Isnin, 24 Oktober 2011

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Muhyiddin dalam kebimbangan - Tak boleh salahkan beliau

Posted: 23 Oct 2011 06:40 AM PDT

Tan Lian Ho Ketua Wanita Gerakkan telah meminta supaya Koh Tsu Koon untuk memperbaiki kepimpinannya dan jika Koh tidak berkemampuan Tan Lian Ho supaya menarik diri dari kepimpinan Gerakkan. MCA pula menghadapi masalah kerana ramai dari penyokong MCA itu adalah penyokong kepada Ong Tee Kiat dan beliau telah menyatakan secara terbuka bahawa CSL merupakan seorang calun yang tidak 'winnable'.

Semuanya ini merupakan barah-barah yang ada di alam parti-parti komponen BN dan keadaan ini jika tidak dikawal, Muhyiddin beranggapan isu ini akan menjejaskan prestasi BN dalam PRU nanti. Masalah ini bukan sahaja berlaku di dalam 6 komponen parti-parti BN terbesar di Semenanjung ini tetapi merupakan satu isu besar di dalam parti-parti dalam BN keseluruhannya.

UMNO memang menghadapi masalah ini dimana-mana. Kepimpinan UMNO di bahagian-bahagian kebanyakannya menghadapi masalah calun kerana kepimpinan bahagian-bahagian dalam UMNO itu tidak semestinya diterima oleh masyarakat ramai untuk mewakili mereka di dalam dewan-dewan legislatif di negeri-negeri masing-masing tetapi juga di dalam dewan Parlimen.

Itulah sebabnya Najib berkata UMNO akan turunkan hanya calun boleh menang dan tidak semestinya dari kalangan kepimpinan bahagian. Tetapi jika calun yang di anggap boleh menang bukan di kalangan pemimpin bahagian yang dipilih oleh bahagian maka calun yang di anggap boleh menang itu tidak akan menang kerana jentera parti dalam pilihanraya itu datangnya dari bahagian.

Di mana-mana kita pergi kita akan mendengar rungutan dalam isu calun ini. Ada yang menyatakan kepada saya yang mereka tidak tahan lagi dengan berbagai-bagai kenyataan kepimpinan yang mengguris hati mereka di peringkat bahagian. "Habis kita nak jadi apa bang?" seorang yang berjawatan besar bahagian dari Perak mengadu kepada saya.

"Kalau gitu biarlah pembangkang sahaja yang mentadbir Perak kerana pentadbiran pimpin BN Perak hari ini pun bukannya 'legitimate' pun" sambungnya lagi. Saya hanya menjawab, "Nasib you all lah! Masalah ini sudah lama. Tetapi baru sekarang nampak jelas. UMNO sudah terabai sejak 30 tahun lalu lagi. Sekarang sudah payah nak betulkan"

"Kat NS macam mana abang nampak?" tanyanya lagi. Saya jawab, "tak tau. Abang tak tau. Yang abang tahu the war-lords are fighting each other. Sudah jadi kanser, the cells are killing each other. All good cells are destroyed. I think they need chemotherapy. Lain-lain abang tak tau".

READ MORE HERE

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved