Rabu, 26 Oktober 2011

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Hudud: BN hanya perlu beri laluan

Posted: 25 Oct 2011 03:16 PM PDT

Exco Hal Ehwal Islam Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, PAS tidak perlu menang di peringkat parlimen bagi membolehkan parti itu melaksanakan hudud.

"Kita minta BN timbang hasrat kita agar beri laluan untuk kita pinda akta yang menyekat pelaksanaan hudud ini.Tak perlu tunggu pilihan raya. Itu yang kita minta dengan penuh rendah hati kepada pemimpin BN," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Wacana Sinar Harian: Hudud Dilema dan Pelaksanaanya di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf di sini semalam.

Beliau merujuk kepada pindaan ke atas Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah), 1998 yang sekadar memberi peruntukan kuasa kepada mahkamah berkenaan untuk menjatuhkan hukuman penjara maksimum tiga tahun, denda RM5,000 dan enam sebatan.

Beliau berkata masalah utama kini apabila kerajaan BN tiada kesungguhan untuk menjayakan hudud dan PAS hanya meminta agar hukum hudud dapat dilaksanakan di Kelantan sahaja dan bukannya di Malaysia.

Ujar beliau, "satu jawatankuasa teknikal juga telah dibentuk oleh kerajaan negeri bagi membolehkan undang-undang hudud dilaksanakan tanpa meminda perlembagaan dan keputusan jawatankuasa itu akan dikemukakan kepada Kerajaan Persekutuan kelak.

"Hasrat telah kita suarakan. Perjumpaan rasmi antara Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dengan (Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato') Nik Aziz Nik Mat belum ada. Kita tengok penemuan dahulu, selepas itu baru kita jumpa Najib."

 

READ MORE HERE.

‘Tarik balik semua sekatan terhadap Aziz Bari’

Posted: 25 Oct 2011 02:52 PM PDT

"Walaupun penggantungan tugas beliau ditarik balik tetapi beliau masih di siasat oleh polis dan Suruhjaya Komunikasi Multi Media (SKMM).  Malahan komputer pejabat Aziz Bari turut ditarik," kata Mohd Saifullah Mohd Zulkifli, Pengarah Biro Mahasiswa AMK dalam satu kenyataan media.

Beliau memberi amaran agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan pihak UIA tidak membuat kenyataan berunsur politik dan bermain politik dalam isu Aziz Bari ini.

Tegas Saifullah, "hal ini tidak seharusnya berlaku. Isu ini bukan sahaja melibatkan individu, pensyarah undang-undang universiti yang mengeluarkan pandangan yang tidak sealiran dengan pemerintah, tetapi ini adalah isu ini melibatkan kebebasan akademik yang menjamin kualiti pendidikan dan masa depan generasi muda.

Laporan FMT mengesahkan bahawa peguamnya Zulqarnain Lukman berkata faks yang meminta Aziz Bari melaporkan diri untuk meneruskan tugasnya di UIA semalam telah diterima pada lewat petang.

Aziz Bari digantung tugas oleh UIA minggu lalu kerana meluahkan pendapatnya berhubung titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah atas pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor ke atas Gereja Methodist Damansara Utama, Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu.

 

Seterusnya di sini.

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved