain yang dapat menjamin masa depan negara.

"Tiada pilihan lain selain tegakkan pemerintahan sedia ada. Tanggungjawab yang digalas Pekida atas jemala adalah untuk mempertahankan pemerintahan sedia ada.

"Apa akan jadi pada umat Islam jika pemerintahan tersungkur dan rebah. Apa akan jadi pada Islam jika hilang taring?

"Asas dan pokok adalah berjuang untuk kelangsungan kuasa jika kuasa terlepas segala cita-cita terkubur dan masa depan akan bertukar jadi gerhana. Ini kerana asas untuk menjadi bangsa yang mulia dan bermaruah bergantung kepada pemerintahan sedia ada.

"Ia akan jadi realiti dan kenyataan jika ada kuasa," katanya di hadapan 10,000 hadirin pada Majlis Perhimpunan Perdana Pekida Malaysia di Politeknik Sultan Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

Tegas Najib, pilihan alternatif yang ditawarkan oleh pembangkang belum tentu dapat menjamin kedudukan Melayu dan Bumiputera.

Pembangkang hanya berperanan untuk meruntuhkan apa yang dibina oleh kerajaan selama ini.

READ MORE HERE

 

Usah cuit perasaan Melayu

Posted: 05 Dec 2011 09:02 AM PST

Sambil membidas pakatan pembangkang kerana belum lagi berkuasa sudah mempersoalkan dasar untuk membantu orang Melayu dan Bumiputera, Najib ketika berucap pada majlis Sepetang Bersama PM sempena Perhimpunan Perdana Persatuan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA), semalam, berkata: "Orang Melayu tidak pernah bersikap pelampau di bumi ini. Orang Melayu tidak pernah menjadi bangsa yang rasis. Orang Melayu sejak merdeka sanggup berkongsi kuasa dan memberi apa yang adil kepada mereka.

"Kita mengamalkan wasatiyyah sebagai pendekatan kita sejak dulu. Kita menolak kefahaman keterlaluan, kefahaman ekstrem tidak menjadi dasar pegangan. Orang Melayu menghulur tangan kepada orang bukan Melayu untuk membina negara yang aman, bersatu dan lebih makmur.

"Jangan sesekali mereka mencuit perasaan orang Melayu dengan nak ubah apa termaktub dalam perlembagaan kita. Apa yang kita rundingkan waktu merdeka dulu, perkara ini akan dipertahankan, PEKIDA akan pertahankan," katanya.

Pada majlis yang dihadiri lebih 10,000 ahli PEKIDA, Najib menjelaskan tentu sekali bagi orang Melayu yang menjadi majoriti dalam negara yang pernah menjadi mangsa ketika zaman penjajah, memerlukan sedikit masa untuk membetulkan segala kepincangan.

Beliau bertanya apakah padang sama rata kalau anak yang lahir dan membesar di kawasan pedalaman seperti ulu Tembeling, Ulu Kinta, Pangkor, Yan, Kodiang dan Baling sama gelanggangnya seperti mereka yang membesar di Pantai Hill, Damansara dan Lembah Klang.

"Tentu sekali ini bukan gelanggang sama rata. Jadi, sudah tentu keberhasilan berbeza dan pencapaian tidak sama. Bagi persekitaran yang serba lengkap, sudah tentu mereka akan mencapai kejayaan jauh lebih tinggi daripada mereka yang tinggal di pedalaman," katanya.

Perdana Menteri seterusnya mengajak ahli PEKIDA bertanya pada diri mereka apa akan terjadi kepada orang Melayu dan umat Islam jika pemerintahan dalam negara tersungkur dan rebah atau sudah kehilangan taring dan kekuatan.

Katanya, apa akan terjadi kepada raja-raja Melayu dan anak cucu mereka kalau kerajaan tidak ada lagi untuk memuliakan dan tidak dapat menyokong dasar yang boleh mendokong nasib mereka.

"Sebab itu perjuangan kita mulia dan suci kerana kita pada asasnya berjuang mempertahankan kelangsungan kuasa yang ada pada tangan kita. Jika kuasa terlepas, Nauzubillah, cita-cita kita akan terkubur.

"Masa depan kita akan bertukar menjadi masa depan yang penuh gerhana kerana asas kita menjadi bangsa mulia dan bermaruah dan menjanjikan masa depan lebih cerah kerana pemerintahan hari ini.

"Pemerintahan bererti kita ada kuasa. Kalau hendak melakukan sesuatu tentu sekali sesuatu itu mungkin menjadi kenyataan kalau kita ada kuasa," katanya sambil menambah dalam pemerintahan negara yang tidak mengamalkan sistem demokrasi, kuasa itu mungkin terbit dari laras senapang dan berdiri di atas rejim kuku besi.

Katanya, negara seperti Malaysia yang mengamalkan sistem demokrasi secara terbuka, kuasa politik tetap datang dari rakyat dan selagi kerajaan berjuang untuk rakyat dan kerana rakyat, insya-Allah rakyat akan tetap mempertahankan kedudukan sekarang.

Bagaimanapun, katanya, dalam sistem demokrasi yang membenarkan pelbagai pihak berjalan 'ke hulu ke hilir' membawa pelbagai cerita yang kadang-kala nista dan fitnah, ia boleh menyebabkan rakyat terkeliru atau sangsi sehingga dapat memesong sokongan rakyat dan akhirnya berlaku apa yang tidak diingini.

Justeru, katanya, rakyat tidak ada pilihan melainkan menegakkan pemerintahan sedia ada.

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved