Sabtu, 26 November 2011

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Najib: Ahli Umno kena terbuka terima calon boleh menang

Posted: 25 Nov 2011 08:30 PM PST

Perdana Menteri berkata sekiranya jentera parti menolak, seseorang yang ada kebolehan atau mempunyai rekod kerja yang baik pun pada akhirnya tidak akan berjaya, seterusnya parti akan kalah dan kehilangan kuasa. 

"Kalau kita sebagai anggota parti tidak ada sikap yang terbuka dan kita tekankan orang tu (calon itu) mesti merupakan calon yang ikut hierarki (parti) tapi calon kita itu tak mungkin berjaya, calon kita akan gagal," katanya kepada Bernama semasa wawancara khas menjelang Perhimpunan Agung Umno 2011, hari ini. 

Dipetik Bernama Online, Presiden Umno itu menegaskan pentingnya semua pihak dalam parti memahami maksud calon boleh menang yang mahu ditonjolkan semasa pilihan raya. 

"Kalau tidak, sukar nak mencapai kejayaan. Kalau calon boleh menang  tu ditampilkan dalam kelompok dalam bahagian tanpa mengambil kira kehendak pengundi teramai, calon itu pun tak akan berjaya," kata Najib. 

Beliau mengakui adalah sukar untuk memuaskan hati semua pihak, terutama di peringkat bahagian Umno. 

Tetapi menurutnya, "rumusan calon boleh menang itu adalah supaya setiap kerusi yang ditandingi mempunyai peluang terbaik untuk menang." 

Bagaimanapun katanya, proses pemilihan calon belum muktamad dan penilaian akan dibuat bukan sahaja secara subjektif tetapi juga objektif. 

"Ini yang paling penting sekali, bukanlah orang yang kita sukai secara peribadi tetapi orang yang boleh diterima sebahagian besar pengundi dalam kawasan berkenaan. Itulah yang mesti kita lakukan," katanya. 

Katanya soal menentukan calon ini adalah satu perkara yang sangat mencabar dan sukar dilakukan dan mustahil parti dapat memuaskan semua orang. 

"Mengikut pengalaman saya 35 tahun dalam politik, tak pernah berlaku dalam pilihan raya (calon yang dipilih memuaskan hati semua orang). 

"Tapi apapun yang dibuat parti, keputusan parti, pada kesudahannya kita kena terimalah, sebagai orang parti keputusan parti walaupun keputusan itu tidak mengikut selera atau kehendak kita," katanya. 

Najib berkata, banyak juga peristiwa di mana beliau melihat orang yang setia kepada parti, walaupun keputusan parti tidak disenanginya tetapi menerimanya dan akhirnya calon akan menang. 

"Sebaliknya kalau dia terus menentang, dia nak kata apa nak jadi-jadilah, aku nak menentang. Jadi maknanya dia tak setia pada parti dan calon itu kalah dan maknanya parti akan kalah. Dia patut sedar bila parti kalah makna kita akan kehilangan kuasa," katanya. 

Najib juga mengakui bahawa di peringkat bahagian pun, anggota parti tidak sependapat mengenai calon terbaik di kalangan mereka dan apa yang harus ada ialah disiplin parti.

READ MORE HERE

 

Anwar: ‘Umno jangan mimpi nak tawan negeri dipimpin Pakatan’

Posted: 25 Nov 2011 05:09 PM PST

Kenyataan itu dikeluarkan Anwar pada Ceramah Perdana PKR di pejabat Angkatan Muda Keadilan cabang Gelang Patah malam tadi sempena kongres tahunannya di sini.

"Umno jangan mimpi nak tawan negeri-negeri Pakatan Rakyat, mustahil, ... Umno tidak akan berjaya untuk menawan kembali Selangor," tegasnya di hadapan 300 penyokong parti itu.

"Negeri-negeri PR sudah membuktikan kami mampu mentadbir dengan berhemah dan cekap, buktinya di Selangor, hasil pentadbiran yang cekap, kami mampu untuk memberikan air percuma kepada rakyat Selangor," katanya lagi.

Tambah Ketua Umum PKR ini, Johor juga tidak akan mampu menahan arus perubahan yang sedang melanda politik negara dewasa ini.

"Sekiranya pimpinan Umno-BN masih lagi mengamalkan corak pentadbiran sedia ada, mengabaikan hak dan kepentingan Melayu, tidak mustahil kami akan menawan negeri ini, walaupun ia kubu kuat Umno, ini sudah dibuktikan di Ijok.

"Dahulunya Ijok juga merupakan kubu kuat Umno, tapi kita lihat apa yang jadi? Bila rakyat bangkit menolak pemimpin yang korup, PR mampu menawan Ijok," katanya.

Namun begitu, Anwar juga memberikan teguran kepada pimpinan PR supaya tidak mengikuti sikap pemimpin Umno-BN yang menurutnya takbur, dan lupa diri.

"Ingat, pimpinan PR jangan jadi seperti pemimpin Umno-BN, jangan takbur riak, dan lupa diri apabila sudah memerintah, utamakan hak rakyat dan bukannya pentingkan diri sendiri," katanya memberi peringatan kepada pemimpin parti berkenaan.

Penasihat Ekonomi Selangor ini juga berjanji sekiranya parti pimpinannya berjaya menawan Putrajaya, tarif elektrik negara dan harga minyak akan diturunkan dalam masa seminggu pemerintahannya.

"Ini janji saya, sekiranya PR berjaya menawan Putrajaya, harga tarif elektrik dan minyak akan saya turunkan.

"Umno-BN akan cakap saya hanya buat janji kosong, tidak berasas, negara boleh bankrup sekiranya saya laksanakan perkara ini, tapi mereka lupa, lapan tahun saya pegang jawatan Menteri Kewangan, bodohkah saya?" katanya mempersoalkan tuduhan kerajaan terhadapnya.

 

Perhimpunan Aman: Kaji balik peruntukan tak praktikal, kata Chandra

Posted: 25 Nov 2011 02:53 PM PST

Rang undang-undang itu telah dibentangkan untuk bacaan kali kedua kelmarin dan akan dibahaskan minggu depan.

Chandra (gambar) berkata peruntukan mewajibkan penganjur perlu memaklumkan pihak polis 30 hari sebelum perhimpunan tidak masuk akal.

"Oleh itu, kerajaan perlu mengkaji semula rang undang-undang ini," kata beliau selepas membentangkan kertas kerjanya pada Seminar Kebangsaan Pemahaman Wasatiyyah & 1 Malaysia anjuran Biro Penerangan Umno hari ini.

Katanya, beliau bersetuju dengan penggubalan rang undang-undang itu tetapi ia perlu diteliti semula kerana memberi kuasa yang lebih kepada pihak polis.

Katanya lagi, malah ada peruntukan dalam rang undang-undang itu sudah ada dalam akta lain, jadi ia perlu dikaji semula.

"Ada yang baik tentang rang undang-undang ini supaya tidak perlu memohon permit polis serta tidak perlu mengheret kanak-kanak, tetapi kerajaan perlu meneliti beberapa frasa lain yang mengkongkong kebebasan rakyat," katanya.

Terdahulu ketika membentangkan kertas kerjanya dalam seminar tersebut, kata beliau Malaysia merupakan contoh terbaik telah mengamalkan wassatiyah atau kesederhanaan.

"Pada keseluruhannya rakyat dan kerajaan Malaysia mendukung dan mengamalkan prinsip wasatiyyah yang telah termaktub dalam gagasan 1 Malaysia," katanya.

Katanya lagi, itu adalah kunci kejayaan negara kita dan inilah rahsia keamanan dan keharmonian kaum serta kestabilan masyarakat negara ini.

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved