Ahad, 28 Ogos 2011

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Khianat: Wajah Nik Aziz diconteng salib

Posted: 27 Aug 2011 06:28 PM PDT

Malah lebih teruk dari itu, beberapa wajah pemimpin PAS pada kain rentang itu diconteng dengan tanda salib. Kejadian tersebut dikesan sejak semalam di sekitar kawasan Seksyen 23, Shah Alam.

Antara yang menjadi mangsa perbuatan khianat tersebut adalah wajah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Abdul Samad yang diconteng dengan dakwat merah.

Menurut seorang penduduk yang memaklumkan kejadian itu kepada Harakahdaily, beliau berkata perbuatan khianat dan tak berakhlak tersebut dipercayai dilakukan semasa waktu berbuka puasa dan waktu ramai orang berada di masjid dan surau utk qiamullail.

"Sebelum kejadian ini sudah 4 kali kain-kain rentang sambut Ramadan yang jumlahnya 12 bidang kesemuanya telah dipotong pada waktu yg sama,' katanya yang tidak mahu namanya disiarkan.

Kejadian itu dipercayai ada kaitan dengan tindakan pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terhadap Gereja Methodist Damansara Utama awal Ogos lalu yang kini hangat diperdebatkan semua pihak.

Berhubung isu itu, PAS menyatakan pendirian mereka agar Jais membuat pendakwaan jika mempunyai bukti wujud usaha mengkristiankan orang Islam.

Sementara itu, Khalid ketika dihubungi Harakahdaily melahirkan rasa kesal dengan tindakan "puak-puak jahat" tersebut.

"Ini kerja orang yang tidak ada akhlak. Saya tidak mahu kata Umno yang buat tetapi rakyat tahu siapa yang buat ini dan dapat menilai sendiri," katanya.

Menurutnya lagi, PAS tidak pernah membuat perkara serupa kepada mana-mana pihak walaupun tidak berpuas hati terhadap satu-satu isu.

"Conteng salib itu seperti tuduh orang jadi Kristian lah. Ini bukan benda ringan, tetapi dah mereka jahil nak buat macam mana," katanya yang juga Ahli Parlimen Shah Alam.

Ditanya sama ada beliau akan membuat laporan polis, beliau bagaimanapun tidak akan berbuat demikian dan hanya berdoa kepada Allah agar pihak yang bertanggungjawab diberikan hidayah.

 

Lesen monopoli kepada kroni BN punca inflasi

Posted: 27 Aug 2011 06:27 PM PDT

"Lesen-lesen monopoli seperti beras, gula, permit import (AP) kereta, konsesi tol lebuhraya dan lain-lain diberikan kepada kroni-kroni Umno dan BN.

"Penyalahgunaan kuasa Umno dan BN seperti itulah yang menjadi antara penyumbang utama kenaikan harga barang dan inflasi di negara ini," kata beliau.

Menurut Mahfuz, bila tidak ada persaingan sihat dan monopoli dijadikan bermaharajalela oleh kerajaan Umno, harga dinaikkan tanpa mempedulikan kesusahan pengguna.

"Sebab itulah kesedaran rakyat perlu digerakkan supaya tertanam di hati mereka bahawa inflasi yang sedang melanda negara ini adalah inflasi Barisan Nasional atau inflasi BN kerana inflasi negara ini adalah inflasi angkara BN, barang naik angkara BN," tegas Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Beliau menyifatkan adalah karut jika kerajaan BN menyalahkan kenaikan harga makanan sedunia semata-mata sebagai punca kenaikan harga makanan di negara ini.

"Pertama, kenaikan harga makanan di negara ini berkali ganda lebih tinggi dari kenaikan harga di peringkat global seperti yang dibuktikan oleh angka-angka Pertubuhan Makanan dan Pertanian, Bangsa-bangsa Bersatu (FAO).

"Kedua, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Bank Dunia telah menjangkakan perkara itu sejak dua tiga tahun yang lalu dan sudah cukup amaran yang diberikan, mengapa kerajaan Umno BN tidak mengambil langkah pembaikan yang sewajarnya?" Mahfuz mempersoalkan.

Malah, katanya, kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilanda sindrom syok sendiri.

"Perkara itu terbukti apabila langkah-langkah kerajaan bukan untuk menjadikan Malaysia bebas daripada menjadi pengimport makanan, malah wang negara dikikis habis kepada projek-projek mega yang menguntungkan kroni seperti Menara Warisan, 1Malaysia Development, MRT dan sebagainya," katanya.

Beliau mengulangi komitmen untuk memastikan Kelab Protes Barang Naik atau ringkasnya Protes BN yang digerakkan oleh Lajnah Pengguna PAS yang diterajuinya akan melipatgandakan penerangan kepada rakyat.

"Kita mahu rakyat sedar punca berlakunya kenaikan harga barangan ini disebabkan kelemahan pengurusan ekonomi oleh kerajaan BN.

"Perkara ini boleh dielak jika tiada keborosan, tiada ketirisan, tiada salah keutamaan dan tiada amalan rasuah dalam pentadbiran negara," kata Mahfuz.

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved