Selasa, 7 Jun 2011

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Umno sedih pemimpin PAS tak mahu perpaduan Melayu, kata Mukhriz

Posted: 06 Jun 2011 05:54 PM PDT

Bagaimanapun timbalan pengerusi Umno Kedah itu melahirkan keyakinan Barisan Nasional (BN) boleh mengatasi PAS meskipun mereka ada barisan kepimpinan baru khususnya di Kedah.

"Kami gembira kerana kami merasakan ada peluang lebih baik dengan barisan baru ini.

"Keduanya, kami tidak gembira kerana jika mereka tidak mahu perpaduan dan ia tidak akan berlaku... ini kerana mereka degil dalam memecahbelahkan Melayu bagi kepentingan mereka sendiri, dan sedih untuk melihat perkara ini berlaku," katanya.

"Dari sudut perpaduan, saya merasakan mereka telah mengetepikan idea (perpaduan)," kata Mukhriz (gambar) yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Industri.

Kelmarin, meskipun PAS terus menolak kerjasama dengan Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulangi bahawa pintu komponen BN itu masih terbuka kepada parti Islam tersebut untuk membentuk kerajaan perpaduan.

Timbalan presiden Umno itu berkata, idea berkenaan adalah demi Islam, bukan kerana kepentingan politik.

Dalam ucapan dasarnya Jumaat lalu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengulangi pendirian partinya akan terus bersama Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 meskipun dihujani siri pelawaan dan jemputan daripada kepimpinan Umno sepanjang tiga tahun lalu.

READ MORE HERE

 

Baru rakyat tahu kenapa Ani Arope tinggalkan TNB

Posted: 05 Jun 2011 11:18 PM PDT

"Ramai yang menganggap (pengunduran Ani) sebagai satu tindakan biasa seorang staf yang meletakkan jawatan, mungkin faktor umur atau prestasi kerja. Hari ini, kita tahu ianya adalah kerana sikap tegasnya dalam membantah perjanjian yang sangat tidak adil antara TNB dan IPP (pengeluar bebas kuasa elektrik)," kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.
 
Ani sebelum ini di laman Facebooknya menyelar tindakan kerajaan untuk menaikkan tarif elektrik baru-baru ini sebanyak 7 peratus 1 Jun yang lalu dengan mendakwa ia berpunca daripada perjanjian yang tidak adil dengan IPP dan TNB.
 
"Anda tidak perlu pergi ke sekolah bisnes yang canggih untuk memahami mengapa kita memerlukan peningkatan tarif – Cuma perlu tengok balik syarat-syarat yang diberikan kepada IPP.
 
Dengan fasal ambil-dan bayar, dan dengan 40 peratus rizab berlebihan yang kita ada hari ini, satu pihak hanya perlu menghasilkan setengah keupayaan pihak  lain dan dibayar 80 sen dengan kapasiti dipersetujui.
 
"Bagus EPU — Unit Penyamun Ekonomi," tulis beliau di laman Facebooknya minggu lalu.
 
Ani mencetuskan kontroversi 15 tahun yang lalu apabila beliau lebih rela melepaskan jawatan beliau daripada menandatangani perjanjian berat sebelah, yang melihat penciptaan generasi pertama IPP, seperti YTL Power Services, Powertek dan Malakoff semasa pentadbiran Mahathir.
 
Ani turut berkata TNB tidak boleh dipersalahkan atas hal ini kerana mereka tidak mempunyai kuasa untuk mengawal harga yang perlu dibayar kepada IPP.
 
"TNB ialah budak belasahan. TNB tidak mempunyai kawalan harga yang ia perlu bayar kepada IPP. Pergi kepada punca masalahnya," katanya.
 
Kata Tuan Ibrahim, yang juga merupakan bekas Naib Presiden PAS, apa yang dibimbangi Ani kini menjadi kenyataan apabila kerajaan Barisan Nasional berdolak-dalih untuk menyemak semula perjanjian dengan IPP yang sangat tidak adil walaupun didesak pelbagai pihak.
 
"Kerajaan tidak sanggup bertegas memotong subsidi sebanyak RM19 billion utk IPP berbanding tindakan mereka memotong subsidi ke atas keperluan rakyat.
 
"Hari ini rakyat merasa bangga di atas ketegasan Tan Sri Ani Arop menentang dasar yang tidak adil ini. Syabas dan tahniah di atas pengorbanan beliau dalam menentang kemungkaran ekonomi yang dibuat tangan Umno Barisan Nasional ini," tambah Tuan Ibrahim.
 
Kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) mengumumkan kenaikan tarif elektrik sebanyak tujuh peratus bermula Jun 1 itu adalah sebagai langkah mengurangkan subsidi yang dikatakan semakin menghauskan perbendaharaan negara ekoran keputusan kabinet untuk menaikkan harga gas asli kepada RM3 mmBtu setiap enam bulan, dari  RM10.70 juta unit termal British (mmBTU) kepada RM13.70 mmBTU sehingga mencapai paras pasaran menjelang 2016.

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved