Khamis, 7 Julai 2011

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Tetap haram

Posted: 06 Jul 2011 07:54 AM PDT

Keputusan itu dibuat selepas Jemaah Menteri mendapat pandangan dan nasihat Jabatan Peguam Negara.

Mengulas keputusan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata syarat ditetapkan ialah pemohon mestilah persatuan yang berdaftar dan BERSIH masih lagi pertubuhan haram yang tidak pernah didaftarkan.

Bercakap pada sidang media selepas melancarkan Yayasan Usahawan Wanita Cina Malaysia di Dewan Persatuan Hokkien di Klang, semalam, Najib berkata, kebenaran berhimpun di stadium, Sabtu ini seperti diminta penganjur juga bergantung kepada polis.

"Kita serah pada pihak berkuasa, terutama polis untuk menentukan dari segi keselamatan dan sebagainya jika ada permohonan rasmi (daripada penganjur)... mereka kena mematuhi syarat seperti pihak yang memohon mestilah persatuan yang berdaftar," katanya.

Sementara itu, ditanya bilakah pertemuan antara beliau dengan Pengerusi BERSIH, Datuk S Ambiga akan diadakan, Najib berkata: "Saya tak kata saya akan jumpa dia, saya kata pihak berkuasa... kerajaan, kerajaan bermaksud sesiapa saja.... kerajaan tidak spesifik merujuk kepada saya," katanya yang mengesahkan belum menerima sebarang surat daripada BERSIH untuk bertemu kerajaan.

Menteri Penerangan Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, yang mengumumkan keputusan Kabinet itu di sini berkata, sebarang permohonan atas nama BERSIH tidak akan dilayan kerana ia tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

"Oleh itu, lebih baik mereka (BERSIH) mencari stadium di negeri dikuasai pembangkang seperti Kelantan, Kedah, Pulau Pinang ataupun Selangor.

"Pandangan ini (tidak benarkan penggunaan Stadium Merdeka dan Stadium Negara) dizahirkan pada mesyuarat Kabinet, pagi ini (semalam) dan selaku Menteri Penerangan saya wajar menyampaikan keputusan itu," katanya.

Menjawab soalan sama ada kerajaan sedia mempertimbangkan permohonan untuk menggunakan stadium jika ia dibuat individu atau pertubuhan berdaftar, Rais berkata, ia terserah kepada polis.

Terdahulu, pada satu sidang media di sini, Ambiga berkata susulan pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan kenyataan Najib, kelmarin, pihaknya bersetuju untuk mengadakan perhimpunan Sabtu ini di Stadium Merdeka.

Katanya, selepas perhimpunan dua jam iaitu dari jam 2 hingga 4 petang, satu delegasi 10 ahli pertubuhan haram BERSIH akan menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Pada sidang media berasingan di Bukit Aman, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar, menegaskan perhimpunan dirancang BERSIH, termasuk di dalam stadium dianggap haram selagi penganjur tidak mendapat permit polis.

Beliau memberi amaran polis akan mengambil tindakan, termasuk menahan mereka yang menyertai sebarang perhimpunan tanpa permit polis.

"Sehingga jam 5 petang ini (semalam), kami tidak menerima permohonan permit daripada BERSIH. Saya minta mereka membuat permohonan segera dan polis akan memproses secepat mungkin.

"Mengikut undang-undang, penganjur perlu mengemukakan permohonan untuk permit seminggu sebelum tarikh perhimpunan diadakan, namun dalam kes ini polis sedia memberi keistimewaan dengan menyegerakan proses permohonan mereka," katanya.

Ditanya sama ada polis akan meluluskan permohonan untuk perhimpunan di stadium, Khalid berkata: "Kita tengok macam mana, sama ada permohonan itu lengkap kerana stadium bukan di bawah kawalan polis. Kalau tuan punya tempat bagi, langkah keselamatan akan diambil supaya tidak berlaku kerosakan kepada harta benda... yang penting buat permohonan dulu."

 

Wajib mohon permit

Posted: 06 Jul 2011 07:52 AM PDT

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata isu BERSIH mahu mengadakan perhimpunan berkaitan dengan aspek keselamatan dan ketenteraman awam yang perlu dipertimbangkan polis.

"BERSIH masih diharamkan kerana tiada siapa pun boleh mengatasi undang-undang hanya kerana Yang di-Pertuan Agong menemui mereka tidak bermakna mereka tidak lagi diharamkan, malah Pendaftar Pertubuhan mengisytiharkan pengharamannya berdasarkan nasihat Peguam Negara.

"Ketua Polis Negara (Tan Sri Ismail Omar) sudah memaklumkan kelmarin BERSIH juga perlu mematuhi Seksyen 27 (Akta Polis) yang mewajibkan kelulusan permit bagi mengadakan perhimpunan.

"Selagi mereka diharamkan, tindakan berhubung dengan sesuatu yang haram masih tertakluk kepada undang-undang dan kita konsisten dalam pelaksanaan undang-undang," kata beliau di pejabatnya, di sini, semalam.

Kelmarin Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan menerima mengadap rombongan BERSIH yang diketuai pengerusinya, Datuk S Ambiga, bagi membincangkan perhimpunan Sabtu ini dan pihaknya bersetuju dengan cadangan kerajaan perhimpunan di stadium.

Hishammuddin berkata, walaupun tidak dapat bercakap bagi pihak Tuanku Mizan mengenai titah baginda, beliau akur ada fakta yang tersurat dan tersirat dalam pemikiran Yang di-Pertuan Agong serta pemimpin tertinggi negara dalam mencapai objektif menghentikan demonstrasi jalanan demi menjaga keselamatan.

Beliau juga menegaskan tidak berganjak daripada pendapatnya bahawa perarakan jalanan yang dirancang itu sesuatu yang serius berdasarkan hasil siasatan setakat ini yang dimaklumkan kepada orang ramai selain beberapa perkara yang masih dalam siasatan.

Namun, Hishammuddin menyuarakan lega kerana dengan pembabitan Yang di-Pertuan Agong, sebarang kejadian tidak diingini seperti jika demonstrasi jalanan dibenarkan dapat dielakkan dan percaya Ambiga juga mempersetujui beberapa syarat bagi membatalkan perarakan itu.

"Keengganan memohon permit bagi berhimpun adalah keterlaluan. Selagi tidak memohon kita tidak tahu apa agenda sebenarnya.

Hishammuddin menegaskan, walaupun BERSIH adalah gabungan 62 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang sah, ia masih dianggap entiti haram dan tindakan terhadap penyokongnya tetap diteruskan.

Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata tidak ada keperluan untuk penganjur BERSIH memohon permit polis berhubung perhimpunan 9 Julai ini kerana sudah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved