Khamis, 10 November 2011

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Hudud: PAS Johor tempelak Anwar

Posted: 09 Nov 2011 05:13 PM PST

"Hudud ini ada dalam PAS dan PAS berada dalam Pakatan Rakyat. PAS dalam perlembagaan dengan jelas mahu melaksanakan hukum-hakam Allah," kata Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Mahfodz Mohamad sambil merujuk kepada Fasal 5 perlembagaan parti.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Anwar merangkap Ketua Umum PKR yang dilaporkan media sebagai berkata bahawa agenda hudud tidak ada tempat dalam Pakatan Rakyat.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata demikian dalam satu sesi dialog bersama pemimpin masyarakat Cina dan  dewan perniagaan Cina di Subang Jaya kelmarin.

Bagaimanapun, Mahfodz mengakui bahawa parti komponen Pakatan Rakyat belum mencapai kata sepakat dalam pelaksanaan hukuman hudud dan menyatakan bahawa penekanan terhadap pelaksanaan hudud adalah menurut kesesuaian.

Menurut beliau, Anwar sendiri tidak mempunyai sebarang halangan terhadap pelaksanaan hudud di Kelantan. Tambahan pula agama  adalah di bawah bidang kuasa negeri.

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Nasrudin Hassan Tantawi langsung tidak tahu menahu mengenai kenyataan Anwar itu.

"Saya tidak pernah dengar Anwar kata begitu," katanya ketika dihubungi.

READ MORE HERE

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved