Sabtu, 1 Oktober 2011

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Pemuda MCA: Tolak jawatan jika prestasi PRU13 merosot

Posted: 30 Sep 2011 07:58 PM PDT

Pada mesyuarat yang berlangsung di Pusat Konvensyen HGH di sini hari ini, perwakilan Pemuda MCA mencapai tiga resolusi melibatkan hal ehwal parti, lima politik, tiga pendidikan, empat berkaitan ekonomi dan dua berhubung hal ehwal sosial.

Antara lain, sayap MCA itu menggesa parti melatih anggota muda bagi mempercepatkan proses pembaharuan dalam kepimpinan serta memberi peluang kepada lebih ramai pemimpin Pemuda MCA untuk mewakili BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Selain itu, pergerakan itu mahu MCA mempertimbangkan semula cadangan meluluskan resolusi agar semua Pemuda MCA di setiap bahagian boleh memilih seorang perwakilan ke perhimpunan agung MCA bagi meningkatkan bilangan perwakilan serta suara golongan muda.

Resolusi itu juga menyokong penuh Gagasan 1Malaysia, Program Transformasi Kerajaan (GTP), dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang diketengahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di samping menggesa Jabatan Perkhidmatan Awam meningkatkan bilangan penjawat awam berbangsa Cina di peringkat pegawai kanan di setiap jabatan bagi menonjolkan konsep 1Malaysia.

 

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved