Jumaat, 1 Julai 2011

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Khutbah Jumaat Wilayah label Bersih gerakan pelampau

Posted: 30 Jun 2011 03:39 PM PDT

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Datuk Che Mat Che Ali mengesahkan perkara itu.

Kata beliau, sebanyak 150 masjid termasuk di Putrajaya akan membacakan khutbah bertajuk "Memelihara Nikmat Keamanan".

"Ya . . . ya . . . kita akan gunakan khutbah khas itu sebab penting satu keamanan yang kita kecapi tidak mudah kita musnahkan," jawabnya ringkas.

Ditanya lebih lanjut, Che Mat bagaimanapun meminta agar terus mendapatkan kandungan khutbah Jumaat itu dari laman web agensi itu.

Teks khutbah itu berkata memelihara keamanan adalah satu perkara yang dituntut dalam semua agama.

"Sejarah telah membuktikan Nabi Ibrahim semasa meneroka pembukaan Mekah sebagai pusat ibadah dan tanah suci telah mendoakan agar Mekah dikurniakan Allah SWT dengan keamanan dan  kemakmuran.

Kita juga telah menyaksikan betapa rugi dan malangnya negara-negara yang dilanda kekacauan, persengketaan dan perpecahan," katanya.

"Negara-negara berkenaan bukan sahaja ketinggalan dan mundur dalam aspek kemajuan dan pembangunan, malah keselamatan hidup seharian pun sentiasa terancam," kata khutbah khas yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ini.

Keseluruhan teks khutbah yang diperoleh memfokus ke atas Himpunan Bersih 2.0 anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), yang mendapat sokongan padu Pakatan Rakyat.

Parti teras BN iaitu Umno dan Perkasa menentang keras Himpunan Bersih 2.0.

Justeru mereka juga mahu mengadakan perhimpunan balas pada hari yang sama.

Sejak sebulan yang lalu, Himpunan Bersih 2.0 dikecam hebat dalam media arus perdana, malah polis juga memulakan tindakan keras dengan menahan lebih 100 setakat ini.

Sekitar 2,000 laporan polis dibuat ke atas Himpunan Bersih 2.0.

Kata khutbah itu, Islam menolak mana-mana gerakan yang boleh menghuru-harakan keamanan sesebuah negara termasuk daripada gerakan pelampau.

READ MORE HERE

 

Mat Sabu: Bersih 2.0 lebih manfaatkan Pakatan banding himpunan 2007

Posted: 30 Jun 2011 03:36 PM PDT

Protes tuntutan pembaharuan sistem pilihan raya pada 2007 yang diadakan beberapa bulan sebelum pilihan raya umum 2008. Pembangkang menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN) di Parlimen dan menguasai lima negeri.

"Peluang kami adalah lebih baik pada kali ini kerana adanya blog dan Facebook," kata Mohamad (gambar) dalam temu bual dengan The Malaysian Insider semalam.

"Sokongan bagi Bersih sangat kuat daripada semua kaum," kata beliau yang dipilih sebagai nombor dua PAS awal bulan lalu.

Parti Islam itu menjanjikan akan mengerah ribuan ahlinya menyertai Himpunan Bersih penghujung minggu depan.

Beliau yang turut dikenali sebagai "Mat Sabu" berkata, perarakan menuntut pilihan raya yang bebas dan adil menjelang pilihan raya umum ke-13, yang dijangka diadakan bila-bila masa, akan mendorong rakyat melawan elemen penipuan dalam sistem pilihan raya.

Bersih 2.0 mahu menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong dengan mengadakan perhimpunan pada 9 Julai.

Sementara pentadbiran Najib mula mengenakan tindakan kekerasan, Bersih 2.0 mula membawa pendekatan mereka menerusi online dengan menggunakan nama "Ops Kuning".

Kumpulan itu mendakwa dapat akses kepada 50,000 penyokong menerusi akaun Facebook rasminya dan 10,000 pengikut Twitter.

Sehingga petang semalam Bersih 2.0 mempunyai 20,498 pengikut Facebook dan 3,945 orang mengikuti menerusi Twitter.

READ MORE HERE

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved