Selasa, 14 Jun 2011

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Himpunan BERSIH - Ahmad Maslan Ajak Rakyat Boikot

Posted: 13 Jun 2011 04:35 PM PDT

Beliau juga menggesa kesemua Pertubuhan dan Persatuan Kerajaan mahupun bukan Kerajaan membuat laporan polis sebagai bukti kukuh seterusnya mendesak agar pihak berkenaan menghentikan serta merta perancangan pembangkang.

Ahmad Maslan turut mendakwa Pembangkang kelihatan buta dengan kerusi DUN dan Parlimen yang diperolehi mereka setelah berjaya merampas 4 buah Negeri dan menguasai Parlimen di Wilayah Persekutuan pada Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu.

Ini membuktikan bahawa amalan demokrasi melalui Pilihanraya Umum di Malaysia telus dan bersih dari anasir-anasir kotor.

Beliau turut menggesa Pembangkang menganjurkan Perhimpunan ini di dalam Stadium Tertutup yang lebih efisyen dan tidak mengganggu ketenteraman awam di samping tidak menghalang sebarang aktiviti perniagaan dilakukan oleh peniaga-peniaga di ibu kota.

Ahmad Maslan berkata demikian di dalam Sidang Akhbar di PWTC, disini sebentar tadi. Turut serta dalam Sidang tersebut Pengerusi PEKIDA Wilayah Persekutuan, Datuk Roslan Dahaman.

 

 

Anak muda Melaka sertai Bersih 2.0

Posted: 13 Jun 2011 03:16 PM PDT

Pelancaran tersebut disempurnakan bersama oleh Ketua DAPSY Melaka, Tey Kok Kiew, Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka, Yuhaizad Abdullah dan Ketua AMK Melaka, Law Bing Hau di Pejabat PAS Negeri Melaka di Semabok.

Dalam ucapan ringkasnya pada program tersebut, Yuhaizad yakin anak-anak muda negeri Melaka akan turun beramai-ramai menyatakan sokongan kepada pimpinan Bersih 2.0 yang menuntut suatu pilihan raya bersih, telus dan adil.

"Kita yakin anak-anak muda Melaka akan bersama-sama dengan anak-anak muda seluruh Malaysia turun untuk menyatakan bantahan dan menuntut pilihan raya yang bersih, adil dan telus.

"Selain itu kita juga yakin seluruh penyokong PR tidak mengira bangsa, agama, umur dan taraf kehidupan akan turun beramai-ramai bagi menjayakan perhimpunan bersejarah tersebut," ujar Yuhaizad yang merupakan bekas calon PAS Pilihan raya kecil Merlimau.

Teh Kok Kiew dan Law Bing Haw juga melahirkan keyakinan yang sama di mana DAP dan PKR kata mereka akan menggerakkan seluruh ahli untuk sama-sama menghadiri perhimpunan aman tersebut.

Sementara itu, Pemuda Pakatan Rakyat akan menganjurkan ceramah untuk mobilisasi Bersih 2.0 pada 16 Jun ini bertempat di Dataran Hamas, Kompleks PAS Kawasan Jasin.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu akan menyampaikan ceramah tersebut bersama-sama dengan Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari, Pengerusi DAP dan PKR negeri, Goh Leong San dan Shamsul Iskandar Md Akin.

 

Bersih 2.0 diteruskan walau Perkasa halang

Posted: 13 Jun 2011 03:08 PM PDT

Katanya, biarpun kumpulan pendesak Melayu, Perkasa memberi amaran untuk menghalang, namun himpunan tersebut tetap akan diteruskan.

"Kita akan buat terus, dia (Perkasa) nak buat himpunan itu hak dia," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Presiden Perkasa, Ibrahim Ali dalam sidang media di parlimen hari ini memberitahu pertubuhan itu akan melawan habis-habisan himpunan Bersih 2.0 itu.

Sambil menyifatkan himpunan itu sebagai "mengacau", Ibrahim turut memberi amaran akan membuat himpunan serupa bagi menghalang himpunan Bersih 2.0 tersebut walaupun terpaksa berlaku pertembungan.

Ibrahim, yang juga ahli parlimen Pasir Mas, juga mendakwa himpunan Bersih itu akan menimbulkan huru hara apabila ada pesertanya membaling batu dan membakar kereta.

Membidas kenyataan Ibrahim itu, Mohamad yang juga Timbalan Presiden PAS berkata, bukan Perkasa yang menentukan himpunan tersebut huru-hara atau tidak.

"Itu kerja polis la nak tentukan aman atau tidak. Datuk Ambiga (Pengurusi Bersih), sudah beri jaminan kita akan buat himpunan secara aman," katanya.

Beliau turut memberi contoh himpunan Bersih pertama pada 2007 lalu, menyaksikan himpunan berlangsung secara aman.

"Perkasa kalau nak buat juga himpunan, buat hari lain la, kita dah cadang tarikh ni lebih awal lagi," katanya.

Declare perang fizikal

Seorang lagi AJK Bersih, Dr Mohd Hatta Ramli menyifatkan tindakan Perkasa memberi amaran mahu bertembung dengan peserta himpunan Bersih sebagai tidak wajar.

"Kita tak pernah halang Perkasa nak berhimpun. Tapi berhimpun lah untuk memperjuang hak sendiri, bukan sebab nak halang kita semata-mata.

"Ini sudah declare perang secara fizikal. Bukan begini caranya, ini cara pengganas," katanya.

 

 

Himpunan Melayu Pulau Pinang selepas Bersih 2.0

Posted: 13 Jun 2011 03:05 PM PDT

Katanya, ia akan diadakan selepas berjaya mengadakan perhimpunan aman Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 pada 9 Julai nanti.

Semua agenda tambahnya, telah dibincangkan secara tidak formal dengan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan akan dipanjangkan kepada Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman serta Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Saleh Man.

"Perhimpunan orang Melayu di Pulau Pinang juga harus diadakan sebagai tanda mereka tidak terjerat dengan mainan politik jahat Umno dan Barisan Nasional (BN) yang tidak sudah-sudah melemparkan padangan negatif terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat," jelasnya ketika ditemui selepas berpidato di hadapan ribuan orang di padang awam, Pekan Penaga malam tadi.

Katanya, sebelum membuat persiapan perhimpunan tersebut, satu pertemuan dengan DAP akan diadakan bagi menerangkan hasrat murni berkenaan supaya kepimpinan DAP tidak salah sangka.

Mohamad yakin, DAP tidak semacam Umno yang berfikiran tidak matang dan jauh ketinggalan dari arus perkembangan politik yang sihat.

Kata beliau, perhimpunan aman itu juga bermatlamat memberikan penerangan sejelas-jelasnya mengenai beberapa perkara yang sengaja dicaturkan oleh Umno setelah gagal mempertahankan Pulau Pinang pada Pilihan raya Umum ke-12 lalu.

Mereka, ujarnya nampak agresif memburuk-burukkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang bersembunyi atas nama perjuangan menegakkan kebenaran tetapi pada masa yang sama bersekongkol dengan segelitir kepimpinan Umno dan BN.

"Bila kalah dan rakyat Pulau Pinang menolak kepimpinan yang korup, maka ramailah yang keluar tunjuk perasaan tidak puas hati kononnya habislah negeri ini bila dapat pada DAP atau bangsa Cina," ujarnya.

Tambahnya, tanpa orang Melayu sedar bahawa sebelum ini pun Pulau Pinang diketuai oleh Tan Sri Koh Tsu Koon, lainlah jika sebelum negeri ini jatuh ke tangan Pakatan Rakyat ia diperintah oleh Umno. 

Jelasnya, bagi PAS siapa pun yang memerintah patut bersikap adil dan tidak mencuri harta rakyat dengan sewenang-wenangnya.

Menruutnya, apabila Pakatan Rakyat diisytiharkan menang, maka DAP yang mempunyai lebihan kerusi akan memegang tampuk pemerintahan.

Ini, katanya berbeza dengan Umno yang menang banyak kerusi pada pilihan raya 1990 tetapi memberikan hak ketua menteri kepada Gerakan.

"Umno dayus dan hanya sanggup melemparkan kenyataan pedas terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat yang berjaya menghalang mereka meneruskan usaha mempergunakan hak kerajaan untuk kepentingan parti dan kroni," ujarnya.

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved