Rabu, 3 Ogos 2011

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


John Malott sahkan dakwaan pembangkang dapat sokongan asing

Posted: 02 Aug 2011 06:09 PM PDT

Malott yang menjawat jawatan duta AS pada 1996 hingga 1998 bertindak luar biasa dengan memberi tumpuan khusus kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Malaysia lebih 10 tahun selepas dia melepaskan jawatan itu.

Usaha Malott itu mungkin sesuatu yang biasa dalam komuniti dasar luar AS di Washington DC, yang terdiri daripada pelbagai pertubuhan termasuk National Endowment for Democracy, NED yang banyak diperkatakan secara sangat negatif di blog-blog propemerintah pada masa ini.

Kenyataan-kenyataan Malott juga mungkin boleh membantu meningatkan sokongan kumpulan tertentu, seperti kelompok liberal untuk memberi sokongan kepada pembangkang, tetapi memberi peluang mudah untuk kelompok konservatif termasuk kumpulan seperti Perkasa untuk mengaitkan PR dengan agenda asing.

Pada 1998, kenyataan Naib Presiden AS Al Gore menyokong gerakan reformasi telah mencetuskan reaksi yang sama, mengaitkan gerakan menentang pemerintah dengan agenda asing. Malott kini dilihat mengulangi hal yang sama, tetapi dengan lebih tidak berhati-hati.

Malott mengambil setiap peluang untuk melemparkan kritikan terhadap pemerintah, mengulas pelbagai isu termasuk perhimpunan Bersih yang diadakan 9 Julai lalu, di mana-mana ruang yang diperolehi seperti akhbar internet dan akhbar-akhbar di Barat.

Pada masa ini, dengan blog dan kumpulan pendesak konservatif yang lantang bersuara mengulas isu campur tangan asing, tindakan Malott itu dilihat tidak bijak dalam menekan kerajaan Malaysia.

Penentang pembangkang dibekalkan dengan bukti baharu sokongan asing kepada pembangkang melalui kenyataan-kenyataan Malott, yang tidak dibaca oleh sebahagian besar audiens kumpulan konservatif.

Gerakan liberal di Malaysia telah sedia dapat dikaitkan dengan bantuan asing, seperti daripada pertubuhan di bawah NED, Open Society Foundations dan pelbagai pertubuhan lain. Kaitan ini terus menjadi bahan kritikan dan manipulasi media baharu proparti pemerintah.

Open Society yang dimiliki dermawan aktivis politik George Soros memberi bantuan kewangan kepada pelbagai media di seluruh dunia, termasuk yang berhaluan kiri, dan berperanan dalam aktivisme demokrasi di seluruh dunia, terutama republik bekas Soviet yang menyaksikan perubahan dalam kebangkitan yang digelar "revolusi warna."

Malott kini manjadi salah satu elemen yang semakin menyukarkan usaha perubahan di Malaysia, ekoran rasa curiga yang tercetus disebabkan kecamannya terhadap pemerintah Malaysia yang dilihat mampu meningkatkan sokongan kepada pembangkang.

Bekas duta AS itu tidak perlu bersuara lagi. Biarlah perubahan di Malaysia ini diusahakan oleh rakyat negara ini tanpa gangguan orang seperti Malott.

 

Kontraktor Melayu kecam MCA Pulau Pinang

Posted: 02 Aug 2011 04:22 PM PDT

Pemangku Yang Di Pertua PKMPP, Dato Izham Merican berkata Ketua Wanita MCA Pulau Pinang Tan Cheng Liang bersikap rasis apabila melabelkan Ketua Menteri Lim Guan Eng sebagai anti-Cina berhubung sistem tender terbuka.

"Nampaknya MCA begitu jahil sekali kerana tidak faham istilah tender terbuka yang membenarkan semua kontraktor tanpa mengira kaum dan agama bersaing untuk projek kerajaan negeri.

"Ini termasuk yang melebihi harga RM200,000.00 dan memilih yang paling baik dari segi harga dan kualiti," katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Beliau menyoal, dengan hanya mempertikaikan pemberian kontrak kepada Melayu, adakah MCA bersifat perkauman dengan memandang rendah keupayaan kontraktor Melayu yang dianggap tidak setaraf atau sebaik dengan kontraktor lain?

Hina kontraktor Melayu

Ujar beliau, "PKMPP menolak dengan sekeras-kerasnya sentimen perkauman MCA yang menghina kontraktor Melayu dengan persepsi negatif ini.

"MCA harus ingat bahawa dalam semua kaum ada golongan yang baik dan ada yang tidak sebegitu baik, begitu juga di kalangan masyarakat Cina sendiri.

Izham menerangkan dalam sistem tender terbuka pemberian kontrak di bawah kerajaan negeri Pulau Pinang dilakukan secara adil dan tidak mengenepikan kaum lain.

"Saya sebagai Timbalan Yang Di Pertua dan Pemangku Yang Di Pertua telah berjumpa dengan Ketua Menteri supaya membantu warga kontraktor Bumiputera di Pulau Pinang dan ini disambut baik oleh Ketua Menteri.

"Ini membuktikan sikap profesional beliau kerana tidak mencampur aduk hal politik dan tidak memilih kaum untuk membantu dan selalu bercakap berdasarkan fakta dan ini amatlah disanjungi.

"Malah ahli-ahli persatuan saya amat menghargai pendekatan Ketua Menteri yang tidak mewajibkan sebarang kontrak kerajaan mesti mendapat kebenaran Ketua Bahagian parti seperti yang dibuat sebelum ini," katanya.

Tegas beliau, "saya hendak mengingatkan bahawa isu penawaran kepada kaum Bumiputera tidak harus dipolitikkan dan atau dijadikan isu perkauman.

"Sebagai sebuah Pertubuhan NGO yang mempunyai ahli-ahli dari berbagai-bagai parti walau pun kebanyakannya terdiri daripada ahli parti Umno, perjuangan kami hari ini adalah menentukan warga kontraktor terbela," tambahnya.

Katanya lagi, "hari ini banyak kontraktor yang gulung tikar dan keadaan yang dialami di dalam industri pembinaan tidak lagi seperti suatu ketika dahulu dan kami merayu kepada Kerajaan Pusat supaya dapat membantu menangani masalah ini.

"Kami ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Pusat dan Ketua Menteri yang telah pun berusaha dan telah mengatasi masalah-masalah yang dikemukakan oleh pihak persatuan.

READ MORE HERE

 

Dr Rosti letak jawatan NC Unisel

Posted: 01 Aug 2011 11:56 PM PDT

Beliau mengesahkan peletakan jawatannya menerusi khidmat pesanan ringkas sebagai membalas SMS yang dihantar oleh Bernama bagi mendapatkan pengesahan berita tindakannya itu.

"Ada keputusan yang saya tak sanggup laksanakan iaitu untuk melucutkan jawatan tiga pegawai Unisel tanpa proses sewajarnya," katanya ketika menjelaskan antara punca beliau meletakkan jawatan.

Berasal dari Klang, Selangor Rosti pernah berkhidmat sebagai Timbalan Presiden Bahagian Pendidikan Petronas dan rektor pertama Universiti Teknologi Petronas (UTP) sebelum dilantik sebagai Naib Canselor Unisel pada 2 Mac, 2009.

Beliau menggantikan Prof Datuk Dr Mohd Razali Agus yang mengosongkan jawatan itu pada Julai 2008.

Semasa baru dilantik, Rosti berkata beliau tidak akan menjadi "Pak Turut" kepada mana-mana pihak dan ingin memastikan institusi pengajian tinggi swasta milik kerajaan negeri itu tidak dijadikan medan berpolitik.

Menurut sumber, Rosti telah diarahkan oleh kepimpinan Unisel untuk melucutkan jawatan tiga pegawai -- Pendaftar Rokmaa Mat, Dekan Fakulti Perniagaan Prof Dr Khalifah Othman dan Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Korporat Halid Hasbullah.

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved