Selasa, 25 Oktober 2011

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Wakil rakyat PKR bakal digugur

Posted: 24 Oct 2011 06:03 PM PDT

Mereka akan digantikan dengan orang baru yang muda dan lebih berwibawa, tambah sumber itu lagi.

PKR Selangor memenangi lapan kerusi Parlimen dan 14 kerusi DUN dalam pilihan raya umum 2008.

Adun PKR Ijok, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik sebagai menteri besar Selangor dalam kerajaan campuran membabitkan PAS dan DAP.

Bagaimanapun, Setiausaha PKR Selangor, Amiruddin Shaari ketika dihubungi berkata, PKR mahu meletakkan ramai calon baru dalam pilihan raya ke 13 nanti.

"Yang ada (wakil rakyat) sekarang baik tetapi kita mahu yang lebih baik yang tidak menimbulkan masalah selain mereka yang dekat dengan rakyat.

"Tetapi siapa yang gugur, siapa yang tidak bertanding akan diputuskan oleh Presiiden (Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail),
"Mungkin ada calon baru bertanding di kawasan yang dimenangi PKR atas faktor wakil rakyat sedia ada menarik diri dan tidak mahu  bertanding lagi," katanya ketika dihubungi hari ini.

Nilai calon

PKR Selangor diketuai timbalan presiden, Azmin Ali yang juga ahli Parlimen Gombak dan Adun Hulu Kelang kedua-duanya terletak di negeri Selangor.

Adun  Batu Caves itu berkata, PKR negeri tidak mahu wakil rakyat  yang mempunyai masalah dengan rakyat.

READ MORE HERE

 

Harun: Lulus Akta Murtad di Parlimen

Posted: 24 Oct 2011 05:58 PM PDT

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim sepertimana yang dilaporkan Utusan Malaysia hari ini.

Mashitah berkata, hala tuju perjuangan PAS kabur kerana PAS tidak menyokong Akta Murtad dan penganjuran Himpunan Sejuta Umat (Himpun) di Stadium Shah Alam Sabtu lalu.

Kenyataan Harun dalam Harakahdaily hari ini merujuk kepada usaha yang telah dilakukan oleh PAS sebelum ini untuk memerangi murtad termasuk membawanya ke parlimen.

Katanya, PAS sudah tiga kali membawa Rang Undang-Undang Persendirian (Murtad) di Parlimen sejak 1990 oleh Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk mengawal murtad.

"Malangnya usul yang memerlukan cadangan daripada anggota kabinet tidak diangkat walaupun sidang Parlimen habis," ujar beliau.

Tolak hudud tapi sokong Akta Murtad

Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau menyokong idea agar digubal satu undang-undang khusus mengawal murtad di negara ini tetapi pada masa yang sama menyoal sama ada pihak yang menentang hukum hudud boleh menerima undang-undang sedemikian.

"Saya diminta untuk memberi respons tentang isu Akta Murtad, saya menyokong.  Cuma saya musykil, bolehkah orang yang menentang hudud menyokong Akta Murtad?", soal mursyidul Am PAS itu dalam satu mesej menerusi laman sosial Facebooknya baru-baru ini.

Sehubungan itu kata beliau, liputan berkaitan dengan undang-undang itu "hanyalah mainan media, sampai masanya Umno dan seluruh media massa akan senyap."

Ketua Pemuda PAS Selangor, Hasbullah Mohd Ridzuan menyifatkan kenyataan Menteri di Jabaran Perdana Menteri, Dato' Seri Jamil Khir Baharom mengenai perhimpunan itu mengesahkan kegagalan Umno selama ini untuk menjaga agama Islam di negara ini.

READ MORE HERE

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved