Rabu, 22 Jun 2011

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Datuk ‘T’ bakal didakwa Jumaat ini

Posted: 21 Jun 2011 04:21 PM PDT

Perkara itu disahkan oleh salah seorang trio iaitu Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang dihubungi FMT sebentar tadi.

Dua lagi tokoh terbabit ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Shuib Lazim.

Menurut Eskay, beliau hanya menerima satu Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang mengatakan beliau akan didakwa, namun enggan mengulas lanjut berhubung SMS tersebut.

Sebelum ini FMT menerima maklumat bahawa Datuk 'T" akan didakwa di mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 24 Jun ini jam 8 pagi.

"Ya saya ada terima SMS bahawa kami akan didakwa kerana mendedahkan klip video seks tersebut. Petang ini saya akan berbincang lanjut bersama Shuib dan Thamby Chik mengenai hal ini.

"Jika kami didakwa kami akan hadir bertiga tanpa diwakili peguam. Namun apa-apa perkembangan lanjut akan diketahui petang ini," katanya kepada FMT.

READ MORE HERE

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved