Ahad, 25 Disember 2011

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Dilema PAS hadapi Hasan Ali

Posted: 24 Dec 2011 10:43 PM PST

Hasan bukan sahaja menafikan tuduhan menemui pemimpin Umno malah menuduh Mustafa yang sebenarnya melakukan pertemuan seperti itu.

Isu pertemuan dengan pemimpin Umno -malah dengan mufti yang dilihat pro-Umno - menjadi isu sensitif dalam PAS sejak pilihan raya 2008.

Pertemuan seperti itu dilabel sebagai usaha berbaik atau bersatu dengan parti pesaing utama PAS itu, yang bersaing merebut undi Melayu Muslim.

Kekecohan di media berhubung Hasan tercetus ekoran kenyataan Saari Sungib, bekas ahli PKR yang kini memegang jawatan ketua penerangan PAS Selangor yang memberi gambaran Hasan tidak akan dicalonkan pada Pilihan Raya Umum ke-13 kerana ditolak ahli akar umbi.

Saari walau bagaimanapun tidak mendapat perhatian selepas tercetus kekecohan, apabila tumpuan ditujukan pada Hasan dan Nasharudin Mat Isa, bekas timbalan presiden.

Kedua-dua Hasan dan Nasharudin dituduh mahu menyertai Umno ekoran perselisihan pendapat dengan pandangan popular dalam parti. Kedua-duanya juga tidak popular dengan media parti.

Hasan walau bagaimanapun mempunyai kelebihan tersendiri, terutama di Selangor ekoran populariti beliau dalam kalangan masyarakat Melayu tanpa mengira kesetiaan parti.

Walaupun telah diturunkan dari kedudukan pesuruhjaya negeri, Hasan masih mempunyai pengaruh di dalam dan luar parti, dan terus membinanya hasil daripada kontroversi yang dilaluinya selama ini.

Tindakannya memohon maaf kerana menyerang gagasan negara berkebajikan yang dipersetujui parti mampu memperbaiki sikap ramai terhadapnya, dan memperlihatkan beliau sebagai ikhlas.

Kecamannya terhadap ide negara berkebajikan menyebabkan pihak yang sebelum itu menyokongnya terutama kepimpinan pemuda, berundur dan menegaskan sokongan terhadap program parti itu.

Kontroversi melibatkan Hasan, pertama kali dalam kes gereja di Damansara Utama, Selangor, telah memberi kesan kepada PAS disebabkan cara isu itu ditangani yang kelihatan berdasarkan perkiraan politik semasa menjaga undi bukan Muslim.

Tekanan terhadap Hasan memudahkan permainan musuh parti yang mengaitkan layanan terhadap exco negeri Selangor itu sebagai akibat sikap yang membela kepentingan umat Muslim, antaranya isu kawalan penjualan arak.

Pendirian Hasan dalam hal berkaitan ditentang hebat oleh DAP dan pemimpin PAS lain yang dilihat terlalu menjaga hati kaum bukan Muslim.

Layanan terhadap Hasan - dan juga Nasharudin - dikemukakan oleh Umno terutamanya sebagai bukti sikap yang tidak selari dengan DAP dan tuntutan bukan Muslim akan mendatangkan akibat buruk, yang dikenakan oleh parti Islam itu sendiri.

Episod ini memberi kesan kepada undi Melayu, terutama di negeri Selangor, selain mendedahkan lagi kecelaruan dalaman PAS dalam menghadapi politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-12 bersama gabungan pembangkang PR.

 

Perkasa kecam pemimpin gereja kerana persoal perlembagaan

Posted: 24 Dec 2011 05:46 PM PST

Dr Eu dilaporkan sebagai  berkata, Artikel 153 perlembagaan persekutuan seperti membuli jika hanya melindungi hak satu kaum sahaja.

Beliau berkata demikian dalam  majlis jamuan teh Krismas yang turut dihadiri Menteri Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail serta beberapa ahli politik BN dan Pakatan Rakyat .

Perkasa berpendapat paderi tersebut tidak faham apa Artikel 153 perlembagaan negara  atau sengaja mahu  menimbulkan ketegangan.

Setiausaha Agung, Syed Hasan Syed Ali berkata, imam Islam  tidak pernah mengusik perlembagaan negara.

"Nampaknya serangan terhadap  Artikel 153 sudah di tahap kemuncak apabila ketua agama lain juga mempersoalkannya.

"Lebih sedih ianya dipersoalkan dalam gereja oleh paderi," katanya dalam kenyataan hari ini.

READ MORE HERE

 

DR M perlekeh negara peminjam Bank Dunia

Posted: 24 Dec 2011 05:43 PM PST

Malaysia yang ketika itu Menteri Kewangannya, Datuk Seri (kini Tun) Dr Mahathir Mohamad merupakan negara terawal yang mengumumkan telah berjaya keluar dari masalah kejatuhan ekonomi.

Maka, di media arus perdana hari itu, Mahathir dengan gahnya mengumumkan ekonomi negara ini telah berjaya dipulihkan dengan menggunakan pendekatan teori-teori ekonominya.

Bukan itu sahaja, malah beliau turut memperlekehkan negara-negara Asia lain yang menerima bantuan pinjaman dari Bank Dunia yang dikatakannya masih belum keluar dari cengkaman kejatuhan ekonomi Asia.

Menurutnya ketika itu, tindakan mengambil pinjaman dari Bank Dunia telah menyebabkan negara-negara tersebut terpaksa mengikut telunjuk Bank Dunia dalam menguruskan ekonomi masing-masing berbanding negara ini yang menolak bantuan dana tersebut.

Tindakan seperti itu tentunya tidak digemari oleh Mahathir apabila ianya bertentangan dengan amalan beliau yang mengutamakan projek -projek mega dan menyelamatkan beberapa syarikat terpilih.

Bagi kebanyakan penganalisis ekonomi tempatan dan antarabangsa ketika itu pula menganggap pengumuman Menteri Kewangan Malaysia itu sebagai satu 'kejutan'.

Saya kira tentu ramai yang masih ingat akan sebuah iklan animasi yang menunjukkan sekumpulan lelaki mendayung sebuah perahu naga di dalam lautan bergelora bagi menggambarkan kejayaan negara menempuhi gelora ekonomi.

Meskipun realiti kehidupan rakyat terbanyak masih tidak menampakan apa-apa perubahan dengan kadar pengganguran yang tinggi, kos sara hidup meningkat dan sebagainya, ramai yang percaya ekonomi negara ketika itu benar-benar telah pulih dan ianya adalah hasil dari kebijaksanaan Mahathir menguruskan ekonomi negara.

Hari ini, setelah 13 tahun krisis mata wang Asia berlalu, ramai antara kita masih lagi terkenang-kenang akan tindakan bijak Mahathir menguruskan ekonomi negara ketika menghadapi krisis matawang di Asia pada ketika itu.

Selama 13 tahun juga rakyat negara ini cukup berbangga kerana negara ini pernah memiliki seorang Perdana Menteri yang juga Menteri

Kewangan yang bijak menguruskan ekonomi dan tegas menolak bantuan dana dari Bank Dunia sekaligus mengelakkan kita dari terpaksa mengikut telunjuk orang luar dalam menentukan hal ehwal ekonomi negara.

READ MORE HERE

 

`Tiada ruang untuk saya bersuara dalam Harakah’

Posted: 24 Dec 2011 08:54 AM PST

Katanya, keadaan itu ketara lebih-lebih lagi isu membabitkan dirinya sejak dua minggu lepas,  malah beliau tidak diberikan ruang dalam media parti sendiri untuk bersuara.

"Kalau buat analisis kajian kandungan dalam Harakah berhubung polemik ini sejak dua mniggu lepas berapa peratus ruang yang diberikan untuk Hasan Ali?

"Masa saya jadi Pesuruhjaya PAS Selangor pun tak banyak peruntukan diberikan kepada saya berbanding orang lain,  kadang-kadang ruang diberikan kepada parti komponen lain lebih besar berbanding golongan tertentu dalam PAS sendiri," katanya dalam sidang media di rumahnya di sini hari ini.

Beliau berkata sedemikian ketika diminta mengulas mengenai temuramahnya dengan TV3 menerusi slot 'Soal Jawab' Rabu lalu.

Katanya, perkara ini dapat dibuktikan apabila Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din yang pernah memanggil media termasuk Harakah untuk menjelaskan pandangannya mengenai isu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

`Mungkin perintah orang berkuasa'

"Biasanya kalau timbalan mursyidul nak keluar akhbar mereka ini didahulukan tapi kemungkinan atas perintah orang yang berkuasa dalam Harakah didapati artikel sampai sekarang tak tersiar.

"Bayangkan kalau berita timbalan mursyidul am pun  tak keluar apatah lagi Hasan Ali," katanya yangmendakwa turut mendapat aduan yang sama daripada anggota dan pimpinan PAS  yang lain mengenai isu ini.

READ MORE HERE

 

Mustafa Ali enggan jawab tuduhan mahu jumpa Umno

Posted: 24 Dec 2011 08:51 AM PST

Orang kuat PAS itu memberi alasan bekas pesuruhjaya PAS Selangor sudah tidak lagi menyerang PAS.

"Dia (Dr Hasan) sudah berhenti lawan PAS,  saya pun berhenti cakap.

"No komen,  biar dia kata apa pun. Kalau dia nak bercakap, biarlah dia bercakap," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mustafa berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Dr Hasan bahawa setiausaha agung PAS itu mahu berjumpa pemimpin Umno.

Dalam sidang media baru-baru ini, Mustafa mendakwa exco agama kerajaan negeri Selangor mengatur rancangan mahu berjumpa pemimpin Umno.

`Saya sign surat'

Selain Dr Hasan, kata Mustafa, bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa juga mahu berjumpa dengan pemimpin Umno.

Bagaimanapun, dalam sidang media di rumah Dr Hasan di Taman Tun Dr Ismail di Kuala Lumpur pagi tadi, Adun Gombak Setia itu menafikannya.

READ MORE HERE

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved