Rabu, 29 Jun 2011

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Johari tak ikhlas pertahan Anwar isu video seks

Posted: 28 Jun 2011 03:55 PM PDT

Rakaman dalam sebuah bilik pada 21 Mac lalu itu menunjukkan Ahli Parlimen Sungai Petani berkenaan bersama bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Shuaib Lazim menyaksikan video itu. Ketika melihat aksi rakaman itu Johari kedengaran berkata: "Bukan kerana Anwar, tapi kerana dosa itu," disambut dengan ketawa Datuk T.

Rakaman selama satu minit 58 saat yang disebarkan semalam itu bagaimanapun mendedahkan pendirian Johari yang tidak tetap.

Jumaat lalu, pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mempertahankan Anwar bukan pelaku dalam rakaman video seks yang ditayangkan tiga bulan lalu sambil berkata ada seribu kemungkinan mengenai identiti individu terbabit

 

Harussani Zakaria: Ambiga mahu jatuhkan imej negara

Posted: 28 Jun 2011 03:46 PM PDT

Beliau berkata dengan mengetuai perhimpunan yang tidak mendapat permit daripada pihak berkuasa itu, penganjur mahu mencari publisiti dengan menjatuhkan imej negara pada kaca mata dunia sekaligus akan mendapat publisiti.

"Tindakan itu juga seolah-olah dia (Ambiga) mahu menjatuhkan imej kerajaan di luar negara dengan mengadakan perhimpunan yang tidak mendatangkan faedah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau turut mencadangkan supaya pengamal undang-undang yang bertindak seperti Ambiga dibatalkan lesen guaman mereka.

Beliau berkata, sebelum ini bekas presiden Majlis Peguam itu pernah mempersoalkan peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan berhubung hak dan keistimewaan orang Melayu.

Harussani berkata, malangnya ada kalangan masyarakat yang sudah lupa serta mempunyai perasaan hasad dengki antara satu sama lain. 

"Rentetan itu, mereka bertindak menyokong perhimpunan haram yang bakal dianjurkan pada 9 Julai ini bagi menunjukkan tanda protes," katanya.

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved