Jumaat, 14 Oktober 2011

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Projek Hospital Shah Alam: Kerajaan tanggung lebihan kos RM70 juta

Posted: 13 Oct 2011 07:13 PM PDT

Dalam satu kenyataan di Bursa Malaysia pada 10 Oktober 2011, Gadang Holdings Bhd mengumumkan bahawa anak syarikatnya Gadang Engineering (M) Sdn Bhd telah memperolehi projek Hospital Shah Alam, dengan kontrak bernilai RM410.87 juta.  Projek ini akan disiapkan dalam tempoh 24 bulan.

Pernah dalam satu laporan eksklusif, MerdekaReview (edisi bahasa Cina) melaporkan bahawa terdapat enam syarikat yang menyertai perbidaan semula projek ini, dan Gadang Holdings Bhd yang "direstui" KKR telah berjaya memperolehi projek tersebut.  Sebagaimana yang diketahui, harga bidaan asal yang dikemukakan Gadang Holdings Bhd adalah RM431.66 juta, namun telah dikurangkan kepada RM410.87 juta kemudiannya, dan disiapkan dalam tempoh 24 bulan.

Masalah ketidaktelusan


Menurut laporan sebelum ini, setelah perbidaan tamat pada Disember 2010, KKR mengesyorkan Gadang Holdings Bhd kepada Kementerian Kewangan.  Namun demikian, Kementerian Kewangan mengeluarkan surat perintah pada 22 Mac 2011 kepada KKR, menyatakan bahawa cadangan Gadang sebagai kontraktor projek Hospital Shah Alam tidak diluluskan, malah meminta agar KKR mengadakan perbidaan semula.

Walaupun KKR membuat rayuan kepada Kementerian Kewangan pada Jun 2011, agar Gadang Holdings Bhd yang berjaya dalam perbidaan dipertimbangkan semula oleh Kementerian Kewangan untuk mengambil-alih projek Hospital Shah Alam.  Namun demikian, bukan sahaja Kementerian Kewangan menolak permintaan KKR dalam surat balasnya, malah cuba menyenaraikan Frontier Structure Sdn Bhd yang tidak berkelayakan ke dalam senarai perbidaan semula.

Bukan itu sahaja, lebihan kos untuk projek Hospital Shah Alam melebihi RM70 juta selepas perbidaan semula, mengakibatkan nilai kontrak baru melebihi nilai kontrak asal yang diluluskan, malah di luar bidang kuasa Kementerian Kesihatan untuk meluluskannya.  Kementerian Kesihatan perlu mendapatkan persetujuan Unit Perancang Ekonomi (EPU) sebelum mengeluarkan surat kelulusan.  Oleh yang demikian, Kementerian Kesihatan menangguhkan kelulusan yang diminta oleh KKR.

Dengan kata lain, walaupun Kementerian Kewangan telah mengeluarkan surat untuk tidak meluluskan Gadang Holdings Bhd daripada mengambil-alih projek Hospital Shah Alam, namun KKR bukan sahaja tidak menurut perintah Kementerian Kewangan, malah terus mengumumkan bahawa projek ini diserah kepada Gadang  Holdings Bhd tanpa melalui Kementerian Kewangan.  Sebagaimana yang diketahui, bukan sahaja Kementerian Kewangan, malah Jabatan Perdana Menteri tidak mengetahui keputusan KKR ini.

Lebihan kos yang ditanggung


Lantaran daripada penyerahan projek ini kepada Gadang Holdings Bhd, ia bermakna kerajaan perlu menanggung lebihan kos lebih daripada RM70 juta.  Menurut dokumen Kementerian Kesihatan, kos projek melonjak kepada RM556.51 juta selepas perbidaan semula, mencatat lebihan kos sebanyak RM74.91juta berbanding nilai kontrak asal.

Ia sebenarnya menunjukkan bahawa kerajaan BN masih mengekalkan budaya ketidaktelusan dalam perbidaan.  Ia bercanggah dengan program transformasi kerajaan yang disarankan kerajaan Najib, dan menyebabkan dasar pembaharuan dalam bidang perkhidmatan awam ini menjadi hanya satu retorik semata-mata.

Lebih penting, masalah lebihan kos projek Syarikat Hospital Shah Alam mungkin tidak dapat diselesaikan dengan pengambil-alihan oleh Gadang Holdings Bhd.  Isu pokoknya, walaupun Gadang Holdings Bhd berjaya memperolehi projek ini dengan sokongan KKR, namun projek Hospital Shah Alam ini juga berdepan dengan risiko kegagalan atau lebihan kos sekali lagi.

Ini kerana walaupun Gadang Holdings Bhd memiliki rekod membina hospital, namun pada hakikatnya ia tidak memiliki pengalaman yang sebenar dan profesional yang khusus.  Menurut maklumat yang diperolehi MerdekaReview sebelum ini, Gadang Holdings Bhd walaupun pernah memperolehi satu projek Hospital Rehabilitasi Cheras pada tahun 2008, namun syarikat ini terpaksa mendapatkan bantuan luar, iaitu perkhidmatan rundingan yang berkenaan dengan peralatan perubatan - kerana tidak memiliki pengetahuan dan pakar dalam bidang yang berkenaan.

 

Saya serah kepada polis - Aziz Bari

Posted: 13 Oct 2011 05:15 PM PDT

Beliau berkata, semua orang mempunyai hak untuk membuat laporan polis jika tidak berpuas hati terhadap tindakan mana-mana pihak dan polis juga berhak melakukan tugas mereka.

"Hak orang nak buat laporan polis...saya tak boleh kata apa...terpulang kepada polis untuk ambil tindakan," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Aziz berkata demikian ketika diminta memberi respons kepada lima laporan polis yang dibuat terhadapnya semalam.

Satu laporan dibuat oleh bekas ketua Pemuda PKR Ezam Mohd Nor manakala empat lagi oleh NGO yang kritikal terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS).

Dalam laporan masing-masing, mereka mendakwa, Aziz tidak sepatunya mengeluarkan kenyataan itu kerana kuasa Sultan dalam hal ehwal Islam termaktub dalam Undang-undang Tubuh Negeri.

Namun Aziz mempertahankan tindakannya itu dan menafikan beliau mengeluarkan kenyataan yang mencabar kuasa Sultan.

"Saya rasa apa yang saya sebut itu tak ada masalah dalam ruang lingkup yang kita boleh komen.

"Ada lagi kenyataan yang lebih teruk tapi tak ada pulak laporan polis dibuat terhadap mereka," katanya.

Malaysiakini Selasa lalu melaporkan Aziz sebagai berkata, tindakan Sultan Selangor campurtangan berhubung isu DUMC bukan tindakan yang lazim.

Menurutnya, walaupun sebagai ketua agama Islam negeri baginda mempunyai hak itu, tetapi ia perlu dijalankan selaras dengan ajaran Islam.

 

RM1 juta untuk PM ke Kazakhstan

Posted: 10 Oct 2011 05:53 PM PDT

Dalam satu jawapan bertulis hari ni, kerajaan memaklumkan lawatan 5 dan 6 Jun itu di atas jemputan Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazabayev.

Najib kemudiannya juga mengetuai deligasi negara ke Forum Ekonomi Islam Sedunia ke-7 di Astana pada 7 hingga 9 Jun.

"Untuk makluman Dewan yang mulia ini, jumlah perbelanjaan yang digunakan bagi lawatan rasmi YAB Perdana Menteri ke Kazakhstan adalah sebanyak RM1,072,213.22," jawapan itu dipetik.

Penjelasan itu diberikan kerajaan bagi menjawab soalan Tian Chua (PKR-Batu) yang menanyakan Menteri Luar Negeri, apakah matlamat utama rombongan Perdana Menteri ke Kazakhstan pada Jun dan Perth pada Hari Merdeka serta kos yang terpaksa ditanggung kerajaan untuk rombongan itu.

Dalam jawapan itu juga turut menjelaskan Perdana Menteri juga turut ke Turkmenistan pada 11 hingga 12 Julai 2011 juga atas jemputan presiden negara itu.

Untuk lawatan itu pula, kerajaan memaklumkan telah membelanjakan RM323,268.19.

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved